Friday, July 31, 2009

Anak yang Menemani

Hari ni masuk hari ketiga aku cuti sakit. Sejak Selasa aku mula batuk2 dan diikuti dengan demam. Takut juga dgn H1N1 yang melanda negara sekarang. Rabu tu, aku bawa Alin dan Acik ke klinik sebab dia orang pun demam jugak. Aku dapat cuti sehari ja....

Esoknya aku rasa badan makin lemah dan sakit2. En Abah nasihat pergi ke klinik minta MC tambahan. Mesti la dia risau sebab petang Khamis tu En Abah nak terbang ke Kuantan. Lepas hantar En Abah ke ofis, aku gagahkan diri pergi ke klinik warga. Dr tambah ubat yg kuat sikit n bagi aku cuti 2 hari... Alhamdulillah dapat la aku merehatkan diri...

Tika di rumah, alin begitu setia menemani aku. Risau dia tiap kali aku batuk atau mengaduh kerana sakit2 badan. Ada tikanya alin nangis tgk keadaan aku... aku bersyukur walaupun Alin masih kecil namun dia sanggup tak ke sekolah utk menemani aku... ibunya.. Hari ni kat tadika khabarnya ada demo masak pizza tapi pagi tadi Alin kata tak pa la ibu.. Alin tak yah pergi sekolah. Sian ibu tinggal sorang2. Hampir menitis air mata ini..

Dan untuk Alin: Terima kasih kerana sanggup menjaga ibu tika ibu sakit.... ibu sayang Alin

Tuesday, July 21, 2009

Bersantai menikmati kedinginan

En. abah sejak ahad outsation. Tak jauh pun. Kat Pan Pacific KLIA ja..

Tapi dek penangan bilik yg luas dan mewah, Alin dengan manjanya merengek nak tidor kat hotel...


Dan dengan penuh kesiannya diizinkan oleh En abah.


So hari ni kami akan ke sana. Just nak bg peluang anak2 mandi kat .... bath tub.

Tapi esok jam 6.30 pagi dah kena keluar balik ke Bangi kerana acik kan sekolah...

Wednesday, July 8, 2009

Harajuku

Semalam aku menyelia guru pelatih di sebuah sekolah di Subang Jaya.. waktu nak menunggu pelajar masuk ke kelas.. aku terbaca satu artikel berkaitan dengan harajuku.. satu fesyen mix n match yg kini makin popular terutamanya di kalangan anak-anak muda.. Kenapa panggil harajuku? bukan ambil nama sempena buku Ramlee Awg Murshid (cintaku di Harajuku) tapi sebenarnya konsep ni diperkenalkan di Jepun terlebih dahulu..

So pada pandanganku konsep harajuku ni dah mula menular di kalangan anak-anak muda di Malaysia. Contoh paling dekat yang aku dapat saksikan ialah ini....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Is this Harajuku (mix n match) or mix n mis match?
You tell me la....

Di situ ada kasih sayangnya..

Dah lama tak menulis blog ya.. sejak masuk kerja ni asyik sibuk ja memanjang... tambahan pula sekarang ni berkejar utk habiskan penyeliaan latihan mengajar... penat tak payah nak cerita la.. keluar pagi..ptg baru sampai rumah.. kalau kat ofis tak terasa sangat..at least ada aircond.. keletihan memandu mengatasi segalanya. tambahan pula duduk dlm bilik darjah dan menyelia P&P pelajar.. kalau tengahari tu macam2 dilakukan agar mata tidak terpejam...

Dalam kesibukan melaksanakan amanah, aku tetap tidak melupakan dua cahayamataku di FISSOL. Membaca n3 KCY mengingatkan aku waktu mula2 abg masuk FISSOL. Memang waktu tu nak makan apa pun mesti teringat kat abg. Kadangkala kalau nak masak, terus tak jadi n tukar menu sebab abg tak ada. Seketika aku seolah-olah melupakan anak-anak yg masih ada di rumah.. namun kini Alhamdulillah jika anak di rumah boleh makan yg sedap2, hujung minggu aku pastikan anak2 di asrama juga makan yg sedap2 jugak.. especially angah kalau hujung minggu dah siap bertanya apa menu yg nak dibawa.. Rasa teruja sangat..

Last two week abg request buatkan pengat durian. Aku terus surf internet cari resepi.. ingat2 lupa ja resepinya. Maklumla bukannya masak selalu. hasilnya aku bawa utk abg n angah sorang satu bekas... seronok dengar angah cerita kawan2 satu dorm berebut nak makan... Alhamdulillah.. rezeki dikongsi bersama..

Antara menu yang pernah dibawa untuk berkelah di FISSOL:


dan selalunya bila pulang, semua bekas menjadi kosong...
Alhamdulillah

Saturday, July 4, 2009

ZAFFRAN...Selamat Hari lahir Pertama



Dedikasi untuk cucuku Zaffran...



Wan Teh, Tok Teh, Pak Long Fwz, Mak Ngah, Ti A dan Su Alin ucapkan

Selamat menyambut hari lahir
yang pertama.

Moga Zaffran sentiasa dilindungi ALLah