Showing posts with label Exam. Show all posts
Showing posts with label Exam. Show all posts

Tuesday, October 5, 2010

Selamat berjuang Puteriku


Ketika n3 ini dicatat, angah, dan 4 org kezennya - Harith, Farid, Sofwan dan Afifah - sedang bergelut menjawab BM kertas 2 PMR. Begitu juga dgn abang yg turut menduduki peperiksaan akhir tahun..


Debaran sebagai ibu yg anaknya sedang menduduki exam tak mampu aku tangkis.. Walaupun angah di Labu namun kami suami isteri tak berhenti memohon kepada Allah agar angah berjaya melalui satu fasa dalam hidupnya.. sejak dua minggu lepas, kami berulang ke Labu setiap sabtu dan Ahad untuk memberi sokongan moral kepada angah dan abang..


Kerisauan jelas terpapar di wajah dan juga percakapan angah. Apa yg mampu kami lakukan ialah meminta angah supaya sentiasa berserah kepada Allah.. dalam apa keadaan pun, kita hanya mampu menyerahkan kepada-Nya setelah kita berusaha..


Dulu sewaktu UPSR, aku dan suami mengambil cuti sepanjang exam..hanya untuk memberi sokongan kepada anak2.. namun bila anak2 jauh di asrama, hanya doa yg tak putus kami tadahkan agar anak2 berjaya mencapai impian masing2..kita sebagai ibu bapa sedaya upaya memenuhi tuntutan dan tanggungjawab yang diamanahkan Allah.


Untuk angah.. selamat berjuang... masih jauh lagi perjalanan hidup yg perlu angah lalui.. pesan mak dan abah, walau di mana dan apa jua cabaran yg angah hadapi, sentiasa memohon pertolongan dan inayah Allah dalam membuat sebarang keputusan.. Insya allah Dia senantiasa bersama hamba yang mengingati-Nya..


ALL the best my dear...

Friday, November 20, 2009

Melangkah Menempa Kejayaan

Semalam keputusan UPSR diumumkan di seluruh negara. Alhamdulillah 2 anak saudara ku berjaya mendapat 5A dalam peperiksaan tersebut... Tahniah utk Bang Cik dan juga Farah... Moga sukses terus mengiringi perjalanan hidup kalian berdua..

Semalam juga mencatatkan detik yang bererti dalam hidup Acik.. Hari kecemerlangan SK Bangi dan SRA Pekan Bangi menyaksikan Acik membawa balik hadiah yang pelbagai... Di SK Bangi, Acik berjaya mendapat Hadiah kecemerlangan utk nmbr 2 dalam aliran, dan 2 hadiah subjek tertinggi (BM Penulisan dan Matematik). Selain itu, Acik juga membawa balik piala dan sijil untuk anugerah Tunas Harapan. Alhamdulillah untuk 3 tahun berturut-turut Acik mendapat anugerah Tunas Harapan... dan.....

Acik juga dianugerahkan Tokoh Nilam untuk Tahap Satu... Aku sebagai ibu tumpang seronok dan bersyukur dengan kejayaan awal yang ditempa oleh Acik... Bila lihat Acik menaiki pentas dengan memakai Blazer (yg labuh teramat sangat) untuk menerima anugerah tunas dan nilam, aku merasa sebak.... Emosi seorang ibu....

Sebelah petang pula, Acik sekali lagi membawa balik Piala untuk tempat pertama dan hadiah2 lain utk matapelajaran tertinggi... Alhamdulillah....

Namun di sebalik kegirangan Acik membuka hadiah2 tersebut, Alin yang tak mendapt apa2 hanya memandang dengan penuh harapan... Acik akhirnya bermurah hati (setelah puas dipujuk) memberikan Alin kotak pensil sebagai cenderahati dengan syarat yang berkoyan2....

Wednesday, November 18, 2009

Exam oh Exam Luahan hati Seorang Guru

Dah lama blog ni tak diupdate dgn n3 terkini.. Stress betul sejak sebulan yang lalu... Jika student demam nak hadapi exam, aku sebagai pensyarah pula stress nak marking exam...

Kalau soalan seperti ini senang la... .

Hantar ja kat Pusat komputer... cet cet 5 minit dah siap.


Tapi kalau exam bentuknya sebegini...


Berasap kepala nak membaca dan menilai jawapan pelajar...ada yang menjawab mengikut apa yang dia tau bukannya apa yang disoal, ada yang menjawab bagus aja flow n menepati skima yang ditetapkan, ada pelajar yang tulisannya sejuk mata memandang walaupun jawapan salah tetapi pula ada juga yang menulis macam cakar ayam ja tapi isi menepati skima..... adoi kalau dapat tulisan yang buruk, nak mencari isi penting pun rasa nak terkeluar isi perut dulu sebelum selesai marking.

Kadang kala aku terfikir, jika tulisan guru begitu teruk bagaimana nanti nak ngajar pelajar.. aku utarakan fikiran kepada rakan tetapi dia orang jawab.. apa susah pakai powerpoint ja.. memang la tak dinafikan zaman sekarang mudah nak buat ABM tapi bagiku tulisan guru juga memainkan peranan ketika P&P dilaksanakan.

Semester ni aku mengajar 5 kursus. So bayangkan kertas exam yang aku kena marking... Satu kursus tu jumlah pelajarnya melebihi 200 orang dan soalan semuanya esei... Hmm kalau aku jadi penyelaras, aku mesti buat soalan objektif.. memang la masa nak menyediakan soalan susah, tapi markingnya senang..

Ada pensyarah pula, Isnin periksa, hari rabu dah nak markah.. Ish macam kita ni tak dak kerja lain.. sabar la.. yang paper terdahulu pun tak habis marking..Ikut giliran la kan... Sebab selain paper exam, nak marking assignment lagi sebagai sebahagian daripada penilaian kursus...

Bila dah selesai marking pula, ada pelajar yang markah tak memberangsangkan.. kesian pulak tgk.. tapi adakalanya kita sebagai pensyarah tak dapat nak menolong banyak jika markah terlalu teruk... yang dapat menampung markah pelajar ialah melalui tugasan yang kami berikan dan juga attitude pelajar sewaktu dalam kelas..tapi sayangnya ada juga pelajar tak mengambil peluang tersebut...

Ada satu kursus yang aku jadi tutor, seorang pelajar tak datng kelas hampir 5 minggu.. kita ni punya la bimbang. telefon tak berangkat, sms tak berjawab.. akhirnya aku surrender.. kita dah berusaha tapi pelajar sendiri yang tak nak ditolong... masa exam aku kejar pelajar tersebut bila dia keluar dewan exam.. tapi alasan yang diberi tak munasabah langsung... Saya ada masalah... abis kenapa tak balas sms/call saya.. phone hilang... abis kenapa tak jumpa saya, semua masalah dapat dibawa berbincang...haa terdiam dia... tapi maklumat yang aku terima dari rakan2, budak ni tgh mabuk air sejuk.... sayangnya..... atas nama cinta pelajaran diabaikan...

Ketika menjaga peperiksaan, aku berbual dgn pegawai akademik.. dari perbualan terkeluarlah kisah cara2 yang digunakan oleh pelajar U utk meniru.. selalunya pelajar bawa nota atau ada yang kreatif menulis di lengan dan tangan ibarat tattoo. ada yang pakai headphone dan dok bertelefon dengan rakan lain bertanya jawapan. pelajar tahun satu pulak tu.. Baru 5 bulan menjejakkan kaki ke universiti... entah lah agaknya terlalu terdesak...

Di mana keberkatan ilmu pengetahuan jika kita tak usahakan sendiri... di mana nak letakkan muka akibat perbuatan kita sendiri dan yang paling aku terkilan ialah tidak kah pelajar memikirkan perasaan mak dan ayah yang sentiasa berdoa kejayaan mereka?

erhh jadila setakat ni saja luahan hati... kalau nak ikut panjang lagi nak menaip tapi....

kalau taip panjang-panjang, marking tak selesai pulak..

Sekian salapian....

Tuesday, October 13, 2009

Hidup perlu diteruskan


Hari ini merupakan hari terakhir PMR. Tika aku menulis n3 ni, abg sedang bergelut dgn paper terakhir Bahasa Arab. So far abang bagitau dia dapat jawap... Alhamdulillah...

Tapi semalam abg call aku dlm pukul 5 tapi ketika tu aku sedang bagi lecture so tak perasan akan call abang. Maghribnya dia telefon sekali lagi. Mendengar suara abang, aku dah tau ni mesti demam sebab Ahad lepas, abang dah menunjukkan tanda nak demam... abg bagitau dia muntah semalam sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Abang menyuarakan kegundahan hati sebab KH belum habis mentelaah lagi sedangkan kesihatan dia makin merosot.

Sebagai ibu, aku hanya dapat berdoa semoga abang sihat semula.. PMR merupakan satu garis awal dalam menentukan langkah abang seterusnya.. bagi aku, bukan sekadar kecemerlangan dalam exam yang aku ingini dari anak2 tetapi juga doa tak putus diminta agar anak2 turut cemerlang dalam iman dan akhlak mereka. Walau setinggi mana bukit didaki, sejauh mana kaki melangkah, tanpa taqwa manusia akan tenggelam dengan kealpaan duniawi.

Personally aku bukanlah tergolong dalam kalangan pelajar pintar ketika di sekolah dulu... Namun dalam menelusuri hari-hari di universiti, aku menanamkan tekad utk cuba mendapat ijazah kelas pertama. Alhamdulillah berkat doa dari mak dan abah serta bimbingan yang tak putus-putus daripada para pensyarah, cita-citaku dimakbulkan Allah.. Walaupun dah 16 tahun berlalu tapi di telinga ini masih terngiang ucapan kesyukuran yang dilafazkan oleh mak ketika aku menyampaikan khabar gembira tersebut..

Kini sebagai seorang ibu, aku bersyukur dengan kejayaan awal yang ditempa oleh anak-anak. Abang, Angah, Acik dan Alin masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. Doa mak membesarlah menjadi anak yang sentiasa taatkan ibu bapa dan juga sentiasa menjadikan agama sebagai pegangan hidup.....

Wednesday, October 7, 2009

Selamat berjuang Abang

Hari inin merupakan hari pertama peperiksaan PMR. Gundah gulana sejak beberapa hari lalu memikirkan Abang yang akan menduduki PMR tahun ini. Sebagai ibu bapa, aku dan En Abah telah berusaha memudahkan abang untuk membuat persediaan menghadapi peperiksaan. Setelah kita berusaha natijahnya kita serahkan kepada Allah. Doa dari kejauhan moga Abang akan mencapai kejayaan dalam PMR.... Begitu juga utk Nu'man yg turut sama menghadapi PMR pada hari ini... All the best...

Wednesday, May 6, 2009

Imbas Kembali



Sempena cuti yg agak panjang awal bulan Mei, En abah ambil keputusan nak balik Melaka menziarahi mak dan abah. Aku tak kisah, ikut ja tapi yg peningnya plan asyik bertukar jaa.. Kejap khamis malm, tukar jd jumaat pagi..pastu tukar khamis mlm, tukar lagi sabtu pagi... last2 kami balik lepas jumaat... ponin den...

hiway ok ja sepanjang perjalanan... tapi bila dekat tol ayer keroh... alamak jammmmmmmmm... ada smart tag pun tak banyak membantu.. manusia potong line mcm jln depa ja.. mostly sinniyyun...

Kami decide balik rumah mak dulu, solat asar n bawa abang ja ke bandar melaka. abg kena siapkan projek sejarah dia.. so kena la pi bandar melaka sebab nak mengumpul maklumat mengenai bengunan Stadthuys...

Nak masuk bandar melaka, jam lagi.. maklum la org ramai mengambil peluang bercuti ni melawat Melaka bandar bersejarah... akhirnya aku ngan abang turun kat jonkers street n berjalan kaki ke sana... En Abah p la pusing cari parking...


Abang bergaya di Jonkers Street


Ni kali ke 3 aku menjejakkan kaki ke tempat2 bersejarah di Melaka. last year ada bawa anak2 n andak sekeluarga jalan2 bandar melaka. Tapi kami tak ke Stadhtuys.. so nak tak nak kena la juga ke sana.... ambil gambar sebagai bukti yg maklumat yg dikumpul tu authentic... hehehe...



Ni la dia stadhtuys...

Wednesday, April 15, 2009

Congrats Acik

Ptg semalam Acik pulang dari sekolah dgn wajah dan suara yang ceria..

'Mak.... acik dapt nmbr 2 tau dlm exam aritu...

Alhamdulillah...

Acik pun tak tau sebab apa acik dpt nmbr 2. Kan sains acik teruk...

Markah yg lain tinggi kot berbanding dgn kawan2 acik..

Yg best nya acik dpt kalahkan Intan (bukan sinetron ya, member acik ni)

Ha... jgn pula dah dpt nmbr 2 nak relaks lg mcm aritu... satni dpt markah corot muka pun corot juga...

Acik janji....

Alhamdulillah...

Thursday, April 9, 2009

Kelemahan Sbg Penggerak


Masa tgh masak ptg tadi, Alin dtg berbisik... Ibu ,acik dah balik tapi muka acik masam sangat. Naper..Alin tak tau la.. Ibu tanya la acik..Alin takut nanti acik marah alin...

Aku tanya naper acik muka masam...acik tak jawab...Dia kata nanti mak marah..Dalam hati ni mesti kes result exam teruk... setelah kupujuk, acik dlm tangisan memberitahu yg markah sains dia teruk.. dapat 60 lebih ja.. Dia takut kena marah...

Terkedu...first time acik dpt markah 60 .... Selama ni paling teruk pun 80 ke atas...

Aku pujuk acik... ni la kesannya bila acik leka ngan tv.. satu lagi acik tak prepare betul2 utk exam kan... acik diam ja...

Masa dinner acik tunjuk kertas Sains dia... Banyak salah soalan berkaitan plants... opsss rupa2nya cikgu salah kira... sebetulnya acik dapat 78... dua markah lagi nak dpt A...tapi still agak teruk la...

Mak harap result yg teruk ni menjadi pengajaran utk acik... tak dinafikan acik is a bright student... but adakalanya acik relaks sangat... acik nak exam, mak yg asyik terpaksa naikkan suara ingatkan acik buat revision kan...

Pesanan mak, acik kena usaha berterusan utk terus berjaya.... Yg lepas biarkanlah tapi exam pertengahan tahun ni acik mesti jadi the biggest winner tau!!! Insya Allah

Tuesday, March 3, 2009

Exam Week

Mulai hari ni abg n angah menempuh minggu ujian bulanan. Angah dah call semalam menyatakan kekhuatiran sebab dah baca sains tapi tak faham2. inilah masalah yg dialami oleh anak2ku. agak sukar menggarap matematik dan juga sains sebab diajar dlm BI.... Risau gak sebab tahun ni abg PMR. Next year angah pulak.... Risau sebab masalah bahasa menyebabkan angah dan abg agak ketinggaln dlm maths n science... ntahla....

Next week acik pula akan menduduki peperiksaan. tapi acik tu relaks ja.... aritu masa p kelantan, mak ngah farizan maklumka kat guru kelas yg acik ponteng 4 hari.... cikgu dia cakap tak pa.. tak kisah... dah pandai...hihihi..Ada ka lagu tu...

So utk abang, angah dan acik, mak ucapkan selamat menduduki peperiksaan.... Moga Allah sentiasa memberi kerahmatan kepada anak-anak mak... moga berjaya hidup kalian dunia dan akhirat....

dan untuk Alin, walaupun Alin tak ada test tapi plis jgn menangis masa ibu hantar ke tadika... tangisan sayu Alin betul2 test hati kecil ibu... plis Alin ya...