Wednesday, November 25, 2009

Need I say More....

Balik Kampung

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh...( 3X )
Hati girang
Ho ho... Balik kampung (3X)
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti

Friday, November 20, 2009

Melangkah Menempa Kejayaan

Semalam keputusan UPSR diumumkan di seluruh negara. Alhamdulillah 2 anak saudara ku berjaya mendapat 5A dalam peperiksaan tersebut... Tahniah utk Bang Cik dan juga Farah... Moga sukses terus mengiringi perjalanan hidup kalian berdua..

Semalam juga mencatatkan detik yang bererti dalam hidup Acik.. Hari kecemerlangan SK Bangi dan SRA Pekan Bangi menyaksikan Acik membawa balik hadiah yang pelbagai... Di SK Bangi, Acik berjaya mendapat Hadiah kecemerlangan utk nmbr 2 dalam aliran, dan 2 hadiah subjek tertinggi (BM Penulisan dan Matematik). Selain itu, Acik juga membawa balik piala dan sijil untuk anugerah Tunas Harapan. Alhamdulillah untuk 3 tahun berturut-turut Acik mendapat anugerah Tunas Harapan... dan.....

Acik juga dianugerahkan Tokoh Nilam untuk Tahap Satu... Aku sebagai ibu tumpang seronok dan bersyukur dengan kejayaan awal yang ditempa oleh Acik... Bila lihat Acik menaiki pentas dengan memakai Blazer (yg labuh teramat sangat) untuk menerima anugerah tunas dan nilam, aku merasa sebak.... Emosi seorang ibu....

Sebelah petang pula, Acik sekali lagi membawa balik Piala untuk tempat pertama dan hadiah2 lain utk matapelajaran tertinggi... Alhamdulillah....

Namun di sebalik kegirangan Acik membuka hadiah2 tersebut, Alin yang tak mendapt apa2 hanya memandang dengan penuh harapan... Acik akhirnya bermurah hati (setelah puas dipujuk) memberikan Alin kotak pensil sebagai cenderahati dengan syarat yang berkoyan2....

Wednesday, November 18, 2009

Exam oh Exam Luahan hati Seorang Guru

Dah lama blog ni tak diupdate dgn n3 terkini.. Stress betul sejak sebulan yang lalu... Jika student demam nak hadapi exam, aku sebagai pensyarah pula stress nak marking exam...

Kalau soalan seperti ini senang la... .

Hantar ja kat Pusat komputer... cet cet 5 minit dah siap.


Tapi kalau exam bentuknya sebegini...


Berasap kepala nak membaca dan menilai jawapan pelajar...ada yang menjawab mengikut apa yang dia tau bukannya apa yang disoal, ada yang menjawab bagus aja flow n menepati skima yang ditetapkan, ada pelajar yang tulisannya sejuk mata memandang walaupun jawapan salah tetapi pula ada juga yang menulis macam cakar ayam ja tapi isi menepati skima..... adoi kalau dapat tulisan yang buruk, nak mencari isi penting pun rasa nak terkeluar isi perut dulu sebelum selesai marking.

Kadang kala aku terfikir, jika tulisan guru begitu teruk bagaimana nanti nak ngajar pelajar.. aku utarakan fikiran kepada rakan tetapi dia orang jawab.. apa susah pakai powerpoint ja.. memang la tak dinafikan zaman sekarang mudah nak buat ABM tapi bagiku tulisan guru juga memainkan peranan ketika P&P dilaksanakan.

Semester ni aku mengajar 5 kursus. So bayangkan kertas exam yang aku kena marking... Satu kursus tu jumlah pelajarnya melebihi 200 orang dan soalan semuanya esei... Hmm kalau aku jadi penyelaras, aku mesti buat soalan objektif.. memang la masa nak menyediakan soalan susah, tapi markingnya senang..

Ada pensyarah pula, Isnin periksa, hari rabu dah nak markah.. Ish macam kita ni tak dak kerja lain.. sabar la.. yang paper terdahulu pun tak habis marking..Ikut giliran la kan... Sebab selain paper exam, nak marking assignment lagi sebagai sebahagian daripada penilaian kursus...

Bila dah selesai marking pula, ada pelajar yang markah tak memberangsangkan.. kesian pulak tgk.. tapi adakalanya kita sebagai pensyarah tak dapat nak menolong banyak jika markah terlalu teruk... yang dapat menampung markah pelajar ialah melalui tugasan yang kami berikan dan juga attitude pelajar sewaktu dalam kelas..tapi sayangnya ada juga pelajar tak mengambil peluang tersebut...

Ada satu kursus yang aku jadi tutor, seorang pelajar tak datng kelas hampir 5 minggu.. kita ni punya la bimbang. telefon tak berangkat, sms tak berjawab.. akhirnya aku surrender.. kita dah berusaha tapi pelajar sendiri yang tak nak ditolong... masa exam aku kejar pelajar tersebut bila dia keluar dewan exam.. tapi alasan yang diberi tak munasabah langsung... Saya ada masalah... abis kenapa tak balas sms/call saya.. phone hilang... abis kenapa tak jumpa saya, semua masalah dapat dibawa berbincang...haa terdiam dia... tapi maklumat yang aku terima dari rakan2, budak ni tgh mabuk air sejuk.... sayangnya..... atas nama cinta pelajaran diabaikan...

Ketika menjaga peperiksaan, aku berbual dgn pegawai akademik.. dari perbualan terkeluarlah kisah cara2 yang digunakan oleh pelajar U utk meniru.. selalunya pelajar bawa nota atau ada yang kreatif menulis di lengan dan tangan ibarat tattoo. ada yang pakai headphone dan dok bertelefon dengan rakan lain bertanya jawapan. pelajar tahun satu pulak tu.. Baru 5 bulan menjejakkan kaki ke universiti... entah lah agaknya terlalu terdesak...

Di mana keberkatan ilmu pengetahuan jika kita tak usahakan sendiri... di mana nak letakkan muka akibat perbuatan kita sendiri dan yang paling aku terkilan ialah tidak kah pelajar memikirkan perasaan mak dan ayah yang sentiasa berdoa kejayaan mereka?

erhh jadila setakat ni saja luahan hati... kalau nak ikut panjang lagi nak menaip tapi....

kalau taip panjang-panjang, marking tak selesai pulak..

Sekian salapian....