Saturday, June 27, 2009

alFatihah untuk Pak Jamil

Malam tadi hampir jam 12.15 aku menerima telefon dari BCM. Hati dah mula resah sebab bila ringtone berbunyi menandakan panggilan famili dan juga jarum jam yang menunjukkan angka tengah malam bagaikan menandakan satu perkhabaran yang tidak enak didengar.

Tepat sangkaan ku bila BCM menyampaikan berita pemergian Pak Jamil, bapa kepada kakak ipar @ teman ku Mak cik Nad pada jam 11.50 mlm tadi. Lepas bercakap dgn BCM, aku call Andak. Andak bagitau yg Pak Jamil ngadu sesak nafas, so dia dibawa ke hospital. Tapi makin lama kesihatan beliau makin menurun sehinggalah beliau menghembuskan nafas terakhir..

al Fatihah untuk beliau... moga roh Pak Jamil ditempatkan bersama solihin...

Friday, June 26, 2009

SWEET SEVENTEEN... Faris Ihsan

Hari ni dapt reminder dr friendster... Today is Faris birthday... yang ke 17. HAPPY SWEET SEVENTEEN!!!

Sori teh tak dapat wish melalui friendster. Dah tak boleh log in sebab dah lupa password... teh pun makin berumur seperti anak saudara teh gak...

Terasa cepat masa berlalu... Baru dua minggu lepas, teh membelek album lama di rumah Mak Tok.. Terjumpa gambar Teh dokong Faris masa baby... masa tu kepala masih gondol tetapi sekarang dah hensem... rambut dah pakai gel...ada kumis ala-ala manja lagi... hehehe

So sempena peningkatan umur, teh doakan faris berjaya dunia dan akhirat... moga Faris berjaya dalam SPM yang akan ditempuh pada hujung tahun ni... Insya Allah kejayaan akan menjadi milik Faris...

Happy Birthday Faris Ihsan... my handsome nephew...

Sunday, June 21, 2009

Perpisahan Mengajar Erti Rindu

Rabu hingga Jumaat lepas, aku kena ke Le Meridien Hotel untuk Kolokium Fakulti. Alahai kena tinggal lagi la Alin n Acik...

Sebelum pergi ke Kolokium, semua aku dah siapkan.. Basuh baju, Siapkan baju utk Khamis dan Jumaat, masak lauk utk dinner...

Hari-hari di Le Meridien dipenuhi dgn mendengar, tertidur dan makan.....

Tapi....

Si kecil Alin rupa-rupanya menanggung rindu..

Bila aku ambil Alin waktu tengahri Jumaat, Alin berlari keluar sambil memelukku dgn erat.. tiba di rumah, dicium muka ku beberapa kali..katanya Alin rindu sangat dengan ibu.. sampaila ke hari ini, Alin masih sibuk nak mencium muka ku.. katanya Ibu ni macam permaisuri....

dan Alin.. Alin la puteri Ibu....

Abah...Selamat Hari Bapa


Hari ini seluruh dunia menyambut Hari Bapa. Walau apa panggilan yang dipanggil, seorang ayah memainkan peranan penting dalam pembentukan jatidiri anak-anak. Begitu juga dengan diriku. Abah telah mendidik aku menjadi seorang insan yang berjaya kini. Jasa abah mana mungkin dilupakan oleh seorang anak.

Sebelum ini aku telah menukilkan satu entri buat abah. Dan aku rasakan itu cukup menggambarkan betapa aku menyanjungi dan menyayangi abah. Walaupun setiap kali aku pulang untuk menziarahi abah, aku tak pasti sama ada abah mengingati atau mengenaliku, namun itu sedikit pun tidah mampu mengubah apa yang aku rasa terhadap abah.

TERIMA KASIH ABAH ATAS SEGALA-GALANYA.....

Saturday, June 20, 2009

Acik...Selamat Hari Lahir yang ke 9


Hari ini merupakan hari ulang tahun kelahiran Acik yang kesembilan.... Mana mungkin tarikh ini aku dan En Abah lupakan kerana sejak seminggu lalu, acik setiap hari mengingatkan kami tarikh hari lahirnya... Agaknya takut tarikh peningkatan usianya dilupakan oleh kami...Mana boleh mak lupa Acik...

Acik... anak pertama yang kulahirkan di Hospital Kajang... kelahirannya menjadi sejarah kerana disaksikan oleh En Abah... Jika Abg dan angah hanya doktor dan nurse yang menjadi peneman namun tika acik dilahirkan pihak hospital telah membenarkan bapa turut serta membantu isteri yang kesakitan...

Kalau Acik nak tau sejarah awal acik mari mak ceritakan ye... masa mak ngandungkan acik, mak mengalami muntah2 yang teruk sepanjang 4 bulan pertama.. masuk ja makanan..terus mak muntah.. makan bubur kosong pun muntah... yang hanya dapat mak makan tika tu ialah epal hijau dan air masak ja... agaknya sebab asyik makan epal menyebabkan acik sekarang ni suka sangat makan western kot... alfredo, bolognoise, roti dan lain-lain.. mak masih ingat kalau mak rasa mabuk kat ofis, mak kunci pinti bilik, naik landing atas meja ofis.. n berbaring merehatkan diri.... rasa seksa betul 4 bulan tu sebab badan tak cukup energi.. nak berjalan pun rasa lemah ja...

Tapi alhamdulillah masuk bulan kelima, mak makin sihat dan makin tembam... Kelahiran acik, mak dan abah tunggu dengan penuh debaran... berbanding abg dan angah yang telah diketahui jantina sejak dalam kandungan, mak dan abah tak pernah bertanya doktor jantina dalam kandungan tika itu.. bagi mak dan abah, lahir seorang anak yang sihat dah cukup bagi kami untuk bersyukur kepada Allah...

Acik lahir lewat seminggu dari tarikh yang dijangkakan... Kalau ikut kiraan doktor, tarikh sepatutnya ialah pada 17 Jun tapi agaknya acik nak duduk lama sikit dalam perut mak kot...Bila acik dilahirkan, nurse tunjukkan apa jantina acik tapi mak tak nampak sebab tak pakai glasses.. so abah bagitau macam angah tapi putih macam abang.... Alhamdulillah dapat anak perempuan...

Proses memberikan nama merupakan tugasan Abah sebab mak dan abah berjanji, jika anak perempuan, abah yang pilih nama, jika anak lelaki, mak yang pilih nama.. pelbagai nama telah disenaraikan tapi akhirnya kami bersetuju untuk letakkan nama yg dicadangkan oleh Mak Lang.. FUDHLA.. yang membawa maksud kelebihan... kelebihan utk kesemuanya...

So hari ini genap uasia Acik 9 tahun.. Doa mak dan abah, acik membesar menjadi puteri yang solehah... Moga acik terus excellent dalam hidup sama ada di sekolah dan juga excellent dalam kehidupan di akhirat...

Hadiahnya... tunggu ya.. belum berkesempatan nak bawa Acik memilih hadiah yang diingini... Insya Allah bila ada kelapangan ya...

So HAPPY BIRTHDAY ACIK...mak dan abah sayang Acik... plis jgn berlakon banyak sanyat esp masa dalam kereta ya...

Wednesday, June 17, 2009

*Just a reminder...*

*Renungan untuk kita semua:


1) Dari bujang-kahwin No 1 ---- no.2 ----- DLL.

2) Dari pakai moto kap --- kancil-wira --- Honda ---- seterusnye..

3) Badminton ----- Golf ----

4) Rumah sewa---- rumah murah ---rumah teres --- banglow...

5) Technician ----supervisor ----- engineer --- manager...

6) Tv 14' --- 21' --- 29' ---- Home theather...

7) Sg Danga --- Tanjung Leman --- Langkawi ---- Hadnyai --- Bangkok ..

8) Dalam semua segi kita mau kanperubahan kearah yang lebih baik dan
glamour...

9) mancing kat parit /longkang ---- sungai --- kolam (bayar punye)----
laut dalam (sewa bot mewah)...... Kalong


TETAPI...


KITA JUGA LUPA...
SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN,
SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN KITA....

DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA,
SEMUA YANG KITA DAPAT ADALAH PEMBERIAN TUHAN...
'ON LOAN'...

SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION,
BERAPA BANYAKKAH KITA MASUKKAN ITEM-ITEM
YANG MEMBAWA KE ARAH 'PERSEDIAN UNTUK MATI'

Umpamanya:

1) tak sembahyang ---- pastikan sembahyang-- -jadikan amalan.....

2) banyak maksiat ----- kurangkan ----- hapuskan...

3) Bangi ---- madinah ---- mekah---

4) sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100.00/

5) sembahyang dirumah --- sembahyang di surau/mesjid. ....

6) 5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU....

7) 3 jam baca suratkabar/majallah /internet ----- 2 jam majalah/surat khabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.

8) Apa apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.

Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL
improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA.
Perkara berkaitan AKHIRAT slowly di ketepikan... ..

Contohnya:

Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur. .......

Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE. .. bila tuhan beri kenaikan pangkat &

gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa... Macam macam lagi yang kita
pun sedia maklum dan tahu... malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita,
jiran, rakan-rakan, DLL. Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN,
BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.

Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun
yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun...
Tuhan juga memberi kita peluang untuk menggunakan masa yang ada
untuk di manafaatkan. ..

dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih
kurang 40~~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya...

infiniti...

Semuga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya
di dunia dan akhirat.
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus ..

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut
kehendak mereka.

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi
dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka
diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.'


Telah bersabda Rasullullah S.A.W:

'Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat
pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2.. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3.Orang berpuasa di hari Arafah.'

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Sunday, June 14, 2009

Cucu oh cucu


Sejak Jumaat lepas, rumah ku lebih meriah dengan kedatangan kakak n famili juga Lang yg menghabiskan cuti hujung minggu....

tapi yang paling memeriahkan suasana ialah Zaffran cucuku yang tak boleh duduk diam.. asyik berjalan satu rumah.. penat Su Alin mengejar..

Zaffran.....No tangga,
Zaffran ....No dapur
Zaffran.....No kipas
Zaffran...sit

Itu antara arahan Su Alin utk Zaffran... sabar ja aku tengok Su Alin melayan Zaffran.. ada bakat seorang kakak.. memang dari dulu aku perhatikan Alin amat menyukai kanak-kanak.. Apatah lagi Zaffran boleh ngam ngan sesiapa ja...Pandai main aci sembunyi pulak tu ngan Su Alin... Bila kena kejar.. terketek2 lari...

Satu lagi seronok tengok Zaffran makan.. suap apa ja semua dia buka mulut.. pagi2 siap pergi ambil air milo kotak.. cewah2 macam la Ibu Zaffran nak kasi minum ja.. habis digigit kotak milo tu tapi tak dapat2... hehehe

Agaknya nanti bila Zaffran datang bulan depan, bermacam lagi keletah Zaffran ya... muah..muah



Bila Tiba Masanya II

Kesibukan menjalani kehidupan seharian, menyebabkan aku tak terasa cuti sekolah telah tiba ke penghujungnya..


Hari ini anak2 kembali ke FISSOL.. sejak pagi aku dah berbuih mulut menasihatkan anak2 menyiapkan bagasi masing2.. Abang selepas zohor dah siap semuanya.. beg pun dah dimasukkan dalam kereta.. Angah pula.. dah nak keluar baru tercari2 barang2 yang nak dibawa balik.. Hmm anak2...


Petang ni aku tak mengikut hantar anak2 ke FISSOL.. bukan tak sudi cuma dari pagi tadi hati dah terasa sayu.. sedih nak berpisah ngan anak2... terasa sekejap ja dpt luangkan masa dgn anak2.. sejak tiga tahun lepas, setiap kali cuti, aku dpt meluangkan masa bersama mereka.. tapi cuti kali ni menyaksikan anak2 'terkunci' di rumah sementara aku di ofis...


Untuk Abang dan angah.. all the best.. mak doakan kalian berdua terus tabah menjalani kehidupan di asrama.. moga hari yang mendatang, memberi kalian ketenangan dan moga kalian sentiasa mencari keredhaan dan keberkatan dari-Nya.. dan moga Allah sentiasa memberi kekuatan untuk diri ini....


Aminnnnnnn

Thursday, June 11, 2009

Tiba masanya

Pagi Ahad kami bersarapan dgn roti canai cicah gulai mak... sedap... anak-anak masing berebut roti canai.. maklum la anak-anaku memang hanti roti canai kan...

Selepas KCY balik Bertam, aku dan En Abah pergi ke Tesco membeli barang-barang dapur utk mak.. hajat hati selepas tu nak beli laksa.. En Abah ni suka malan laksa Telok Kechai.. Aku...lagi la...

habis shoping, kami terus ke Kuala Kedah.. Tapi.... bila tiba di Kedai Ya, kami disambut dgn gelengan tangan... wua... kedai belum buka la... adik tu cakap pkl 1 kak.. Sedih... din pun belum buka kedai gak. Tak tercapai hajat En Abah nak merasa laksa..

Tukar plan telefon mak suruh masak nasi.. Kami beli lauk kat kedai Pak Tat.. En Abah kata sedap...ngalahkan Pumpung.. Ek eleh... tak leh teng la....

Hampir jam 2, kami bertolak balik ke KL. sedihnya nak balik.. rasa tak puas nak bersembang dgn mak.. tapi memandangkan En Abah tak dpt cuti.. redha je la...

Kereta punya la banyak sepenjang perjalanan. kononya tak nak menempuh kesesakan, kami masuk jalan lama. Tapi rupanya sama ja...

Hampir jam 11.30 malam, barula tiba TBR..En Abah kata, tobat la nak drive malam.. Aku tak dapat nak drive sebab mlm sebelumnya aku tak dpt tidor. Alin sakit gigi so sepanjang malam, asyik nangis ja...

Walau apapun alhamdulillah..

Bila Rindu Datang Bertamu

Sabtu lepas merupakan hari gumbira bagiku.. Alhamdulillah aku dapat pulang ke TTG menjenguk mak dan abah. walaupun kepulangan ini hanya sekadar dlm tempoh 24 jam, namun aku tetap bersyukur.. sekurang-kurangnya aku dpt menatap wajah 2 insan kesayanganku..

Perjalanan kami mulakan seawal jam 4.50 pagi.. bila kereta nak jalan ja, en Abah cakap..hmm lambat 20 minit..alahai..En Abah, isterimu ini telah bangun seawal jam 3 utk menyiapkan breakfast.. lambat 20 minit tu kira halal la...

Kami hanya berhenti utk solat subuh dan juga utk menikmati bekalan yg aku sediakan.. asalnya bekalan tu utk dijamah sepanjang perjalanan tapi memandangkan setiap kali tiba RnR, manusia punya la ramai.. so kami berkelah dalam kereta ja.. Dititipkan pesan utk anak2.. Jgn tumpahkan makanan.. sebab Alin kata : dilarang jangan makan dalam Innova..

Alhamdulillah jam 12 kami selamat tiba di rumah mak. Sebelum tu, singgah Pumpung dulu beli asam pedas keladi... Abah agak terkejut tgk kami balik anak beranak.. Tapi bibir abah menguntum senyum bersalaman dengan cucu-cucu sambil aku mengingatkan abah nama-nama permata hatiku.. rupa2nya mak sengaja tak bagitau abah yang kkami akan balik.. Mak nak tengok abah ingat atau tidak nama2 kami.. Tak apalah.. Yg penting, dpt bertemu dgn mak dan abah..

Petang tu, Andak balik dgn familinya.. makin riuh suasana rumah Mak tok.. selepas tu BCM pula balik ngan KCY dan Harith... plus another cucu... angah yg tidak ada sepupu segender ibarat sama ja ngan yg lain.. hmm kemeriahan tika bertemu...

cuma Alin aja yg tercapai hajat utk bertemu dgn Mak Lang kesayangannya... Nape Mak Lang tak sampai pun Ibu... Sian anak Ibu....

Friday, June 5, 2009

Dan penamatnya...

Penghujung hari bersantai,
kami ke sini....



untuk ambil quotation ini...


Aku nak merah tapi tak ada,

pilih blueberry tea, yg lain tak setuju...

ikut majoriti, kaler itam..

lepas ni kena rajin2 la membasuh...

tapi lambat lg dapatnya...

bulan Julai kot.....

Tak salah bermimpi kan...

Ada lagi....

Belum habis n3 bercuti kami... sehari yang panjang kan...

lepas main boling, En abah nak masuk ke pameran buku semula.. ada nak beli buku katanya... anak2 tak nak ikut... dah penat..

So aku bawa anak2 jejalan dlm The Mines... Hasil tangkapan kami...Abang dpt kasut sukan sepasang. aku pulak... lebur duit beli sandal Scholl.. Kebetulan sandal dah koyak.... so nak tambah koyak poket, beli la scholl... beli sendiri tau.. bukan dihadiahkan En Abah.. Kalau nak suruh En Abah bayar..satni dia berleter sebab ongkosnya mahal...hehehe

tapi ....

anak2 kata tak lawa....

Dan Sejarah Pun Bermula

Lepas solat zohor, kami meneruskan aktiviti bersama anak2.. Aktiviti bersantai ni, memulakan satu detik baru dlm aktiviti kami sekeluarga. Sila skrol ke bawah ye...
.
.
.
.

Haa... ini dia aktiviti kami sehingga jam 4.30...

Macam Pro ja En Abah..


Ni pemain amatur..first timer.. siap berjubah lagi...

Ni OTAI tapi kalah ngan first Timer

Angah memula tak nak.. lepas dulu mcm lupa diri ja

Ni juara leret bola..


Eh... Mana Alin????

.
.


Alin tukang jaga bola....
dan resultnya...


Aku dan En Abah seri.. abang ketiga, angah keempat dan Acik kelima....
Insya Allah janji En Abah nak bawa kami main kat Alamanda pulak sebelum anak2 balik asrama... jom layan... best gak main boling ye...

Membaca Jambatan Ilmu




Seperti yang kami janjikan, kami membawa anak2 ke Read Malaysia Exhibition di Mines Resort City. Hari tu tak berpeluang nak bawa anak2 ke pameran buku kat PWTC. Ingat kan banyak syarikat melibatkan diri...Tapi hampeh... tak banyak booth pun...

Hajat hati nak jumpa Kak Su, dan dgn gigihnya aku mencari booth Jemari Seni.. tapi malangnya Kak Su tak ada pulak.. lagi frust.. Acik ja beli karya Kak Su utk kanak-kanak...

Abg dah mula menunjukkan muka kebosanan.. Angah n acik maintain ja sebab buku PTSOne banyak.. Alin plak... asyik meragam nak belon free.. Abahnya... hilang membawa diri ke booth yg diminati... Aku pula sibuk melayan kerenah 4 anak...


Tetiba ... kedengaran ini
.
.
.



Alhamdulillah.. ada tayangan Upin dan Ipin


So abng dengan baik hatinya menawar diri utk menjaga Acik dan Alin melayan Upin dan Ipin.. barula aku berpeluang merayau mencari novel... Beli 2 karya John Grisham ja.. dah lama tak beli novel Inggeris ni.. so nak hilangkan karat bahasa ni..

Pkl 2 ptg masing2 dah lapar. En Abah belanja makan Pizza Hut.. Punya la lama tunggu.. their service were sooo bad... ada ka hantar bread stick lepas tu kat 10 minit kami dok melengung tunggu air ka atau sup tapi hampeh.. anak2 dah resah.. aku lagi la... Last2 pizza sampai dulu.. aku sound gak kat budak tu... kot la nak minta maaf tapi boleh dia tanya siapa yg ambil order.. hmmmm


Layan la muka-muka yang kebosanan menunggu


Berdua Lebih Baik

Semalam aku dan En. Abah sama-sama bercuti. Alhamdulillah dapat juga En Abah bercuti.. Walaupun hanya sehari, jadilah untuk menghiburkan hati anak2 yang asyik 'dikurung' dalam rumah aja.

So bermulalah hari percutian kami dengan janji nak pergi berjogging.. Kejut anak2 solat subuh dan bersiap nak pergi jogging.. tetiba..........

'Abah nak siapkan kerja ni.. tak jadila p joging.." wua bengang aku tahap gaban... Dlm hati merungut gak.. cuti pun dok ingat kerja...

Dlm pkl 8, En Abah kata jom p joging.. kerja dah siap. Hmm nak joging amende, matahri dah tegak atas kepala... tapi aku ikut juga la sebab anak2 dah beriya nak pergi.. Lagipun kalau tak ikut tak dpt pekena roti canai Hj Tapah kan.. Tapi angah kami tinggalkan.. lama sangat dlm bilik air....

Dapat la round track tu 4 kali.. tapi aku jalan aje sebab tak dak mood nak berlari.. Tapi bila dah pekena roti canai moodnya dtg balik pulak.. Agaknya mcm pil penenang kot.. hehe.. bukan apa terkilan sebab angah ditinggalkan..dah la susah nak makan satu keluarga.. Apa pun itu hanya sekadar permulaan utk hari yang panjang bagi kami sekeluarga.

Monday, June 1, 2009

Kenali pasangan anda




Last week semasa family day JNJK, aku tertarik dgn soalan2 yg dikemukakan utk 3 pasangan "org besar JNJK". Balik ke rumah, aku cuba ngetest En Abah nak tau sama ada En Abah dpt menjwb soalan2 berkaitan...

Apakah warna kegemaran isteri anda?
Merah - hehe tau je warna feveret I

Apakah saiz kasut isteri anda?
Saiz 6 - Bila pula kaki aku jadi kecik ni..

Bilakah anda berkahwin
17 April - ha kalau tak leh jwb soklan ni, perang dunia kot

Apakah makanan kesukaan isteri anda?
Nasi goreng ikan masin - Tak kan tak tau, asal aku order ja, ada org dok nasihat..darah tinggi

Apakah minuman kesukaan isteri anda?
Teh ais - tu kat kedai mamak ye bang, kalau kedai lain I order fresh orange tau.

so resultnya En Abah lulus kecuali saiz kasut je...

tu tandanya tak pernah hadiah kasut kat isteri kan kan..
.
.
.
.
.
.
.
Hadiah utk suamiku...
.
.
.
.
.
alin dah booked dulu

Selamat Kembali....

Sejak Jumaat lepas, rumah kembali meriah dengan suara anak2.. Angah dah balik ke rumah. Plus Kak lang yang datang menghabiskan cuti hujung minggu, rumah yang selama ini dipenuhi dengan suara acik dan alin bertekak, kini kembali meriah... Cuma abang ja yg kena stay kat FISSOL sebab ada seminar PMR.

Jumaat tu aku MC sebab sakit perut, so sebelah petang aku tido je la.. Alin hmm dah ada kak lang, merengek ja pekena Lang p taman... selagi lang tak bawa, tak aman kami kat rumah...

Sabtu pagi rombongan Cik Jah menziarahi Hj Tapah.. semacam ja org tengok... semua pakat pakai baju kurung.. sopan gitu...

Sampai ke rumah MIL, dia bagitau yg hari ni kenduri kat rumah Abg Nazari.. esok baru la rumah bibik. aiseymen.. silap pakai baju la.. ishh tak boleh jadi, kena tukar baju plak sebab nak gak pakai baju glamor... esok tak leh pakai baju glamour sebab nak duduk merata.. bukannya makan n balik ..

Petang ahad bertolak balik ke TBR... jam sikit ja sebab accident.. sampai rumah ingat nak tidor tapi tak nak lelap pulak mata ni... last2 join ngan anak2 main Saidina.. mengisi masa lapang..hehehe
So selamat kembali ke rumah anak2.... Moga cuti dimanfaatkan sebaik mungkin.