
Selasa 27 Oktober merakam satu lagi detik manis dalam kehidupan Kak Lang kan...
Tahniah teh dan keluarga ucapkan. Setelah berhempas pulas memerah minda, akhirnya Lang berjaya menggenggam segulung ijazah yang diidamkan. Walaupun teh tak dapat ke Shah alam utk sama-sama meraikan detik tersebut, namun teh bersyukur kerana akhirnya Lang berjaya menamatkan pengajian ijazah pertama.
Selepas ni, banyak lagi peristiwa yang akan berlaku dalam hidup Lang. Cuma pesan teh, sentiasa merujuk kepada abu dan ummi dalam memastikan setiap tindakan yang diambil turut mengambil pandangan orang tua.. walaupun garam tak boleh makan banyak, tapi bimbingan dan pandangan abumi akan membantu Lang membuat pilihan terbaik dalam hidup...
Ingat lah setiap langkah yang kita ambil, turut membawa doa dan harapan dari ibu bapa...
Tahniah Lang...
Maaf atas dasar kesibukan nak berseminar, teh tak sempat nak beli kad atau apa2 cenderahati utk Lang... Penangan Tengku Mahkota...






