Tuesday, November 2, 2010

Banjir untuk Kesekian Kalinya

Tengahari semalam, call mak utk bertanya khabar. Mak bgtau kat kg hujan turun sejak hari ahad tanpa henti..oh ini perkhabaran yg tak baik as bila hujan berpanjangan, alamatnya akan diikuti dgn banjir.

Dah beberapa tahun rumah mak ditenggelami air.. sejak pelebaran jalanraya utama, air terperangkap menyebabkan penduduk kg mengalami kerugian yg berpanjangan..

Saban tahun mak dan abah dgn dibantu abg2 dan kakak2 terpaksa memindahkan barang ke atas rumah.. well akan ada yg berkata alhamdulillah ada rumah tingkat atas.. Yes memang bersyukur namun kesusahan yg ditanggung amat besar.. sementelahan kesihatan mak dan abah pula tidak menentu..

So ini gambaran banjir yg melanda kampung ku... moga mak dan abah tabah menghadapinya
Ni malam tadi
Ni pula pagi tadi... cepatnya air naik
Parking kereta yg kini dilimpahi air..
Ruang tv..
Ruang Tamu

Tuesday, October 26, 2010

Wish U r here

Sejak lepas hari raya, hubby outstation every week.. kadang kala rasa letih badan menguruskan anak2 sorang diri.. bukan tak bersyukur dgn apa yg ada..cuma adakalanya keletihan menguasai diri sbb semuanya perlu dilakukan....

Tghari semalam dapat mesej dr ateh.. katanya acik tercekik tulang tapi sbb sekarang ni sekolah tgh exam, so acik pergi juga ke sekolah...

Bila ambik acik waktu petang, dia kata masih terasa sakit mencucuk.. alahai...

Terus bawa acik ke klinik... Ni satu hal.. dpt doktor yg mcm nak tak nak aja layan patient ..cakap pun lebih kurang ja... anak sakit tapi lagi sakit hati tgk kelaku doktor tu.. Dia suruh acik baring tapi asyik dok merungut salah.. apa dei...(sori geram..)
Doktor tu suluh tapi tak nampak so dia suggest pergi hospital ja..what spital... masa ni la harap2 sangat hubby ada... sempot nafas ngenangkan selalu kena tinggal.. semua nak kena settle sendiri..
Decide nak pergi lepas solat maghrib sebab takut nanti tak sempat bila dah tiba spital..so kami singgah petronas dulu.. masa ni dok tanya acik sakit lg ka.. dia kata sakit.. so off we go to putrajaya..
Masa dlm perjalanan, acik kata mak dah kurang sikit..what!!! dah on the way ni... dia kata bila makan tak terasa tapi kalau telan air liur ada rasa mencucuk.. so nak pergi ke tak..
Try call hubby dah tak berangkat pulak... (biasa la tu).... so buat keputusan tangguh dulu ke spital... dalam keadaan begini serba salah jugak sebab takut nanti melarat ke apa ke.. tapi agaknya acik takut nak ke sana so cakap dah ok..hmmm
Pagi ni tanya dia ok ke... kalau masih sakit kita se spital..jawabnya acik pun confius sakit dah kurang atau tak.. hmm kalau acik confius, mak lg confius.....
N3 ibu yg ditinggalkan....

Tuesday, October 5, 2010

Selamat berjuang Puteriku


Ketika n3 ini dicatat, angah, dan 4 org kezennya - Harith, Farid, Sofwan dan Afifah - sedang bergelut menjawab BM kertas 2 PMR. Begitu juga dgn abang yg turut menduduki peperiksaan akhir tahun..


Debaran sebagai ibu yg anaknya sedang menduduki exam tak mampu aku tangkis.. Walaupun angah di Labu namun kami suami isteri tak berhenti memohon kepada Allah agar angah berjaya melalui satu fasa dalam hidupnya.. sejak dua minggu lepas, kami berulang ke Labu setiap sabtu dan Ahad untuk memberi sokongan moral kepada angah dan abang..


Kerisauan jelas terpapar di wajah dan juga percakapan angah. Apa yg mampu kami lakukan ialah meminta angah supaya sentiasa berserah kepada Allah.. dalam apa keadaan pun, kita hanya mampu menyerahkan kepada-Nya setelah kita berusaha..


Dulu sewaktu UPSR, aku dan suami mengambil cuti sepanjang exam..hanya untuk memberi sokongan kepada anak2.. namun bila anak2 jauh di asrama, hanya doa yg tak putus kami tadahkan agar anak2 berjaya mencapai impian masing2..kita sebagai ibu bapa sedaya upaya memenuhi tuntutan dan tanggungjawab yang diamanahkan Allah.


Untuk angah.. selamat berjuang... masih jauh lagi perjalanan hidup yg perlu angah lalui.. pesan mak dan abah, walau di mana dan apa jua cabaran yg angah hadapi, sentiasa memohon pertolongan dan inayah Allah dalam membuat sebarang keputusan.. Insya allah Dia senantiasa bersama hamba yang mengingati-Nya..


ALL the best my dear...

Tuesday, September 28, 2010

Baby Ellis



Birthday girl with her 'sister'...

Alhamdulillah tercapai juga hajat Alin nak barbie mariposa..
wing tu dihadiahkan oleh temannya.. just pin aja..

by the way.. Ellis tu nama yang alin beri untuk 'adik' baru dia..

kalau ikutkan tak adapun barbie ellis..

hmmm kecik2 dah pandai bagi nama...

Tak yah nak rujuk buku pun..

tak yah nak p daftar n buat my kid...


Yg penting

ALIN GEMBIRA

Alhamdulillah

Monday, September 27, 2010

All the Wishes on Her 6th Birthday


From me:
Untuk Puteriku ..selamat menyambut ulang tahun kelahiran ke 6.. moga Alin membesar menjadi puteri yg solehah


Mak Chak
%-) :-) happy birthday :-D.. have a good day

Kakak Qay:
alin happy bdayyyy..ingt lg ms alin lahir teh kat spital kuar masuk, pastu acik sbuk merajuk n siap nak lari rumah lg sb mak ada adik bru.....pastu abang n angah asyik gaduh ja siap kasi mak pnya Bp naik lg..hahaha..

Mak Ngah
happy birthday gak utk Alin bucuk!!! nanti hadiah barbie 2 tuntut kat mak ek.hehe..makngah dh buat party mlm td.kalo tau awal blh pasang lilin letak atas bihun tu..haha

Mak Lang
hepi besday Alin....sekejap aje anak menakan paling manja ngan mak lang ni membesar.. Moga terus membesar menjadi anak solehah dan Qurratu 'aayun buat ibu dan abah...

Ngah Ti
Alin...tak dapat mariposa tak apa, asalkan alin mauposa

Ngah M
Selamat Hari Jadi yg ke 6 Alin, muga jadi insan yang bertaqwa, taat ibu abah ye. Dah masuk 6 tahun dah tak merap2 lagi kan.....kan......kan.



Tahun ni Alin minta Barbie Mariposa..asyik dok sebut ja tapi semalam p cari tak ada. Minta op dulu beli hadiah tapi birthday girl dah tak sabar..so beli gak barbie..


Namanya barbie Ellis..kelas gitu...

Thursday, August 26, 2010

Countdown

Sejak Alin mula berpuasa penuh beberapa hari yang lalu, maka bermulalah countdown utk hari raya...ayatnya sama ja setiap hari..

ibu..lagi 15 hari nak raya kan..

ibu lagi 14 hari nak raya kan..

itulah ayat yang dituturkan setiap hari..tak sabar nak menyambut aidilfitri... nak melaram dgn kasut dan baju baru..

Okey.. countdown raya masih boleh bersabar tapi countdown mengira jam nak berbuka kadangkala tension gak nak menjawabnya.. sebaik sahaja sampai di rumah..

ibu lagi berapa jam nak berbuka..

selang 10 minit..

ulang lagi dan ulang dan ulang hinggalah waktu berbuka..

Tapi paling tak sabar bila Alin dgn manjanya memeluk abah dan merengeeeeekkk nak berbuka.. maka bermulalah drama air mata... mcm cerita hindustan.. hari ni khamis, aku ada kuliah till 9 pm.. Agak2nya kuat tak semangat abah nak memujuk Alin..minggu lepas terbabas gak sebab abah kan tak sampai hati esp kalau anak menangis... sayang sbb waktu berbuka tu dah pkl 6.45 ptg.. kalau aku, mesti pujuk2, peluk dan mcm2 lagi utk melupakan permintaan Alin..
Namun walaupun pelbagai kerenah yang ditunjukkan, namun aku bersyukur sebab so far duit yang Alin dpt as a reward, dia akan masukkan dalam tabung infaq sekolah.. katanya Alin nak sedekah banyak2, sebab kalau Alin dpt kumpul duit banyak, nanti dpt ikut teacher pergi rumah org susah.. Alhamdulillah..Tak sia2 aku mendidik Alin menghulurkan derma setiap kali kami ke pasar malam.. at least alin sedar bahawa masih ramai lagi kanak2 yang tidak mampu menikmati juadah dan baju raya seperti Alin..moga sifat pemurah alin berkekalan..
So jom countdown.. lagi 13 hari nak balik kedah..yahooooo

Thursday, August 19, 2010

Tijah Tertipu.

Sejak Ramadhan bermula, waktu balik merupakan saat kebizian yg melampau... Biasanya aku keluar kerja dlm jam 5.30.. Amat sesuai dgn waktu utk ambil Alin dan Acik tp sejak bulan puasa ni..hazab kalau keluar kerja waktu tu..

So jika rakan2 tanya nak balik pkl berapa? aku jawap antara 4.59-501 ptg..hehehe... waktu ni kalau keluar tak la beratur panjang .. org baru nak start kereta, aku dah keluar dr gate...

Tapi petang semalam tijah tertipu dgn jam kat sistem warga..dok tgk belum pkl 5..ishh tak leh balik nanti tak cukup jam bekerja (sedangkan khamis masuk jam 8 balik jam 9 malam).. bila jam digitol tu menunjukkan jam 5.00 aku pun log out..rupa-rupanya jam sistem yg betul dah pkl 5.06..mak ai ni mesti jam..

Dan seperti yg dijangka..aku terperangkap dalam barisan yg panjang utk keluar UKM..aduh... Jenuhla menunggu giliran utk lepas gate keluar..kat pkl 5.30 gak... Nasib baik gak la rumah dekat..pum pang dah dekat pkl 6 baru sampai rumah...

So utk pak cik2 UKM yg drive solo tu, sila beri laluan utk ibu2 yg nak menyediakan juadah untuk berbuka ya.. balik lambat sikit pun tak pa..banyak pahala di bulan Ramadhan ni kalau kita berbuat baik..

So hari ni balik lambat la pula sbb kuliah till 9. Sian la hubby ngan anak2 makan juadah tunjuk ja..selamat berbuka tanpaku di sisi..For me..nasi kerabu (iftar ramai2 ngan student)..I like..harap2 dpt memenuhi my taste..

Wednesday, August 18, 2010

Al-Fatihah Untuk Sahabatku

Semalam dalam pkl 3 ptg, tetiba henfon berbunyi.. check dulu siapa yg call sebelum menjawab..

Tertera nama seorg sahabat di Ipoh..Ya Allah hati rasa bergetar.. adakah aku akan terima satu perkhabaran sedih..

Tepat jangkaanku.

Pada jam 2.20 petang semalam, aku telah kehilangan seorg sahabat yg banyak membantu ketika aku masih di Ipoh dulu. Kak Seti kukenali bila aku ditugaskan mengajar di SM Convent pada tahun 1994. Sebagai guru novis ketika itu, beliau sering menjadi tempat rujukan aku bertanya. Tiada ilmu yang tidak dicurahkan. Tiada nasihat yang tidak diberikan. Jika aku minta tolong especially jika kami kena latihan sukan pada waktu petang, beliau sedia membantu. Tutur bicaranya lembut..persis seorg ibu kepada anaknya...

Namun bulan lepas melalui fb, aku mendpt berita yg Kak Seti sedang sakit berjuang melawan breast cancer. Alhamdulillah aku diberi peluang untuk melawat Kak Seti ketika beliau dimasukkan ke HKL untuk rawatan radioterapi. Ketika aku menjenguk ke bilik di mana Kak Seti sedang dirawat, beliau terus mengenaliku ... eh Khadijah kan... Alhamdulillah Allah beri peluang kita jumpa balik..Itu kata2 Kak Seti yg pertama..

Hampir sejam aku bersama Kak Seti..kadang ketawa mengingatkan kembali nostalgia kami di Convent.. Ria nya masih seperti dulu. Lafaz Zikrullah sentiasa di bibir..Walau kesakitan, Kak Seti masih sempat melawak..Katanya akak sekarang minum pakai botol air cucu...tekak sakit kalau nak telan air.. ketika itu ku rasakan air mata bergenang di pipi..tabahnya beliau bercerita seolah2 tiada kesakitan yg beliau alami..

Mingg lepas, aku mendapat berita yg Kak Seti kritikal kerana sel barah sudah menyerang otak dan tulang belakangnya... dan tengahari 7 Ramadhan semalam, aku kehilangan seorang sahabat sejati..

Dari Allah kita datang dan kepadaNya kita kembali..Moga roh Kak Seti ditempatkan bersama para solihin..

AlFatihah untuk Kak Seti Rafeah Hj Ramli..

Monday, August 2, 2010

Wajah Baru

Ishh lama benar tak menulis sesuatu dalam blog ni..buat permulaan tatapilah wajah baru ini setelah disuntik dgn botoks...

Mood menulis belum sampai..ptg ni till wednesday berhempas pulas utk SKEPEN2010

Saturday, June 19, 2010

Acik kini dah berusia 10



Selamat hari lahir mak ucapkan untuk acik..kini acik dah berusia 10 tahun.. rasa macam baru ja mak menulis entry utk birthday acik yg ke 9.

Tika ini mak tak mampu nak menulis panjang2..namun doa yg tak putus2 dari mak agar Acik membesar menjadi puteri solehah yang sentiasa berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat.

untuk hadiahnya pula..nanti la ye.. belum ada kesempatan nak membelinya dan acik pun belum decide nak beli apa kan...tapi mak dah cover dengan celebrate birthday acik last week kan...

HAPPY BIRTHDAY ACIK..

Thursday, June 10, 2010

Untuk Kak Lang..On Her Wedding Day


Barak Allahu Lakuma

We're here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together
We're gathered here to celebrate
A moment you'll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

From now you'll share all your chores chores
Through heart-ship to support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure

We pray that He will fill your life
With happiness and blessings
And grants your kids who make your home
Filled with laughter

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

بارك الله
بارك الله لكم ولنا

الله بارك لهما
الله أدم حبهما
الله صلّي وسلّم على رسول الله

الله تب علينا
الله ارض عنا
الله اهد خطانا
على سنة نبينا

Thursday, June 3, 2010

Apa kaitan labah dengan blog????

Satu labah-labah cuba panjat perigi
Bila hujan turun labah cepat lari
Terbit matahari hujan tiada lagi
labah boleh panjat sekali lagi..

hujan panas banyak peristiwa berlaku tetapi nak duduk meluahkan events seharian rasanya tak terbuat...

Student U bercuti... tapi kami masih terikat dengan Latihan Mengajar or as I always said.. Latihan Mengejar..

Semalam meeting pagi petang..

Pagi tadi meeting lagi

bila boleh bercuti??

Esok anak-anak kembali ke rumah...

Maka akan terperaplah anak-anak di rumah sehingga tanggal 11 Jun..

till then selamat bersawang..

Thursday, May 6, 2010

Resepi ringkas tetapi superb

hehe tgk ke tajuk entri macam beriya benor ye..

Since pagi selasa hubby dah request mee sup utk dinner nanti..tapi on that day, acik kena balik rumah sebab mak cik transit menziarahi saudara meninggal..so alang-alang kena beli lauk utk lunch acik, terus je beli utk malam sekali..

Bila hubby balik, dia kata ala abah dah dok terbayang mee sup di ruang mata... rasa guilty sangat tapi pujuk2 ja..esok kan masih ada..

So semalam, dgn terujanya, balik awal dari ofis. Amik Alin dan Acik, terus masuk dapur.. tumis mee sup.. sementara mee mendidih, call hubby nak minta beli daun sup..ye la mana sedap kan mee sup tak de daun sup..

tetiba.... hubby cakap dia on the way nak p makan roti canai ngan colleague dia..wua..penat ja terkejar2 balik awal... dah nak merajuk ni..tapi hubby cakap, roti canai tu appetizer, mee baru menu sebenar..pandai la tu...

hampir jam 7 baru la hubby sampai rumah.. terus ja dia buka mangkuk dan makan dengan berseleranya (tak tau la berlakon je ka..hehe). Even acik dan Alin pun makan dengan berselera... maknya tak yah nak cerita, lagi berselera..

So, moral of the story, biar pun mee sup senang nak masak, tapi kalau masak dengan keikhlasan sure sedap punya....

Wednesday, May 5, 2010

Sukarnya Membuat Pilihan


Setiap ibu bapa inginkan yang terbaik buat anak-anak. Dalam semua segi, kalau boleh biarlah anak2 selesa.. namun sebagai manusia kita juga mempunyai keterbatasan tersendiri...

30hb April merupakan hari terakhir pendaftaran sekolah utk Tahun 1 next year.. dah berbulan, aku dan hubby berbincang nak sekolahkan Alin kat mana, tapi semuanya tiada kata putus, hubby kata SK Bangi ja, aku prefer SKBSP, kalau tanya Alin sekejap SKB pastu SKBSP pula... poning den

Aku prefer SKBSP sebab semua rakan Alin kanak2 BSP.. Alin ni kan susah sikit nak bersosial dgn org yang dia tak kenal..so harap2nya bila Tahun 1 nanti memudahkan dia adapt dgn persekitaran baru tetapi bersama rakan2nya...
Fikir punya fikir sampaila sehari sebelum dateline, kami mengambil kata putus daftar alin kat SKB ja.. bila fikirkan transit Alin, rasanya lebih mudah kat SKB..mula2 Alin memberontak juga tetapi pandai la ibunya guna psikologi..hehe terus ja bersetuju...
Masa sarapan pg tu, berbual la dgn kawan2..masing-masing cakap elok la daftar kat SKBSP sebab may be competition kat sana lebih baik utk progress Alin nanti..alahai pening balik dah...bukannya aku menidakkan pelajar di SKB tetapi apa yg dikatakan oleh kawan2 ada betulnya..

Malam tu bincang lagi ngan hubby, dia pun pening jugak.. hinggalah ke pagi sebelum ke ofis, kami masih belum buat keputusan.. akhirnya dek kepeningan memikir, kami buat keputusan tetap aja kat SKB.. mungkin competition agak kurang tetapi yg penting kita sebagai ibu bapa memberikan motivasi kepada anak2 utk berjaya.. aku dan hubby juga bersekolah kampung tetapi semangat dan dorongan dari mak dan abah di samping bimbingan guru membuatkan kita cuba mencapai semua impian..

Moga keputusan yang kami ambil bukan merupakan satu keputusan yang silap.. , moga Alin mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat..

Menumpang Tuah Anak

Last week Acik ada bgtau dia masuk pertandingan menulis esei "My Best friend" kat sekolah.. teruja sangat dia sebab katanya dapat hadiah besar.. hahaha masuk pertandingan sebab nak menang...
Jumaat lepas tetiba acik call minta ambil dia kat sekolah..terkejut gak sebab takut dia demam ke.. rupanya dia menang tempat kedua pertandingan tersebut... katanya acik dapat hamper besar.. mak datang la ambil.. iye la mak ni kan supermom..berkejar juga ke sekolah utk ambil anak ngan hampernya..dok terbayang hamper yg berat dan sarat dengan makanan dan air gas....

tetiba nampak dia lengang ja berjalan keluar sekolah.. la dapat hamper penuh dgn fail dan mainan KFC... inila rupanya


Hadiah acik tak habis setakat tu aja..dapat baucer KFC 1 bucket. so ahad lalu kami satu famili menumpang rezeki Acik..kembang kempis hidung acik bila semua menyakat minta izin nak makan ayam KFC yg acik menang... 15 ketul U..

Congratz Acik.. terus dan terus berusaha...

Sunday, April 18, 2010

Hubby - For The Rest Of My Life

To My Hubby
on Our 17th Anniversary
on 17 April 2010



For the Rest of My Life Lyrics


By: Maher Zain

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my HUBBY and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart

Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Copyright: Awakening Records 2009

Tuesday, April 13, 2010

Abang, It's Your birthday


Abang...

Abang is a wonderful blessing, a treasure from Allah
Abang is laughter, warmth and special charm;
Abang is thoughtfulness and love

Abang brings a special joy that comes from deep inside.
And as Abang grows to manhood,
Abang fills my heart with pride.

With every year that passes,
Abang is more special than before.
Through every stage, through every age,
I love Abang even more.

No words can describe the warm memories,
the pride and gratitude, too.
That comes from having a son to love and to cherish…
just like You...
Abang

Happy Birthday Abang...
May Allah always bless you..
Hope all your dreams comes true

Thursday, April 1, 2010

Permanent Head Damage....

Wah sudah lama ku tinggalkan blog ni tanpa apa2 n3.... sekarang ni busy semacam ja.. bahasa anak-anak muda sekarang busy tahap gaban...dah hampir sebulan setengah berulang alik ke sekolah utk buat data collection...

Ish..bermacam-macam peristiwa yang ku tempuh sepanjang menjadi pelajar tua ni... sampai anak-anak asyik bertanya bila nak habih..agaknya dia org pun hairan bila la mak aku ni nak habih ngaji...

Adakalanya rasa mcam nak berhenti ja.. tak larat esp sejak masuk kerja balik.. mana nak settle tugas2 di ofis.. balik rumah dah nak kena settle kerja rumah pulak.. tapi bila fikir kena bayar balik, tu yg buat juga la pelan2...

Data collection Alhamdulillah berjalan lancar... cuma belum dapat balik daripada beberapa sekolah..mana yg dah dapat, aku key in pelan2.... tapi ada juga yg terpaksa ditolak sebab student jawab cincai ja...

Collect data ni memberi pengalaman yg berharga.. bayangkan kena drive sendiri ke sekolah yg jauh2... kalau kena p sekolah kat kg2 tak ada masalah punya..ye la at least sesat dlm kawasan kg boleh berhenti tanya org tapi kalau sesat dlm bandar..menangis pun org tak layan... ingat bila dah ada garmin kat ENFON baru (ayat riak...) boleh membantu..rupanya garmin pun selalu hang ja.. buat tension ada la.... dah dua tiga kali sesat nak cari hiway balik tak jumpa...tapi Alhamdulillah so far sesat2 aku cari yg ada tulis JB ja... pasti sampai... cuma jgn dok kira berapa jauh kilometer yg telah ditempuh..yg penting sampai rumah...

Hari ni aku ke Rawang utk ambil balik soal selidik... kebetulan angah balik bercuti, ajak la angah sekali utk teman berbual.. tapi rupanya bukan sekadar angah seorang ja.. ada lagi anak yg MC .. sebab MC ialah SAKIT HATI sbb sekolah "dia" tak cuti... ada ka lagu tu...

Ni buat n3 atas dasar take 5 daripada dok mengadap data... so time's up....

Cik Kak mengundur diri....

Saturday, February 27, 2010

Adakalanya Kita Perlu Mencuba

Tanpa mencuba kita tidak akan pasti sama ada kita akan berjaya...
Foto-foto di bawah menceritakan segalanya.


Aspek keselamatan perlu ditekankan


Ku mulakan dengan Bismillah


Langkah demi langkah

Tiupan semangat dari anak didik menjadi dorongan

Senyum kan satu sedekah walaupun dalam hati Allah je yg tahu

Alhamdulillah
AKU BERJAYA

Haa! inilah bukit yg ku turuni.. tinggi tiga tingkat bangunan kot...

Wednesday, February 17, 2010

Kecil Hati seorang Anak


Di keheningan malam dalam halwa telinga mendengar berita yang disampaikan di tv, seorang ibu melayan kerenah puteri bongsunya....

Ibu : kesian anak ibu tak ada adik ...

Anak : Tu la... ibu dah tua...

Ibu: ...... terkedu dengan jawapan si anak, lalu berkata....

Ibu : Kecil hati ibu, Alin kata ibu dah tua...

Jawap si anak....

Anak: Alin lagi kecil hati sebab ibu tak bagi adik...

Ibu: tak mampu lagi bersuara kerana tertawa......

moral of the story: belailah anak anda dan jangan biarkan anak terasa kecil hati...
tapi dalam kes ni...kena ada pertimbangan yang teliti...hehehehe

Tuesday, January 26, 2010

Frasa-frasa Kehidupan


Sebagai seorang ibu kepada 4 org anak, pengalaman dalam membesarkan mereka memberikan suatu erti yang tersendiri.. namun tak dapat dinafikan bila anak2 makin membesar, setiap seorang mempunyai impak tersendiri dalam hidup seorang ibu..

Ini merupakan antara bait-bait atau tingkah laku Alin yang membuatkan aku sering senyum or kadang kala 'geram' dgn Alin.........

Situasi Pertama:
bila bangun tidur, kalau cium Alin... jgn sebut "busuknya anak ibu"... nanti ada yang merajuk dan terus tak nak mandi... busuk macam mana pun mesti puji.."wanginya Alin macam pakai one drop perfume"

Situasi Kedua:
"Alin cepat la sikit bersiap. ibu ada kuliah jam 8 ni... nanti jalan jamm, ibu lewat pulak sampai ofis"...

jawapan yang diberikan ...."apa Alin kisah"... hmmmmmm

Situasi ketiga:
"Alin dah siap home work yang teacher bagi?"...

ala ibu la yang buat.. Alin dah penat ni... kalau ibu tak buat, nanti Alin kena punish ngan teacher....

Alin siapkan trace.. nanti kita warnakan sama2.. okey

Alin dah siap trace??

Dah ibu tapi dah tak boleh pegang colour pencil..ibu je la yang habiskan....

Situasi Keempat:
Acik dah basuh kasut sekolah??

Jawap Alin: Nasib baik Alin masih kecil..mana la pandai basuh sendiri.. Ibu kan dah besar..kena la tolong basuh kasut anak...

Moral of the story..... bukan senang nak mendidik anak esp yang pandai cakap... hmmmm

Friday, January 15, 2010

My Firt Ever Gucci

N3 gila2 nak menjawab tag anak2 menakan...

1. Sejak bila anda mula berkaca mata ?
Sejak tingkatan berapa ntah ...Form 2 kot..lama dah pakai..tapi apa nak heran dalam family, semua pakai spek except KCM..tu pun tak nak mengaku kureng nampak...h
ehehe

2. Bagaimana anda tahu yang anda memerlukan kacamata ketika itu?
Cek ni hantu tv..(tapi tak pa..pandai gak..masa 1t degree boleh score pa)..bila dok ngadap tv, lama2 rasa makin dekat ngan screen..masa tu dah tau mata dah rabun... moral of the story..jgn dok belek tv sesangat..

3. Berapa ‘power’ pada permulaan anda berkaca mata (anggaran)?
Masa mula2 pakai mesti la sikit ja.. tak sampai 100 pun..tapi teruja nak pakai spek..agaknya masa tu prasan comel.. (la ni lg comel)

4. Jenis/bentuk kaca mata anda yang pertama?
Mestila yg bulat tapi idak la yg besar... pilihan warna of course la warna merah my feveret kaler.. ngancam tau I masa tu..bingkai tepi siap ada bebunga sikit2... idak la teman pakai yg plastik...takut nanti nampak mcm cikgu mat dlm cite kampung boy

5. Jenis/bentuk kaca mata anda yang terkini?
La ni pakai bentuk separa bulat..tak lagi sesuai pakai bulat sebab muka pun bulat.. sama2 bulat tak cun kan... tapi kan sebenarnya tak dak pilihan sebab beli frame yg clip on so redha je la... warna biru tapi la ni dah turun kaler..emm En Abah, bila nak melabur kat kedai spek ni..cek nak Gucci

6. Berapa power terkini anda (anggaran)?
Dah banyak.. dalam 400 lebih kot..terkini mataku dah ada dua rabun so spek pun dah kena pakai layer..nasib baik tak mcm zaman dolu2.. sebab power dah tambah, tukar la pakai plastik lenses pulak.. kalau tak roboh la hidung teman yg tak mancung ni..

7. Berapa banyak koleksi kaca mata yang anda ada dari dulu hingga kini (anggaran)?
Rasa2nya empat.. cek ni jenis sayang harta merendak..tukar spek ni pun sebab dok rasa pening bila ngadap komputer... tu yg tau mata dah bertambah teruk...

8. Jika anda ada sentiment tidak suka berkacamata, sila nyatakan sebab musababnya.
Hmm tak daknya sentiment tidak suka berkaca mata.. sebab kalau tak pakai spek habih la cek rempuh semua benda.. cek tak pakai spek masa mandi ngan tidog ja.. tapi musykil no
o..pasai apa masa mimpi nampak clear walau tak pakai spek????? kalau mimpi hantu nampak jelas pulak muka hantu tu... musykil..musykil

9. Yang mana anda lebih gemar. Kaca mata atau contact lens? Kenapa ?
Mesti la spek sebab dari awal lg cek dah bagitau cek nampak comel berkaca mata... lagi satu pakai lens ni leceh sikit....cuma adakalnya terfikir..lagi comel kan kalau kaler anak mata biru...ala2 minah saleh gitu..

10. Optometrist pilihan anda?
Mana2 ja ... tak ada la pilihan hati ..ala bukannya nak pilih suami...pilih bingkai ja.. macam anak2 menakan tu... depa dekat ngan Pak Cik Kamal depa.. tapi la ni Kak Cik Zami dah kerjaa kt Menara kan.. pas ni p cari dia la..diskaun lg hebat nyer...

11. Pasangan anda berkaca mata ?
Of course.. tapi bukan la pemakai tegar macam cek.. tapi yg lecehnya hampir tiap pagi ada ayat pertanyaan .. "Sapa nampak spek abah?".. pastu mula la melilau cari satu rumah...

12. Apa pandangan anda pada kanak2 yang memakai kaca mata?
Mesti la nampak comel . tgk gambar kat bawah ni..

comel tak?


Cek tak tag sapa2 sebab blog cek ni bukan ada peminat fanatik pun...anak2 menakan semua dah kena tag...so salapian...

Thursday, January 14, 2010

Tnet oh tnet

Dah dekat seminggu tnet kat bilik ni on off ja... geram juga la sebab sekarang ni tengah dok pulun mengisi penilaian tahunan. Dah penat isi panjang2 tetiba bila nak kemaskini, tnet offline..hua kena isi balik...

Kadang kala rasa tak nak isi ja... kalau isi berjela pun bukannya nak dpt apapun... tapi kekawan kata kalau tak isi, takut tahun depan kena buka bisnes jual kain... emmm boleh gak... kan rumah aku dekat ngan nilai 3.. tak pun jual tudung.. supplier kan ada kat Kelantan....

so amacam? setuju????

p/s.. yg peliknya kalau berblog orait ja line tnet... so faham2 je la

Monday, January 11, 2010

Cek dok Teringhat....

N3 lepaih tgk rona roni makaroni...perjuangkan bahasa daeghah kita..

Dah dua haghi En Abah outstation ke Peghak.. huhuhu haghi kamis baghu balik...Cek teringat kat anak2, cek ghasa mcm angau ja teringat kat depa ngan abah depa skali.. dah la anak2 baru ja balik asrama.. ni paknya pula tak dak kat ghumah... tinggai la kami tiga beranak ja.. nak balik ghumah ghasa sunyi ja...

Nasib baek ada acik ngan alin.. walau depa ni ghajin bertekak tapi sogha depa bertekak amat menenangkan hati... cek tak boleh nak imagine kalau acik p skolah asrama..mau keluag ayag mata daghah kot....

Ni cek nak buat slaid utk lecture esok... malam ni nampak gayanya cek tak tidog la.. masa dok bawak gheta balik kheja ptg tadi baghu cek teringat esok ada kuliah.. nasib baek pukoi 1.. dan lagi cek caghi bahan.. ni la bahana kalau tak ingat waktu kuliah..

ishh apa ubat nak bg jgn mudah lupa... oghang kata jgn makan kepala ikan..tapi cek kalau jumpa kepala ikan temenung goreng gharing, habih ceh ghatah...sedap apa... mak cek slalu goreng ikan gaghing2... ishh teringat kat mak ngan abah pulak dah...

Satu lagi cek teringat nak makan bubog sora mak... cek nak kacau sendiri tak dak oghang nak makan. Gu ngan tak tau nak buat sama... kat tnet mungkin ada resepi tapi cek tau mau...cek nak makan hat mak kacau jugak... sama la ngan kuih ketayap mak...dah banyak kali balik kg, tapi tak dan lagi nak makan...

mak... cek rindu masakan mak...

Monday, January 4, 2010

Kembali Sepi

Semalam abang dan angah telah kembali semula ke FISSOL. Sejak Sabtu agak kelam kabut menyiapkan segala macam persiapan utk dibawa kembali ke asrama... Walaupun telah diperingatkan sejak seminggu lalu untuk kembali mencari barang2 keperluan asrama, namun anak2 tetap anak2... semua nak dibuat last minute.. akibatnya kelam kabut la pagi Ahad tu..

Jam 11, kami hantar Abang dan Angah ke asrama walaupun daftarnya jam 2.30 ptg... Abang ajak balik awal sebab nak 'book' katil.. mulanya angah keberatan tapi terpaksa juga ikut sebab angah pun nak book katil bawah... selepas mengangkat barang2 anak2 kami kembali ke Bangi sebab jiran sebelah adakan majlis kenduri kahwin anaknya... Rasa bersalah kerana kami berdua tak dpt nak menolong menjadi penyambut tetamu. maklumla rumah kami kan 'melekat' dgn rumah Prof Razak. Tapi nak buat camno...

Selesai menjamu selera, balik ke rumah solat zohor dan bergegas semula ke FISSOL utk pendaftaran anak2 dan menjelaskan yuran mereka... Semua urusan dapt diselesaikan dalam tempoh setengah jam tapi macam biasa angah tak benarkan kami balik sehingga selepas asar... Acik dah tarik muka sebab dah penat menunggu tapi minta Acik sabar... Bagi peluang utk angah tune kembali menghadapi kehidupan di asrama.. hampir jam 6 ptg kami kembali ke rumah dengan seribu satu perasaan...

Dan malamnya rumah kami kembali sepi.... cuma kedengaran celoteh acik yg excited utk kembali ke sekolah... Kehidupan perlu diteruskan..........................................