Tuesday, September 29, 2009

Viva La Vida

Masih ingat n3 berkaitan bufday Alin?
Ni merupakan sambungan n3 tersebut.

Merajuk sebab abah tangguh beli beskal

Masih merajuk sehingga tak nak bergambar

Kan dah cakap, Alin minta apa semua dapat
Hampir Maghrib, kami keluar juga mencari INI

Wajah ceria

Senyum sentiasa terukir di wajah

Peace...

tenang hati Ibu dan Abah
Melihat anak girang dan gumbira

Saturday, September 26, 2009

Selamat Harijadi Alin

Hari ini 26 September genap usia Alin 5 tahun... Terasa baru ja aku melalui waktu berpantang melahirkan Alin... Trauma pun belum hilang... tup..tup dah 5 tahun keletah Alin mewarnai hidup kami sekeluarga. Alin paling kecil dalam keluargaku... Anak bongsu??? tak berani nak mengaku lagi... Mana tahu Allah nak kurniakan baby lagi... ahakss,....

Berbanding dengan kehamilan anak2 yg lain, waktu mengandung Alin merupakan saat paling membimbangkan... Mana taknya banyak peristiwa berlaku sepanjang aku mengandungkan Alin.. Sewaktu kandungan 5 bulan aku disahkan kena placenta previa. ketika mengandung 7 bulan terpaksa admitted kat HUKM selama 22 hari utk elakkan komplikasi turun darah. Alhamdulillah sewaktu kandungan hampir cukup bulan, doktor sahkan dah boleh bersalin normal. Tapi rupanya kena pula hypertension sewaktu nak melahirkan... kala usia Alin seminggu aku terpaksa di tahan di hospital Kajang kerana darah tinggi.. Pengalaman pertama naik ambulans... dan kena makan ubat darah tinggi selama sebulan setengah...



Kini usia alin dah menginjak 5 tahun. Anak paling comel dalam keluarga.. Petah bercakap dan agak manja dengan kami.. mungkin title sbg adik kecil menyebabkan Alin menjadi anak manja dalam keluarga. Nak makan apa, suruh Alin minta.. insya Allah akan dilayan..

Tapi kadang kala tension juga melayan kerenah Alin. Kalau pergi ke kedai, ada aja barang2 yg menarik perhatiannya... Kalau tak dibeli muka masam aja sampai la tiba ke rumah... Permainan selalunya menjadi pilihan utama...Alin oh Alin.

Ketika ini Alin dah mula belajar membaca. Walaupun merangkak, tapi begitu bersemangat membaca akhbar dan buku2 cerita. Kalau paper Inggeris, bagai nak pecah perut kami menahan ketawa. Mana taknya, semua nak dibaca ikut Melayu... tapi kami tetap encourage Alin...


Semalam kami sekeluarga meraikan ulangtahun kelahiran Alin kelima. Alin diberi peluang utk memilih apa yg ingin dirasa. Aku suggest makan kat McD, Alin kata boikot Ibu... Last2 alin pilih Pizza Hut.. Tak boikot ke Alin.. hehehe

Petang ni Insya Allah Ibu dan Abah akan bawa Alin memilih Viva La Vida Alin ya... mulanya Alin minta hadiah baby Alive.. ayoyo bangkrap Ibu. Mana ada duit nak beli pampers baby tu... kalau dia yakyak siapa la nak basuh???? pujukan demi pujukan, Alin bertukar minta basikal.. hehe save duit Ibu... Nanti Alin pilih sendiri ya... Alin minta kek coklat. Ibu nak buat tak nak.. Nak beli n ada gambar Barbie kat atas... so ada kaum keluarga nak sponsor????..hahaha. Mana la ada kedai kek buka masa ni Alin oiii...

So sempena ulangtahun kelima Ibu dan Abah doakan Alin membesar menjadi permata hati kami yang sentiasa menjadikan agama sebagai panduan dalam hidup. moga Alin sentiasa di bawah lembayung rahmat Allah. Ibu, abah, abng, Angah dan Acik love ALIN sooo much...


Friday, September 25, 2009

Raya dah berlalu






Hari ni dah masuk raya keenam. Raya tahun ni aku amat terasa sekali kerana tak berpeluang balik kampung. Sejak mula kahwin aku dan En Abah mengamalkan sistem giliran balik kg. Kami balik kedua dua rumah, just giliran dalam menentukan beraya di mana dahulu.

Tahun ni memang la giliran kami beraya di Melaka tapi atas dasar Abng nak PMR selepas raya, aku berkorban dgn membuat keputusan tidak balik ke Kedah. Aku katakan pada abang dah 40 tahun mak beraya dgn mak tok dan wan. Tapi tahun ni mak berkorban demi memberi ruang utk abg. Macam biasa dia sengih ja...

Petang raya kedua, kami balik ke Bangi. Sampai ja ke rumah, kami beraya dengan mak cik dan pak cik depan rumah. Dah banyak budi yg kami terima dari mak cik sekeluarga. Anak2 pun dah dianggap mcm cucu sendiri.. Lepas tu pergi beraya di rumah mak teh pulak. Mak teh ni la yg acik dok tumpang rumah dia masa transit.. Budi mereka mana mungkin dilupakan...

Raya ketiga pagi2 lagi aku dan En Abah ke Meru menziarahi jenazah bapa mentua Iji (adik En Abah) yg meninggal pd ptg raya kedua. Abah dan Emak Melaka juga turut berada di sana. Setelah selesai jenazah dikebumikan, kami bertolak balik sebab anak2 betiga kami tinggalkan. singgah Putrajaya makan nasi mamak dan pekena teh ais... uish...sedapnya setelah sebulan tak pekena teh tarik.. Jgn bimbang, utk anak2 mak dah siap bungkuskan...

Dalam perjalanan balik rumah, Alin kata Ibu...nak muntah.. ASlhamdulillah ada plastik..kalau tak habisla kereta persona ku... Tapi episod muntah tidak berakhir do situ sahaja... pada malamnya Alin asyik muntah sampai lembik badan dia... dah tak keluar apa2 cuma air ja.. Even bila minum air masak pun muntah.. So malam tu badan Alin makin panas...

Besok pepagi lagi aku dah bergegas ke poliklinik UKM, tapi tutup pulak.. Tawakal ja aku masuk klinik kakitangan dalam kampus UKM. alhamdulillah klinik buka.. mula2 dia org kata klinik kakitgn tutup kak, Fail kat atas.. Aku jawap buat manual ja la. Anak akak ni sejak malam tadi muntah... Alahai kes macam ni pun nak bertolak-tolak lagi.. Alhamdulillah pada petangnya kesihatan Alin makin baik... agaknya kena food poisoning kot... Anak2 yg lain kecuali acik semuanya sakit.. Angah asyik berulang ke bilik air, abg pula demam dan muntah2... Acik sihat.. aku dan en Abah sakit gak tapi sikit2 ja... Agaknya perut kami terkejut kot asyik makan ja... sementelahan lagi kat Melaka, air dihidang biasanya air gas... terkejut perut den...

Petangnya aku dpt mesej dari Kak Lang yg bagitau abah tanya kenapa aku tak balik raya. Wua.. terus aku menangis... sedihnya bila abah bertanya kenapa aku tak balik... Siap dia tanya abg Z, sama ada aku dan abg Z bergaduh..tu sebab aku tak balik... Abg z bagitau yg aku tak balik sebab anak nak periksa.. Sedih.... aku terus telefon mak dan nangis.. tapi aku tak mampu nak bercakap dgn abah..takut bila abah dengar aku menangis nanti abah fikir bukan2 pulak... Sabar la hati.. raya haji nanti aku mesti balik....

so itula kisahnya keadaan aku pada syawal tahun ni... walau di mana aku berada, hati dan perasaan tetap bersama keluarga di kampung.... Tahun depan angah pulak nak PMR. Tapi aku dah buat keputusan, balik juga ke kg di Kedah.. sepatutnya tak yah balik Melaka la tahun depan... Tak gitu En Abah? Anak nak periksa kan.. Jika tahun ni I berkorban, kita tgk tahun depan, U sanggup berkorban tak????????????

Tragedi Pilu

Rabu minggu lepas, aku begitu bersemangat sekali nak ambil anak2 dari asrama.. Angah awal2 lagi dah mengingatkan jgn lambat datang.. Aku janji dengan mereka, jam 12 tghari mak sampai.. sempatla berkejar sekejap masa rehat tu..

Tapi malang tak berbau.. masa nak reverse keluar dari parking kat fakulti...tiiiiiiiiiiiiiiiiiitttttt bumm...

Wua... aku terlanggar kereta Din, staff Fakulti.. dia nak masuk parking, aku tak perasan dan dia juga tak perasan aku tgh reverse.... sebelum reverse tu dah tgk kiri kanan dan belakang.. tapi benda nak jadi nak buat camnoo.. tak trau sapa yg salah tapi kalau ikut law, aku la kena tanggung...nampaknya lepas raya ni "terbang" la duit raya anak nak tampung kos baiki kereta Din dan juga My persona... Alhamdulillah persona hanya kena bumper tapi lampu signal pecah sikit.. Agaknya mahula dua ribu kot utk kedua2 kereta....

Mcm aku katakan benda nak jadi sebab a few days before kejadian my persona, innova kami dilanggar org tapi yg paling aku geram.. mak cik tu boleh belah macam tu ja walaupun en Abah dah berenti nak tgk kerosakan... En Abah kata pengarah mana2 kot sebab naik kereta perdana kerajaan. Huh.. pangkat ja besar tapi minda sangat kecil (sori bahasa kasar skit tp memang bengang ngan mak cik tu). Alhamdulillah cat bumper kopak la sikit..


ni la wajah My Persona...Saya tak rela.....

Sebelum dan sesudah

n3 ni nak menunjuk perubahan yg berlaku sempena raya kali ni...
Haha sila abaikan sifat menunjuk saya ya...

Mula-mula...

Lepas tu tukar warna....

Masa bibik datang cuci rumah, jadi macam ni



Petang tu tetiba ja bertukar pulak...


Sebelum ambik anak-anak di asrama, sudut ni nampak kosong ja...

eh bila sampai rumah... hasil rembatan di Nilai 3..jadi la sudut tu camni...

Sekian.... n3 menunjuk saya...

Wednesday, September 16, 2009

kuih Cara Inti Karipap Maveles

Hehe.. KCY dah ada blog berkaitan masakan. Bagus tu, boleh la teh rujuk selalu. Selama ni kalau nak masak masakan yg aku tak pati resepinya, intenet sering dijadikan rujukan utk mencari resepi...
Hari ni aku pun nak post n3 berkaitan kuih yang disediakan utk berbuka ptg tadi. Masa balik kg hari tu, kami adik beradik pakat berebut nak bawa balik inti karipap mak tok yg tak habis. dapat la sorang satu tupperware...

Dan hari ni atas dasar nak menjamu anak-anak, aku guna inti karipap tu tapi diganti dengan kuih cara berlauk..Nak buat karipap tak ada papan canai (alasan...) Resepi kuih cara cari ja dlm intenet..Hasilnya..... Sedap..... Tapi punya la lambat nak habiskan tepung, sampai dah waktu berbuka, aku masih di dapur...

Inilah Kuih Cara Inti Karipap Maveles....

Wednesday, September 9, 2009

Alin The Survivor

Tengahari Selasa aku terima sms dari Teacher Aida. Katanya Alin tak nak lunch. Alin kata dia nak puasa hari ni. aku reply... ikut Alin la. kalau dia tak tahan nanti dia minta la makan... a few days ago alin juga puasa. Tapi sampai ja kat rumah, terus melalak nak berbuka. sakit perut la... lapar la... tak tahan la... Kerenah org berpuasa....

Tapi kelmarin n semalam I was sooo proud of her. Alhamdulillah Alin dapat berpuasa dah dua hari (jgn lupa sahur jam 7 pagi. hehe). hari pertama ok ja. Sementara menunggu Acik kat kumon, aku bawa Alin ke bazar ramadhan. Semua nak dibeli... tgk kuih ni berkenan, pusing kiri dah nak kuih lain plak....

Semalam, Alin puasa lagi. tapi semalam penuh dgn dugaan kerana jam 5.30 dah sampai rumah berbanding hari Selasa. Tiba ja kat rumah, mulalah radio merengek... puas aku memujuk. Ye la sayang jugak tinggal 2 jam ja lagi.. utk melupakan sebentar kelaparan Alin, aku ajak dia main kad donkey, snap dan old maid... ok jap la... habis main mula la balik radio malaya berbunyi...

Pujuk punya pujuk, alhamdulillah dpt lagi sehari. tapi en Abah kata tak kesian ka kat anak. Baru 5 tahun. Aku jawab kakak2 Alin 5 years semua dah mula puasa... kesian? memang la kesian esp bila dengar aling meraung.. yes meraung bukan merengek.. lapar.. Tapi niat di hati nak ajar dia agar berpuasa...

Time berbuka bukan main lagi Alin makan. Tak pernah tengok dia makan dengan lahapnya. Kesian anak ibu.. lapar sangat la tu... semalam sebagai upah puasa, aku belikan Alin aiskrim... Bila selesai berbuka pula.. "Ibu nak seringgit. alin kan puasa sehari..."

Alin oh Alin....

Wednesday, September 2, 2009

Beraya di Bulan Ramadhan

Alhamdulillah Jumaat lepas, aku berpeluang balik kampung utk mengjenguk mak dan abah. Setelah tension menunggu keputusan cuti En Abah lulus atau tak, jadi juga kami balik walaupun bertolak ke Kedah dah tengahari. Kepulangan kali ini merupakan gantian balik kampung pada hari raya utk kami memberi perhatian kepada Abg yg akan menghadapi PMR selepas raya.

Perjalanan smooth ja dari Putrajaya. Tengahari singgah sebentar di Tanjung Malim utk solat jumaat. Di sini lakaran pertama dlm hidup parking kereta dalam kawasan balai bomba. Suspen jugak takut kena marah. Tapi En Abah pesan, kalau dia marah bagitau nak tumpang berteduh sementara tunggu suami solat... Siap parking berbumbung lagi...

Tiba di Sungai Petani, kami mengalami kesesakan yg teruk. SMS dari KCY dan KCM memberi kesimpulan bahawa kami akan terlewat tiba. Acik dah mula mengomel kenapa lambat sangat nak sampai. Teruja betul dia nak balik ke kampung.

Kami selamat tiba di rumah mak 5 minit setelah azan maghrib. Haa dah penuh ruang tamu diisi dgn anak cucu mak dan abah. Kami menyelit mana yg boleh.. Abah macam terkejut ja tgk aku dan famili balik. Bila ditanya abah kenal tak? Macam biasa abah jawab tak ingat.. Tak pa aku faham kondisi abah. Tapi...

Yang hairannya abah kenal En. Abah. Siap dipelawa tambah makanan dengan menyebut nama En Abah. Sahur paginya, asyik tanya mana En Abah. Modal lawak aku dan anak-anak ialah En Abah jampi tok wan bagi ingat kat dia ja.

Keriuhan berkumpul adik beradik memang menimbulkan satu rasa yang tak dapat digambarkan. Kegamatan ketika berbuka dan juga bersahur merupakan detik2 yang tidak mungkin dilupakan. Walaupun kali ini kami hanya dapat berkumpul 4 beradik sahaja tapi kemeriahan juadah yg dihidangkan memberi aku peluang utk beraya di Bulan Ramadhan. Mee hun sup, laksa, karipap, lasagnia, daging hitam dan tak lupa juga ketupat dan rendang menjadi menu utama kami selama 2 hari. Cuma tak ada kemeriahan main mercun aja. Kemeriahan berkumpul adik beradik tersebut turut dirakamkan oleh KCY.
Dalam keriuhan kami berkumpul, ingatan turut kami layangkan untuk Mak Cik yg kini sedang mengalami kesakitan akibat tumornya membengkak. Pagi sabtu, kami menzirahi mak cik. Aku tahan air mata dari menitis di depan beliau. Aku rasakan kami perlu kuat utk mak cik. Memberi semangat utk mak cik terus berjuang dan jangan patah semangat. Jua kami perlu kuat utk memberi moral support buat Andak. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Bercuti dua hari di kampung memberi 1001 memori. Walaupun seketika, tapi yang pentingnya kami dapat balik menziarahi mak dan abah. Dapat bertemu abang kakak, anak saudara dan tak lupa juga cucuku yang asyik berkawad satu rumah sampai Su Lin tanya "Zaffran tak penat ka ibu asyik berjalan ja?". Yang pasti, raya nanti aku akan merindui suasana keriuahan dan kemeriahan itu...