Thursday, May 6, 2010

Resepi ringkas tetapi superb

hehe tgk ke tajuk entri macam beriya benor ye..

Since pagi selasa hubby dah request mee sup utk dinner nanti..tapi on that day, acik kena balik rumah sebab mak cik transit menziarahi saudara meninggal..so alang-alang kena beli lauk utk lunch acik, terus je beli utk malam sekali..

Bila hubby balik, dia kata ala abah dah dok terbayang mee sup di ruang mata... rasa guilty sangat tapi pujuk2 ja..esok kan masih ada..

So semalam, dgn terujanya, balik awal dari ofis. Amik Alin dan Acik, terus masuk dapur.. tumis mee sup.. sementara mee mendidih, call hubby nak minta beli daun sup..ye la mana sedap kan mee sup tak de daun sup..

tetiba.... hubby cakap dia on the way nak p makan roti canai ngan colleague dia..wua..penat ja terkejar2 balik awal... dah nak merajuk ni..tapi hubby cakap, roti canai tu appetizer, mee baru menu sebenar..pandai la tu...

hampir jam 7 baru la hubby sampai rumah.. terus ja dia buka mangkuk dan makan dengan berseleranya (tak tau la berlakon je ka..hehe). Even acik dan Alin pun makan dengan berselera... maknya tak yah nak cerita, lagi berselera..

So, moral of the story, biar pun mee sup senang nak masak, tapi kalau masak dengan keikhlasan sure sedap punya....

Wednesday, May 5, 2010

Sukarnya Membuat Pilihan


Setiap ibu bapa inginkan yang terbaik buat anak-anak. Dalam semua segi, kalau boleh biarlah anak2 selesa.. namun sebagai manusia kita juga mempunyai keterbatasan tersendiri...

30hb April merupakan hari terakhir pendaftaran sekolah utk Tahun 1 next year.. dah berbulan, aku dan hubby berbincang nak sekolahkan Alin kat mana, tapi semuanya tiada kata putus, hubby kata SK Bangi ja, aku prefer SKBSP, kalau tanya Alin sekejap SKB pastu SKBSP pula... poning den

Aku prefer SKBSP sebab semua rakan Alin kanak2 BSP.. Alin ni kan susah sikit nak bersosial dgn org yang dia tak kenal..so harap2nya bila Tahun 1 nanti memudahkan dia adapt dgn persekitaran baru tetapi bersama rakan2nya...
Fikir punya fikir sampaila sehari sebelum dateline, kami mengambil kata putus daftar alin kat SKB ja.. bila fikirkan transit Alin, rasanya lebih mudah kat SKB..mula2 Alin memberontak juga tetapi pandai la ibunya guna psikologi..hehe terus ja bersetuju...
Masa sarapan pg tu, berbual la dgn kawan2..masing-masing cakap elok la daftar kat SKBSP sebab may be competition kat sana lebih baik utk progress Alin nanti..alahai pening balik dah...bukannya aku menidakkan pelajar di SKB tetapi apa yg dikatakan oleh kawan2 ada betulnya..

Malam tu bincang lagi ngan hubby, dia pun pening jugak.. hinggalah ke pagi sebelum ke ofis, kami masih belum buat keputusan.. akhirnya dek kepeningan memikir, kami buat keputusan tetap aja kat SKB.. mungkin competition agak kurang tetapi yg penting kita sebagai ibu bapa memberikan motivasi kepada anak2 utk berjaya.. aku dan hubby juga bersekolah kampung tetapi semangat dan dorongan dari mak dan abah di samping bimbingan guru membuatkan kita cuba mencapai semua impian..

Moga keputusan yang kami ambil bukan merupakan satu keputusan yang silap.. , moga Alin mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat..

Menumpang Tuah Anak

Last week Acik ada bgtau dia masuk pertandingan menulis esei "My Best friend" kat sekolah.. teruja sangat dia sebab katanya dapat hadiah besar.. hahaha masuk pertandingan sebab nak menang...
Jumaat lepas tetiba acik call minta ambil dia kat sekolah..terkejut gak sebab takut dia demam ke.. rupanya dia menang tempat kedua pertandingan tersebut... katanya acik dapat hamper besar.. mak datang la ambil.. iye la mak ni kan supermom..berkejar juga ke sekolah utk ambil anak ngan hampernya..dok terbayang hamper yg berat dan sarat dengan makanan dan air gas....

tetiba nampak dia lengang ja berjalan keluar sekolah.. la dapat hamper penuh dgn fail dan mainan KFC... inila rupanya


Hadiah acik tak habis setakat tu aja..dapat baucer KFC 1 bucket. so ahad lalu kami satu famili menumpang rezeki Acik..kembang kempis hidung acik bila semua menyakat minta izin nak makan ayam KFC yg acik menang... 15 ketul U..

Congratz Acik.. terus dan terus berusaha...