Showing posts with label Birthday. Show all posts
Showing posts with label Birthday. Show all posts

Tuesday, September 28, 2010

Baby Ellis



Birthday girl with her 'sister'...

Alhamdulillah tercapai juga hajat Alin nak barbie mariposa..
wing tu dihadiahkan oleh temannya.. just pin aja..

by the way.. Ellis tu nama yang alin beri untuk 'adik' baru dia..

kalau ikutkan tak adapun barbie ellis..

hmmm kecik2 dah pandai bagi nama...

Tak yah nak rujuk buku pun..

tak yah nak p daftar n buat my kid...


Yg penting

ALIN GEMBIRA

Alhamdulillah

Monday, September 27, 2010

All the Wishes on Her 6th Birthday


From me:
Untuk Puteriku ..selamat menyambut ulang tahun kelahiran ke 6.. moga Alin membesar menjadi puteri yg solehah


Mak Chak
%-) :-) happy birthday :-D.. have a good day

Kakak Qay:
alin happy bdayyyy..ingt lg ms alin lahir teh kat spital kuar masuk, pastu acik sbuk merajuk n siap nak lari rumah lg sb mak ada adik bru.....pastu abang n angah asyik gaduh ja siap kasi mak pnya Bp naik lg..hahaha..

Mak Ngah
happy birthday gak utk Alin bucuk!!! nanti hadiah barbie 2 tuntut kat mak ek.hehe..makngah dh buat party mlm td.kalo tau awal blh pasang lilin letak atas bihun tu..haha

Mak Lang
hepi besday Alin....sekejap aje anak menakan paling manja ngan mak lang ni membesar.. Moga terus membesar menjadi anak solehah dan Qurratu 'aayun buat ibu dan abah...

Ngah Ti
Alin...tak dapat mariposa tak apa, asalkan alin mauposa

Ngah M
Selamat Hari Jadi yg ke 6 Alin, muga jadi insan yang bertaqwa, taat ibu abah ye. Dah masuk 6 tahun dah tak merap2 lagi kan.....kan......kan.



Tahun ni Alin minta Barbie Mariposa..asyik dok sebut ja tapi semalam p cari tak ada. Minta op dulu beli hadiah tapi birthday girl dah tak sabar..so beli gak barbie..


Namanya barbie Ellis..kelas gitu...

Saturday, June 19, 2010

Acik kini dah berusia 10



Selamat hari lahir mak ucapkan untuk acik..kini acik dah berusia 10 tahun.. rasa macam baru ja mak menulis entry utk birthday acik yg ke 9.

Tika ini mak tak mampu nak menulis panjang2..namun doa yg tak putus2 dari mak agar Acik membesar menjadi puteri solehah yang sentiasa berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat.

untuk hadiahnya pula..nanti la ye.. belum ada kesempatan nak membelinya dan acik pun belum decide nak beli apa kan...tapi mak dah cover dengan celebrate birthday acik last week kan...

HAPPY BIRTHDAY ACIK..

Tuesday, April 13, 2010

Abang, It's Your birthday


Abang...

Abang is a wonderful blessing, a treasure from Allah
Abang is laughter, warmth and special charm;
Abang is thoughtfulness and love

Abang brings a special joy that comes from deep inside.
And as Abang grows to manhood,
Abang fills my heart with pride.

With every year that passes,
Abang is more special than before.
Through every stage, through every age,
I love Abang even more.

No words can describe the warm memories,
the pride and gratitude, too.
That comes from having a son to love and to cherish…
just like You...
Abang

Happy Birthday Abang...
May Allah always bless you..
Hope all your dreams comes true

Tuesday, October 20, 2009

Soo Touching...

To A Special MOM
As the years go by

They change many things

But never the love

That a thought of you bring..

.....and never the pride

And the happiness too

That come from having

A great mom like you
.
.
.


Dari Acik....


Buku resepi "Aneka Selera"

sebab dia tau ....
maknyer kurang pandai masak....

.

.

.


Kad dari abang dan acik n alin
Wording kat atas copy dari kad ni..
Tq dear
.
.
.

Dari angah...

By her own creativity

Tq angah

...........

Dari Kak syidah n Manis
Pearl from Tawau
Makasih ya teman2....
.
.
.
And from En Abah
.
.
.
.
.

Dinner Kat DeliFrance
Import from Penang

Erkkkkk.....speechless

Sunday, October 18, 2009

Selamat Hari Lahir ke .......

Jika semalam birthday angah, hari ni pula umur aku meningkat lagi setahun... wua makin tua umurku...

Apa hadiah yg aku dapat?? nanti la upload later... dah ngantuk ni.. baru balik dari program pelajar U... tak dek mood nak menulis..

tapi.....

some people say life begin at 40.. so they said.. bagiku pertambahan usia aku harapkan akan meningkatkan juga amalan sebagai bekal ke akhirat..

So happy birtday to me...

Saturday, October 17, 2009

Titip Bicara utk Angah di Hari Lahir


Allah selamat kan Angah
Allah selamat kan Angah
Allah selamatkan puteriku
Allah selamat kan Angah

Hari ini genap umur angah 14 tahun. Selamat harijadi mak dan abah (wakil) ucapkan. Pejam celik pejam celik dah anak dara rupanya angah ya.... Macam baru ja mak bersalin angah kat spital Ipoh... Tut...tut dah meningkat remaja....Ni mak nak luahkan sedikit nasihat utk angah jadikan sebagai sempadan ya....

Angah dari kecil hingga usia menjejak 14 tahun ni seorang yang sempoi berpakaian.. risau mak tau.. bedak tak pernah pakai....(mak dulu dari kecil mak tok bagi pakai bedak Yardley lagi..) baju tak nak kaler pink... blouse tak main la... kalau beli t'shirt nak yg lengan ada 2 warna... tudung asyik nak pakai itam ja, beli selipar sok sregh ja...pening mak tau nak pilih pakaian angah. sekali sekala kena la bergaya sikit ngah... tengok kakak2 sepupu tu.. dgn handbag nya. uishh mantap..

Pertambahan usia ni mak harap akan mematangkan angah... jgn asyik berebut komputer ngan Alin ja.. beralah la sikit dgn adik2.. buat kerja jangan berkira... nanti pahala tak dapat, hanya dengar pula mak berleter, masuk bilik air jgn berejam.. tension kami kalau kena tunggu angah bila nak keluar ke mana2.... tapi kan....

Sejak angah menginjak remaja ni, mak bertuah sebab ada teman gossip.. walaupun gossip cara bebudak at least boleh la kita gossip kan.. angah pun dah rajin masuk dapur sikit walaupun masak utk diri sendiri.. kupas kentang pun dah boleh walaupun dari besar tinggal ciput ja kentangnya, basuh pinggan pun rajin (pinggan sendiri la), sidai baju pun dah boleh walaupun kalau bekedut maka bekedut ia.... tapi mak berterima kasih sebab angah banyak tolong mak...

So selamat menyambut hari lahir ke 14. jangan fikir asyik nak balik ja.. Fikirkan masa depan yang bakal angah corakkan di FISSOL.. Mak tau angah mampu menjadi yang terbaik cuma perlu usaha yang sedikit lebih daripada biasa.. Doa mak dan abah Angah membesar menjadi puteri yang solehah..

Semalam utk pengetahuan angah, Alin dah sibuk bertanya, ibu... bufday angah kita nak makan apa? kita makan Pizza Hut ya ibu... Haha mak tau angah mesti tak setuju punya... Acik jawab kalau angah mesti pilih Ayam Mas... Mak jawab balik sebab kali ni kita sambut birthday angah dan mak, kenalah double sikit.... Makan kat DeliFrance nak??? Biar abah pokai... tak salah kan sekali sekala...hehehe

Tuesday, September 29, 2009

Viva La Vida

Masih ingat n3 berkaitan bufday Alin?
Ni merupakan sambungan n3 tersebut.

Merajuk sebab abah tangguh beli beskal

Masih merajuk sehingga tak nak bergambar

Kan dah cakap, Alin minta apa semua dapat
Hampir Maghrib, kami keluar juga mencari INI

Wajah ceria

Senyum sentiasa terukir di wajah

Peace...

tenang hati Ibu dan Abah
Melihat anak girang dan gumbira

Saturday, September 26, 2009

Selamat Harijadi Alin

Hari ini 26 September genap usia Alin 5 tahun... Terasa baru ja aku melalui waktu berpantang melahirkan Alin... Trauma pun belum hilang... tup..tup dah 5 tahun keletah Alin mewarnai hidup kami sekeluarga. Alin paling kecil dalam keluargaku... Anak bongsu??? tak berani nak mengaku lagi... Mana tahu Allah nak kurniakan baby lagi... ahakss,....

Berbanding dengan kehamilan anak2 yg lain, waktu mengandung Alin merupakan saat paling membimbangkan... Mana taknya banyak peristiwa berlaku sepanjang aku mengandungkan Alin.. Sewaktu kandungan 5 bulan aku disahkan kena placenta previa. ketika mengandung 7 bulan terpaksa admitted kat HUKM selama 22 hari utk elakkan komplikasi turun darah. Alhamdulillah sewaktu kandungan hampir cukup bulan, doktor sahkan dah boleh bersalin normal. Tapi rupanya kena pula hypertension sewaktu nak melahirkan... kala usia Alin seminggu aku terpaksa di tahan di hospital Kajang kerana darah tinggi.. Pengalaman pertama naik ambulans... dan kena makan ubat darah tinggi selama sebulan setengah...



Kini usia alin dah menginjak 5 tahun. Anak paling comel dalam keluarga.. Petah bercakap dan agak manja dengan kami.. mungkin title sbg adik kecil menyebabkan Alin menjadi anak manja dalam keluarga. Nak makan apa, suruh Alin minta.. insya Allah akan dilayan..

Tapi kadang kala tension juga melayan kerenah Alin. Kalau pergi ke kedai, ada aja barang2 yg menarik perhatiannya... Kalau tak dibeli muka masam aja sampai la tiba ke rumah... Permainan selalunya menjadi pilihan utama...Alin oh Alin.

Ketika ini Alin dah mula belajar membaca. Walaupun merangkak, tapi begitu bersemangat membaca akhbar dan buku2 cerita. Kalau paper Inggeris, bagai nak pecah perut kami menahan ketawa. Mana taknya, semua nak dibaca ikut Melayu... tapi kami tetap encourage Alin...


Semalam kami sekeluarga meraikan ulangtahun kelahiran Alin kelima. Alin diberi peluang utk memilih apa yg ingin dirasa. Aku suggest makan kat McD, Alin kata boikot Ibu... Last2 alin pilih Pizza Hut.. Tak boikot ke Alin.. hehehe

Petang ni Insya Allah Ibu dan Abah akan bawa Alin memilih Viva La Vida Alin ya... mulanya Alin minta hadiah baby Alive.. ayoyo bangkrap Ibu. Mana ada duit nak beli pampers baby tu... kalau dia yakyak siapa la nak basuh???? pujukan demi pujukan, Alin bertukar minta basikal.. hehe save duit Ibu... Nanti Alin pilih sendiri ya... Alin minta kek coklat. Ibu nak buat tak nak.. Nak beli n ada gambar Barbie kat atas... so ada kaum keluarga nak sponsor????..hahaha. Mana la ada kedai kek buka masa ni Alin oiii...

So sempena ulangtahun kelima Ibu dan Abah doakan Alin membesar menjadi permata hati kami yang sentiasa menjadikan agama sebagai panduan dalam hidup. moga Alin sentiasa di bawah lembayung rahmat Allah. Ibu, abah, abng, Angah dan Acik love ALIN sooo much...


Saturday, July 4, 2009

ZAFFRAN...Selamat Hari lahir Pertama



Dedikasi untuk cucuku Zaffran...



Wan Teh, Tok Teh, Pak Long Fwz, Mak Ngah, Ti A dan Su Alin ucapkan

Selamat menyambut hari lahir
yang pertama.

Moga Zaffran sentiasa dilindungi ALLah

Friday, June 26, 2009

SWEET SEVENTEEN... Faris Ihsan

Hari ni dapt reminder dr friendster... Today is Faris birthday... yang ke 17. HAPPY SWEET SEVENTEEN!!!

Sori teh tak dapat wish melalui friendster. Dah tak boleh log in sebab dah lupa password... teh pun makin berumur seperti anak saudara teh gak...

Terasa cepat masa berlalu... Baru dua minggu lepas, teh membelek album lama di rumah Mak Tok.. Terjumpa gambar Teh dokong Faris masa baby... masa tu kepala masih gondol tetapi sekarang dah hensem... rambut dah pakai gel...ada kumis ala-ala manja lagi... hehehe

So sempena peningkatan umur, teh doakan faris berjaya dunia dan akhirat... moga Faris berjaya dalam SPM yang akan ditempuh pada hujung tahun ni... Insya Allah kejayaan akan menjadi milik Faris...

Happy Birthday Faris Ihsan... my handsome nephew...

Saturday, June 20, 2009

Acik...Selamat Hari Lahir yang ke 9


Hari ini merupakan hari ulang tahun kelahiran Acik yang kesembilan.... Mana mungkin tarikh ini aku dan En Abah lupakan kerana sejak seminggu lalu, acik setiap hari mengingatkan kami tarikh hari lahirnya... Agaknya takut tarikh peningkatan usianya dilupakan oleh kami...Mana boleh mak lupa Acik...

Acik... anak pertama yang kulahirkan di Hospital Kajang... kelahirannya menjadi sejarah kerana disaksikan oleh En Abah... Jika Abg dan angah hanya doktor dan nurse yang menjadi peneman namun tika acik dilahirkan pihak hospital telah membenarkan bapa turut serta membantu isteri yang kesakitan...

Kalau Acik nak tau sejarah awal acik mari mak ceritakan ye... masa mak ngandungkan acik, mak mengalami muntah2 yang teruk sepanjang 4 bulan pertama.. masuk ja makanan..terus mak muntah.. makan bubur kosong pun muntah... yang hanya dapat mak makan tika tu ialah epal hijau dan air masak ja... agaknya sebab asyik makan epal menyebabkan acik sekarang ni suka sangat makan western kot... alfredo, bolognoise, roti dan lain-lain.. mak masih ingat kalau mak rasa mabuk kat ofis, mak kunci pinti bilik, naik landing atas meja ofis.. n berbaring merehatkan diri.... rasa seksa betul 4 bulan tu sebab badan tak cukup energi.. nak berjalan pun rasa lemah ja...

Tapi alhamdulillah masuk bulan kelima, mak makin sihat dan makin tembam... Kelahiran acik, mak dan abah tunggu dengan penuh debaran... berbanding abg dan angah yang telah diketahui jantina sejak dalam kandungan, mak dan abah tak pernah bertanya doktor jantina dalam kandungan tika itu.. bagi mak dan abah, lahir seorang anak yang sihat dah cukup bagi kami untuk bersyukur kepada Allah...

Acik lahir lewat seminggu dari tarikh yang dijangkakan... Kalau ikut kiraan doktor, tarikh sepatutnya ialah pada 17 Jun tapi agaknya acik nak duduk lama sikit dalam perut mak kot...Bila acik dilahirkan, nurse tunjukkan apa jantina acik tapi mak tak nampak sebab tak pakai glasses.. so abah bagitau macam angah tapi putih macam abang.... Alhamdulillah dapat anak perempuan...

Proses memberikan nama merupakan tugasan Abah sebab mak dan abah berjanji, jika anak perempuan, abah yang pilih nama, jika anak lelaki, mak yang pilih nama.. pelbagai nama telah disenaraikan tapi akhirnya kami bersetuju untuk letakkan nama yg dicadangkan oleh Mak Lang.. FUDHLA.. yang membawa maksud kelebihan... kelebihan utk kesemuanya...

So hari ini genap uasia Acik 9 tahun.. Doa mak dan abah, acik membesar menjadi puteri yang solehah... Moga acik terus excellent dalam hidup sama ada di sekolah dan juga excellent dalam kehidupan di akhirat...

Hadiahnya... tunggu ya.. belum berkesempatan nak bawa Acik memilih hadiah yang diingini... Insya Allah bila ada kelapangan ya...

So HAPPY BIRTHDAY ACIK...mak dan abah sayang Acik... plis jgn berlakon banyak sanyat esp masa dalam kereta ya...

Monday, April 27, 2009

Happy Birthday Mak Lang


Ingat sambutan hari lahir dlm bulan April ni dah habis... rupa2nya ada lagi.. kali ni birthday kakakku nan seorang... sorila tak ingat tarikh.... cup...tak tau tarikh...

So teh ucapkan selamat hari lahir yang ke????? Moga panjang umur, murah rejeki... dah p Langkawi tu beli la hadiah utk diri sendiri ya...

Terima kasih atas kasih sayang yang Kak Cik curahkan selama ini.. dari teh kecil hingga kini dan turun pulak kepada anak2 teh... I really appreciate it...Susah tau nak mencari kakak yang penyabar dan baik hati ni... Teh amat bertuah memiliki Kak Cik sebagai kak... (ni bukan ayat bodek... tapi kalau nak beli souvenier dr Langkawi amat dialu-alukan...hehehe)

So selamat hari lahir utk Kak Cik.... Moga Kak Cik sentiasa di bawah lembayung rahmat Allah...

Friday, April 24, 2009

For The.....


For the wonderful man
I married
on his birthday

For being a wonderful husband
and a loving father


For the way you make life

more special for us

and for all the timeAlign Center I don't say it
often enough....


I love you
and so thankful

you're my husband


Have a wonderful Birthday

Friday, April 17, 2009

Bonda, Selamat Hari Lahir...


Tarikh 17 April merupakan tarikh yg amat signifikan dlm hidup ku. Dua peristiwa bersejarah berlaku pada tarikh ini iaitu tarikh kelahiran bonda tercinta dan tarikh aku diijabkabulkan dgn En. Abah .

Hari ini genap usia mak 71 tahun.... mudah mengingati usia mak kerana aku hanya perlu menambah 30 pada usiaku sendiri. Sepertimana abah, mak banyak berkorban utk kami adik beradik... sejak muda membanting tulang empat kerat demi memastikan anak-anak cukup makan pakai dan juga mendapat pendidikan.

Mak yang kecil molek dikenali dgn panggilan Cik Bedah, Mak Chu, Mak su, Tok Su dan Nek Chu sama ada di sebelah abah ataupun sanak saudara di Titi Gajah. Cucu pula yg seramai 31 org memanggil mak dgn panggilan Mak Tok... kini dgn cicit seramai 2 org, mak dpt pula pangkat Nyang...

Mak kalau masak cukup asam garamnya... karipap mak, sedapppppppppp.. mee sup mak sapa pun tak boleh tenng.... gulai mak, uishhh bestnya... mee kuah, best.... lepat liat, emmmmm enaknya. Pendek kata apa yg mak masak mesti habis punya... sebab tu kalau balik ramai2 kat rumah, walaupun yg masak bukan mak tapi bab rasa mesti tanya mak.. sampai mak selalu kata "awat hampa tak gheti nak rasa ka..sikit2 mak"... Aku kalau bulan puasa mesti dok teringat kuih ketayap mak... bukan tak leh buat sendiri tapi tak sesedap yg mak masak... istimewa air tangan seorang ibu.

So, hari ini, aku nak ucapkan selamat menyambut hari lahir ke 71 mak.. terima kasih yg tak terhingga atas semua kasih sayang, bimbingan, pedoman dll yg mak curahkan selama ini.. mana mungkin bisa dibalas dgn wang mahupun harta.. kasih seorang ibu memang tiada tandingannya... dan doa yg tak putuskan aku mohon kepada Allah agar Mak sentiasa dilindungi dan diberi kerahmatan dalam hidup...

Tuesday, April 14, 2009

Birthday Wish For Chef Lang

Lang, selamat menyambut hari lahir ke 23... Sori la agak lambat n3 utk wish Lang... tapi yg penting teh tak lupa kan kan....

Tak sangka ya dah meningkat umur anak buah ku ini. Mcm yg diwar-warkan oleh KCY dan Rehan, lang memang terror masak... salute la teh kat lang... even En. Abah pun amat menyukai lasagnia yg Lang masak... so senang cerita, bila lang nak dtg, teh hanya perlu sediakan bahan ja... yg lain ditanggung beres oleh lang...

Kalau nak minta resepi sms ja.... pastu ada la reply camna nak bakar kambing... camna nak buat ganache... ilmu memasak tertanam dalam minda lang... ni betul2 iron chef... cuma satu ja kurang ... iaitu lang tak pandai masak maaggi... hehehe ingat lg raya last year... maklum la chef hotel kan... mana la belajar cara masak maggi kan....

hari ni genap usia lang 23 tahun... doa dari teh agar lang berjaya menjadi chef yg unggul... teruskan cita-cita lang dlm bidang bakeri... Insya Allah suatu hari nanti, teh yakin lang akan mencapai hajat menjadi chef terkenal... cuma satu pesan teh, bila dah terkenal jgn garang mcm Chef Ramssay ya.... BE YOURSELF!!

HAPPY BIRTHDAY LANG
WISH YR DREAMS COME TRUE

Monday, April 13, 2009

Abang...Selamat Ulang Tahun ke 15

Mana mungkin aku lupakan tarikh keramat 13 April 1994. Tepat jam 3.25 pagi, anak lelaki sulungku dilahirkan di Hospital Ipoh dengan beratnya 3 kg. Segala kesakitan, rasanya terlerai bila memandang wajah putera sulungku... putih bersih...
Bayi yang namanya kupilih sendiri atas persetujuan En Abah... kian membesar hari ke hari... keletahnya mewarnai kehidupan kami berdua... kelahirannya kami anggap sebagai hadiah terbaik sempena ulangtahun pertama perkahwinan kami tika itu dan kini...
Tanpa disedari hari ini abang menyambut ulangtahun kelahiran ke 15. Anak mak dah jadi anak teruna... dah besar panjang... tinggi melebihi mak... tapi di mata seorang ibu, abg tetap anak kecil mak yg perlu mak jaga dari disakiti oleh org lain... a mom is always a mom no matter what...
Berpisah dgn abg sejak abg ke FISSOL merupakan saat paling sukar dalam hidup mak... hampir setiap saat, mak rindukan abg... tika malam, mak selalu fikirkan abg.... dan utk menulis special n3 utk abg, air mata mengalir laju di pipi... terkilan kerana sejak abg ke FISSOL kita tak dpt meraikan bersama hari lahir abg...
Mak tak mampu nak menulis lebih lanjut... cuma doa mak, abg membesar menjadi insan yg sentiasa berbakti utk agama.... perjalanan hidup abg masih panjang... setiap detik berlalu, hati janganlah lalai dgn kenikmatan dunia yg bersifat sementara... amal ibadat perlu sentiasa dimantap utk kemaslahatan hidup abg dunia dan akhirat... ingatlah jgn lagha dgn mengejar duniawi tapi berterusanlah amal ibadat utk ukhrawi... dalam hidup kita akan berhadapan dgn pelbagai pilihan..namun buat pilihan berdasarkan batas agama dan berpandukan akal...
SELAMAT HARI LAHIR KE 15 ABANG...
LUV U MISS U

Tuesday, April 7, 2009

Kunci kebebasan

selamat ulang tahun ke 21 diucapkan buat abg di Korea... hmmm...Dah makin 'berumur ye!!

Abg cucu sulung lelaki dalam keluargaku.. Lasaknya waktu kecil Masya Allah hehehe.. (p.s bila dah ada anak sendiri baru tau rupanya anak2ku juga lasak tapi abg still no 1) tapi kini abg dah mature, ensem n ghenjong.. Abg kini meneruskan pencarian ilmu dgn bermusafir di bumi Korea dan merupakan fotografer yg unik...

So dari kejauhan teh n famili doakan agar abg berjaya dalam semua bidang yg abg ceburi.. lepas ni bila balik M'sia nak book abg utk sesi fotografi famili ya.. harga boleh runding..

Happy bufday abg a.k.a 'AMMAR

Friday, March 6, 2009

26 Telah Berlalu...


Oooo.... rupanya today birthday kakak... Anak saudaraku yang kedua.... Anak saudara yang masa kecilnya terkenal dgn rambut China Doll...anak saudaraku yg pertama dilahirkan di luar negara dan kemudiannya membesar seketika di Penang...

Kakak seperti mana Rehan juga agak rapat dgnku.. tapi kan aku tau masa depa kecik2 aku ni garang... (la ni pun camtu gak nooo..hahaha)... sorila teh kan tak ada adik so tak pandai nak tunjukkan kasih sayang.....

Bila kakak ke KIK, kami la saudara yg paling dekat dgn kakak... ada la sekali sekala ke Klang menziarahi kakak..ingat tak kita makan nasi ayam bawah pokok kat KIK tu...hehehe

Bila kakak further study kat UKM then joint UKM , lagi la terasa keberdekatannya.... kalau kelapangan, kakak akan balik ke rumah kami pada hujung minggu.... anak-anak aku pun agak rapat dgn kakak esp Alin n Acik... kakak pun rajin melayan adik2.. ada sekali angah yg suka makan buah mata kucing minta kakak belikan..so next visit kakak siap bawa lagi utk angah...so touching tau.....

May b kakak anak sulung, so sifat kekakakan jelas terserlah dlm diri kakak... anak2 aku menumpang kasih seorang kakak dgn kakak.... Walaupun pertalian hanya sebagai sepupu namun kakak rajin melayan mereka sebagai adik2 sendiri... Tq kakak for being a sister to my kids...

So sempena hari kelahiran kakak yang ke 27, deeply from bottom of my heart, Teh doakan agar kakak sentiasa berbahagia di samping Zulffi, dan Zaffran... Hope Allah bless U n wish U get what U dream for.... Luv U.....

Monday, March 2, 2009

Yaumul Milad Raihan

Hari ni bila buka blog semua anak2 buah wish rehan epy bufday.. sorila teh lambat sikit.... tapi tak lupa tau.... So selamat menyambut Hari lahir ke 23... Muda lagi nak kahwin tu. teh umur 24 baru jadi isteri orang... so ada setahun lagi tau .... Tapi teh mcm mak gak..bagi abis belajar baru kawin tau.... tak nak campur bab cintan cintun ni dgn study.. Baik gitu...

Cepatnya masa berlalu.. Rehan yg masa baby kurang rambut (sori ye....) kini dah membesar menjadi anak dara... Terbang membawa diri ke Ireland demi menggapai impian untuk menjadi MD. Teringat masa aku study dulu, kalau cuti 3 bulan, aku mesi jadi bibik jaga Rehan ngan Nawal... Kalau belek album lama kat rumah mak, banyak gambar aku ngan Rehan dan Nawal... Maklum la masa tu depa tinggal sekali dgn mak... sebab tu Rehan agak rapat dgn mak toknya... kalau Rehan balik tidor kat rumah mak, mesti tilam dia diletakkan sebelah tilam mak tok... Aku selalu cakap ngan mak, ni mesti Rehan nak tidor celah ketiak mak tok.... betul kan????

hmmm kalau nak menulis setiap peristiwa, rasanya tak habis n3 ni... namun dari kejauhan teh doakan agar kakak sentiasa sihat. Pertambahan usia diharap selaras dengan pertambahan amal ibadat... walau di mana kakak berada, sentiasa ingat kepada-Nya dan hanya kepada-Nya kita menadah tangan meminta pertolongan.. Dan jika terasa diri keseorangan, ingatlan bahawa Allah sentiasa ada bersama.... Happy Birthday Kakak.. miss u......