Thursday, May 28, 2009

Sepi...

Ada rasa yang membuku di jiwa
Ada rasa membelenggu hati
Kedinginan meliputi seluruh ruang
Sepi, dan beku....

Friday, May 22, 2009

Anakku ... Si Pengangkap

Elllo... title kat atas tu bukan salah eja ya..

tapi itulah sebutan Acik...

Dah tak larat nak betulkan sebutannya

tapi asyik ngan pengangkap dia...

Haaa......

Inilah Pengangkapnya....


Cute ja....
tapi di sebalik cute..
maknya yang kena dera
surf internet
atas saranan Ngah T
nak tahu duduk letak lencana
jahitkan lencana
tika mata hampir terpejam
sebab
si anak ingin
memakai uniform lengkap..
tapi ....
bila melihat senyum anak
yang melebar
maknya pun turut tersenyum
kerana ...
bisa membuatkan
anak gembira
anak oh anak

Thursday, May 21, 2009

Busy seorang wanita

Aduhai bila dah masuk kerja ni macam2 tugas perlu dilaksanakan. Blog hari demi hari makin bersawang.. Letih badan Allah yang tahu...

Pagi2 tak yah nak cakap la kesibukannya... jam 7.50 dah kena keluar rumah hantar Alin ke sekolah.. Tiba di ofis adakalanya dah ada tugasan menunggu... Petang tiba ja ke rumah, terus masuk dapur masak... Maghrib dah terlentok.. ngantuk....

Minggu ni pula terlibat dgn temuduga calon pelajar utk sesi depan.. alahai yg datang banyak yg lemah gemalai... suara nak cakap pun tak kedengaran... masih takut2... ada yg tak boleh nak speaking langsung bila diminta berbuat demikian... tapi ramai yg datang dgn penuh semangat.. diminta nyanyi pun boleh... lagu Dafi siap dgn gaya..haha

Apapun tugas aku dan rakan adalah memilih pelajar yg nampak berkemampuan utk menjadi guru.. kerana masa depan anak bangsa terletak di tangan seorang guru...

Saturday, May 16, 2009

Ibulah Ratu Hatiku

Seindah-indah hadiah dalam kehidupan adalah seorang ibu
yang menjaga anak-anaknya dengan penuh kasih sayang
(Petikan dari untaian kata2 Abang dan Angah)
Seperti yang dijanjikan, dipaparkan hadiah2 yang diberikan oleh anakku.



Photoframe yg dihadiahkan oleh Alin hasil kraftangan beliau

Mug hadiah dari Acik yang dijinjing di sekolah sepanjang hari

takut pecah jika ditinggalkan

Kad dari Abng dan Angah - ada melodi yg menyentuh jiwa

dan....

Seindah-indah hadiah dalam kehidupan ini adalah anak-anak

yang sentiasa menyayangi dan mendoakan kedua ibu bapanya...

Friday, May 15, 2009

Cikgu oh cikgu

Esok 16 Mei merupakan Hari Guru. Terima kasih kepada para guru yang telah mendidikku selama ini. Sejak tadika, SKTG, MM, Pra AIUM, AIUM, Pensyarah Fak Pendidikan UM dan terkini penyelia2 di FPP UPM.

Terima kasih cikgu... Tanpa guru siapalah kami..

Jom kita nyanyi sama-sama...

Lagu Guru Malaysia

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Wednesday, May 13, 2009

Istimewa Hari Ibu

Bila aku menjadi seorang ibu, baru aku fahami perasaan yang mak alami selama ini....

Pada tahun ni sambutan hari Ibu bermula pada hari Jumaat...


Senario pertama

Tatkala mengambil Alin dari rumah teacher...

Ibu.. Selamat Hari Ibu..
Alin penat tau buat gamba ni kat tadika tadi..

Rupa2nya jumaat tu, murid2 al-Fateh buat artwork photo frame....


Senario Kedua

Sekembali acik dari sekolah, terus dia memberikan hadiah yang dibeli di sekolah...

Katanya.. Mak selamat Hari Ibu

Terkejut aku....

Hadiahnya mug gambar mickey mouse....

walaupun abg dan angah tak terlibat (just acik n En Abah yg sponsor hadiah tu..hmm diam2 ya!!) namun acik tak lupa meletakkan nama abg, angah dan alin bersama..

terima kasih Acik....


Senario Ketiga

Ahad pagi hampir jam 11, kami ke FISSOL menjengah anak. Angah sejak Sabtu dah tanya menu apa yang nak dibawa.. En Abah kata tak yah masak, beli ja.. En Abah nak suruh aku ulangkaji utk pembentangan nanti.. tapi tak sampai hati pulak bila teringat angah yang nak makan masakanku..

So pukul 8 pagi, tatkala org lain sibuk menyiapkan sarapan, aku pula sibuk memasak hidangan tengahari... Menunya.. simple ja.. tom yam, daging goreng ngan kentang dan sayur buncis berlada...

Acik ngan Alin sibuk bercerita pada angah dan abang hadiah yg diberikan padaku... angah senyum simpul ja... tak apa aku faham, anak2 di asrama kan...

Tapi rupanya masa bersalaman sebelum kami balik, angah memberikan sekeping kad untuk ku..

Mak.. selamat hari ibu..
Ni dari angah dan abang...

hampir menangis aku dibuatnya... (sila baca ... dalam kereta aku 'kehujanan')

macam mana angah dapat kad ni?
abg pesan kat kawan dia yg keluar outing...

Alhamdulillah...

Bagiku.. bukan hadiah atau kad yang menjadi ukuran..
tapi ingatan dari anak-anak dah memadai...
memegang title seorang ibu membawa satu tanggungjawab yg amat besar
mendidik anak-anak merupakan amanah dari ALlah yang perlu aku laksanakan..

Untuk Abang, Angah, Acik dan Alin..
Terima kasih.. syukran... tochei.. tq...



p.s
Gambar hadiah akan upload later... kad tu, alin dah misplaced... maklumla kad yg ada melodi tu..mcm hak milik dia ja..
Bila ditanya mana kad angah bg Ibu tu.. dia jawab ntah tak ingat...
wuaaaaaaaaa

Belated Mother's Day

Dek kesibukan dan kegementaran nak membentang proposal, aku tak dapat nak post entry berkaitan hari Ibu. N3 ni walaupun lewat tapi amat perlu.. just to show how gareful I am..

Terima kasih mak atas segala kasih sayang mak selama ini... Tak mampu teh nak membalasnya walaupun dilonggokkan semua harta di dunia...


Who should I give my love to?
My respect and my honor to
Who should I pay good mind to?
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next?
Your mother
Who next?
Your mother
And then your father

Cause who used to hold you
And clean you and clothes you
Who used to feed you?
And always be with you
When you were sick
Stay up all night
Holding you tight
That's right no other
My mother

Who should I take good care of?
Giving all my love
Who should I think most of?
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next?
Your mother
Who next?
Your mother
And then your father

Cause who used to hear you
Before you could talk
Who used to hold you?
Before you could walk
And when you fell who picked you up
Clean your cut
No one but your mother
My mother

Who should I say why close to?
Listen most to
Never say no to
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next?
Your mother
Who next?
Your mother
And then your father

Cause who used to hug you
And buy you new clothes
Calm your head
And blow your nose
And when you cry
Who wiped your tears?
Knows your fears
Who really cares?
My mother

Say Alhamdulillah
Thank you Allah
Thank you Allah
For my mother.

Tuesday, May 12, 2009

Alhamdulillah

Alhamdulillah setelah hampir seminggu mata dipejam tanpa tidor yang nyenyak, pagi tadi aku telah membentangkan proposal kajian....

Biasa la ada komen2 yg diberikan tetapi tidaklah melibatkan major changes. aku amat berterima kasih pada para penyelia terutama pengerusi yg sentiasa meniupkan semangat tika aku hampir give up dulu...

Aku rasakan masa empat tahun ni terlalu banyak cabaran yg aku hadapi.... ketawa, tersenyum dan adakalanya tangisan mengiringi siang dan malamku... adakalanya aku terfikir apa lagi yang perlu dicari dalam hidup... aku dah ada suami yang bertanggungjawab, anak2 penyeri hidup dan juga Alhamdulillah kehidupan yang kini aku lalui...

Namun kini aku pasti, perjuangan ini mesti aku teruskan.. esp bila baca komen KCY utk n3 lepas... sebagai hadiah utk mak dan abah... dan itulah yg aku bagitau kepada penyelia semalam.. utk mak dan abah.... dan tak lupa juga utk En Abah dan anak2 yang terpaksa berkorban masa utk membolehkan aku concentrate dgn pengajian..

Terima kasih kepada abg2 dan kakak2, anak2 buah atas doa kalian....

Monday, May 11, 2009

Esok Tiba Hariinya

Insya Allah pagi esok jam 10.30 aku dijadualkan utk vetting proposal yg aku telah usahakan hampir 4 tahun... org lain dlm tempoh tu dah dpt PhD tapi aku ibaarat baru nak bermula...

apa2 pun doakan yg terbaik untuk Teh ya...

Wednesday, May 6, 2009

Bayu Pantai Menyapa Rindu


Khamis lepas aku mendapat surat kena hadiri kursus di Port Dickson... Alahai ni first time kena outstation lepas masuk kerja... Permulaan untuk seterusnya????

So ahad petang, setelah menghantar abg n angah, aku meneruskan perjalanan ke PD. Sepanjang perjalanan, hati dibuai perasaan resah dan bimbang... kesian kat anak2 yg aku terpaksa tinggalkan... berlegar dlm minda bagaimana En Abah nak menguruskan Alin selama 2 hari.. Aku bertawakkal je la.. May b this the right time to prepare hin as more onwards are coming...

Tiba di Avillion Admiral Cove hampir jam 7. Ingat dpt bilik atas laut tapi rupa2nya avillion ni kat tepi pantai ja... bukannya Avillion PD. Bilik punya la besar.. ada plasma lagi tapi malam tu aku tak boleh tidor... takut plus teringat kat Alin...

Namanya pun pergi kursus.. so masa kami dipenuhi dengan mendengar talk ja... ada yang agak menjemukan dan ada juga yang lawak.. ada ketika mata hampir terpejam.. Aku ingat pergi kursus ni saja2 ja utk dapatkan sijil tapi rupanya selepas ni aku terikat dengan interview pelajar2 yg akan masuk ke fakulti.. Agaknya kontrak seumur hidup kot...

Alhamdulillah setelah dua hari penat duduk mendengar ceramah... tengahari selasa aku dah boleh balik ke rumah.. yahoooo... kain baju pagi2 lagi dah aku kemas.. tak sabar nak balik tapi melencong sekejap singgah seremban parade shopping2 dulu...

Tiba Bangi aku terus ambil alin.. sampai rumah... Masya Allah....terus masuk dapur menguruskan sink yg penuh... kain baju siap dibasuh tapi masa aku nak angkat baju.... aku istighfar panjang... berkedut2 baju... agaknya dari bakul terus sidai tanpa angin2kan baju dulu..ni mesti kes En Abah tak sempat pagi2... hehehe. Hajat hati nak masak tapi peti ais kosong sungguh... malam tu makan nasi lemak yg en Abah beli ja...

Alhamdulillah nampaknya En Abah boleh uruskan anak2 walaupun aku tinggalkan dua hari.. tapi rasa kesian gak kat anak2 sebab kena bangun awal. B4 7 dah kena keluar rumah...Namun aku bersyukur kerana so far En Abah boleh 'survive'.. coz I tahu this is not kali terakhir aku terpaksa keluar outstation... may b lepas ni akan menyusul lagi tugas2 yg lain pulak...

Memori Ketika Kecil


Bang Tuah...jom kita naik Lanca....

Bangunan stadhtuys kini menjadi Muzium sejarah dan ethnografi. Dalamnya diletakkan bahan-bahan pameran berkaitan perkahwinan dan juga budaya kaum2 yang terdapat di Malaysia...

Menemani abang masuk muzium ni memberi peluang aku mengimbau kembali kenangan ketika zaman budak2.. ada bahagian yg memaparkan petani di sawah... aduh nostalgianya ... pukul padi dan juga menyayak utk mengasingkan hampa padi ngan beras... I wish all my kids were there with me... just to share the nostalgic moments in my life...




Menanam padi, memukul padi dan menyayak beras

Imbas Kembali



Sempena cuti yg agak panjang awal bulan Mei, En abah ambil keputusan nak balik Melaka menziarahi mak dan abah. Aku tak kisah, ikut ja tapi yg peningnya plan asyik bertukar jaa.. Kejap khamis malm, tukar jd jumaat pagi..pastu tukar khamis mlm, tukar lagi sabtu pagi... last2 kami balik lepas jumaat... ponin den...

hiway ok ja sepanjang perjalanan... tapi bila dekat tol ayer keroh... alamak jammmmmmmmm... ada smart tag pun tak banyak membantu.. manusia potong line mcm jln depa ja.. mostly sinniyyun...

Kami decide balik rumah mak dulu, solat asar n bawa abang ja ke bandar melaka. abg kena siapkan projek sejarah dia.. so kena la pi bandar melaka sebab nak mengumpul maklumat mengenai bengunan Stadthuys...

Nak masuk bandar melaka, jam lagi.. maklum la org ramai mengambil peluang bercuti ni melawat Melaka bandar bersejarah... akhirnya aku ngan abang turun kat jonkers street n berjalan kaki ke sana... En Abah p la pusing cari parking...


Abang bergaya di Jonkers Street


Ni kali ke 3 aku menjejakkan kaki ke tempat2 bersejarah di Melaka. last year ada bawa anak2 n andak sekeluarga jalan2 bandar melaka. Tapi kami tak ke Stadhtuys.. so nak tak nak kena la juga ke sana.... ambil gambar sebagai bukti yg maklumat yg dikumpul tu authentic... hehehe...



Ni la dia stadhtuys...