Thursday, December 31, 2009

Budi Bahasa Amalan Mulia

Cuti sekolah telah hampir tiba ke penghujungnya. Seperti mana ibu2 yang lain, aku juga sibuk membeli baju sekolah dan lain2 keperluan anak-anak. Dah beberapa kali membawa anak2 membeli belah namun masih ada barangan yang tertinggal. Maklumla semua nak diingat.. check list pun dah dibuat..namun bila balik ke rumah, rupa2nya masih ada yang tak lengkap.. like I always said to En Abah "I'm not a superwoman". Semunya perlu diuruskan...

Namun n3 kali ni lebih kepada luahan perasaan kerana dah 2 kali aku mengalami 'kehangatan hati' akibat layanan daripada jurujual. Hmmmm

Kes pertama, Sabtu lalu di kedai Bata Seremban... En abah janji nak bawa anak2 main bowling.. so kami setuju ke Seremban sbb ada barang2 yang nak di beli di Parkson. First kami menuju ke kedai Bata utk memilih kasut sekolah dan kasut sukan angah.. Namun layanan salesgirl dia amat menyakitkan hati.. angah berkenan dengan sepasang kasut namun salegirl tu dgn selambanya 'Ni bukan kasut sukan, ni comfort shoes' sambil dok menunjuk 3 pasang kasut yg lain.. tak pa la. aku pegang satu sport shoes, baru nak membelek kesesuaian, dia boleh kata "tu harganya RM70". Mendidih aku dengar. Awat ingat aku tak mampu ke????? Dah la tadi layan semacam ja. Aku reply balik..harga tak jadi masalah dik oiii... terus aku keluar n masuk Parkson.

Kat Parkson angah tak berkenan pulak kasut2 kat situ, hmm terpaksa rujuk balik ke Bata tapi aku dah sound En Abah, kalau salesgirl tadi aku tak mau masuk campur dah... Rupa2nya kaum kerabat kat situ memang mcm tu.. bila jurujual yg lain datang... aku tanya ada tak kasut leather (kasut sekolah angah).. Dia boleh jawab ni leather la... Awat ingat aku tak kenal ka leather atau tak? Pastu tu aku cakap la genuine leather? Dia balas balik, kalau nak genuine p la kat KLCC. Kat sana harga beratus. HMMMM kurang asem.... aku ngan En Abah hanya berpandangan saja... Hati dok sabar ja maklumla dah malas nak ke kedai lain... Last2 beli gak la kasut sekolah ngan kasut RM70 tu...

Kes kedua di kedai buku Acik. Sebab koperasi sekolah buka awal, balik tghari aku pergi beli buku2 latihan lebih awal.. Then minta la resit pembelian... Dia jawab kami tak sediakan resit sebab boss tak bagi.. aku kata la saya nak resit, boleh la potong cukai...boleh tak nanti2 saya ambil. Dia dgn keras jawab, mana ada org minta resit... ish mak cik ni tak faham ka.... Malas nak bertekak, aku jawab, minta dgn bos atau saya akan contact sendiri... 31hb saya datang semula ambil resit...

Hari ni aku p sekolah nak bayar yuran sekolah... pastu p koperasi tadi.. hmmm adapun... tak yah nak bertekak mcm hari tu...

Moral of the story, mmg customer is always right... tapi aku bukan la minta layanan istimewa.. sebab kita tak pakai baju branded, beg mahal atau spek gucci, ingat kita perlu dilayan kelas dua dgn kata2 yg memedihkan hati... customer juga ada hati ngan perasaan dan ingat kalau tak ada customer, perniagaan awak akan lingkup........

Thursday, December 24, 2009

Congrats To Abang...


Abang,

Tahniah mak ucapkan atas kejayaan abang. Mak bangga dengan pencapaian abang pada hari ini. Jadikan keputusan hari ini sebagai pembuka jalan untuk melangkah lebih jauh ke hadapan.

Masih banyak yang perlu abang lalui dalam hidup... Mak dan abah hanya boleh memberi bimbingan untuk abang.. Pisau dan timun semuanya di tangan abang... Namun dalam membuat sebarang pilihan, kembalilah berserah kepada Allah kerana dengan bimbingan dan inayah-Nya, Insya Allah pilihan kita tidak akan tersasar.

Abang,

Ingatlah sederap abang melangkah, abang membawa seribu impian. Bukan sekadar impian mak dan abah tetapi juga impian seluruh keluarga di Kedah dan di Melaka. Bahkan yang lebih penting,
abang melakar impian untuk diri sendiri.

Abang,

I'm so proud of U... love U with all my heart....

moga kejayaan terus abang capai sejajar dengan abang
"Seorang yang Berjaya"

Alfun mabruk dari Mak dan Abah

Rehlah Merehatkan Jiwa

Alhamdulillah ahad lalu aku dan En Abah berpeluang mengambil cuti untuk membawa anak2 pergi bercuti. Mullanya kami merancang utk ke Kuantan tapi dek cutinya hanya sehari, dan cuaca pun tak menentu, tukar plan ke ke Port Dickson sahaja.

Dah lama kami sekeluarga tidak ke mana2 dek kesibukan aku dan En Abah. Tapi memikirkan kasihan anak2 yang asyik 'terkurung' dalam rumah sepanjang cuti sekolah ni, kami merasakan perlu membayar 'hutang' kepada anak2.



Perjalanan dimulakan seawal jam 11. Plannya nak lunch kat beach sebelum check in jam 3. Tiba di PD anak2 dah excited especially Alin. Kebiruan lautan menggamit rasa keterujaan anak2. Kami memilih Pantai Teluk Kemang sebagai lokasi tetapi malangnya kesesakan berlaku sepanjang jalan. May be time tu ramai yg dah check out so kereta beratur sepanjang jalan hampir 5 kilometer.

En Abah pakai redah ja berhenti kat beach. Kami tersadai di Felda Residence utk menumpang pantai.. Anak2 walaupun dah dipesan jgn basahkan seluar kerana perjalanan masih berbaki.. hmmm mananya nak dengar... tak dapat menahan diri utk bermain dgn deburan ombak...

Jam 2.30 ptg kami bertolak ke hotel... Bila anak2 dah besar, terpaksa bertukar dari bilik deluxe ke family room.. Alhamdulillah selesa utk kami sekeluarga... Anak2 dah teruja utk turun ke swimming pool tapi....

Hampeh... kena pakai swimming suit.. apa la punya hotel... pakai seksi seksa boleh, nak tutup aurat tak dibenarkan pulak... so sepanjang dua hari kami di sini, anak2 hanya berenang di pantai ja... yang kesiannya Alin. Agak sukar nak memahamkan dia kenapa tak boleh terjun kolam...


Pada malamnya, kami dah tempah steam boat utk anak2 nikmati.... kelakar juga tgk anak2 makan steam boat.... semuanya nak dirasa... yg bestnya hanya kami ja yg makan kat restoran hotel tu... so enjoy la anak2...

Walaupun percutian ini hanya sekadar semalaman namun aku teruja dengan keseronokan anak2 (plus abahnya) mandi di pantai, bermain bola bersama, membina istana pasir, berjogging di awal pagi dan lain2 aktiviti...


Benarlah rehlah kami merehatkan jiwa dan mengeratkan kasih sayang antara kami sekeluarga...


So En Abah, when will be our next vacation????


Wednesday, December 16, 2009

No more...no more

Alhamdulillah setelah 3 tahun 6 bulan, aku berulang alik
dengan angah hampir setiap bulan menaiki tren komuter,
akhirnya....



dari Ini

Menjadi begini...

Bye bye Gigi Pagnet...

atas sebab yang tidak dapat dinyatakan di sini,

gambar samaran telah digunakan


p/s kredit imej Google

Waduh...

Setelah lama blog ni bersawang, so today nak masukkan ja imej2 ketika di Solo dan Jogja...
tak sempat nak tulis n3 panjang2... enjoyz.....


Di Puncak Candi Borobudur

tak dapat nak buka mata dek kepanasan batu dari gunung berapi


Bergaya dengan sunglasses Gucci. Harganya 20,000... hehe



di hadapan hotel di Jogja


Lawatan ke Universiti Gadjah Mada


Bersama dekan UGM


di Pondok Moden Gontor (sekolah lelaki)
Antara AJK Wacana -
di Institut Studi Islam darussalam Gontor Ponorogo


ISID


Meeting jgn tak meeting - Pening mengira wang berjuta-juta


Di Istana Keraton Jogjakarta

Beli Bu jgn pandang2 aja...


candi borobudur


Haa. tgk beg sewaktu nak balik....

Wednesday, November 25, 2009

Need I say More....

Balik Kampung

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh...( 3X )
Hati girang
Ho ho... Balik kampung (3X)
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti

Friday, November 20, 2009

Melangkah Menempa Kejayaan

Semalam keputusan UPSR diumumkan di seluruh negara. Alhamdulillah 2 anak saudara ku berjaya mendapat 5A dalam peperiksaan tersebut... Tahniah utk Bang Cik dan juga Farah... Moga sukses terus mengiringi perjalanan hidup kalian berdua..

Semalam juga mencatatkan detik yang bererti dalam hidup Acik.. Hari kecemerlangan SK Bangi dan SRA Pekan Bangi menyaksikan Acik membawa balik hadiah yang pelbagai... Di SK Bangi, Acik berjaya mendapat Hadiah kecemerlangan utk nmbr 2 dalam aliran, dan 2 hadiah subjek tertinggi (BM Penulisan dan Matematik). Selain itu, Acik juga membawa balik piala dan sijil untuk anugerah Tunas Harapan. Alhamdulillah untuk 3 tahun berturut-turut Acik mendapat anugerah Tunas Harapan... dan.....

Acik juga dianugerahkan Tokoh Nilam untuk Tahap Satu... Aku sebagai ibu tumpang seronok dan bersyukur dengan kejayaan awal yang ditempa oleh Acik... Bila lihat Acik menaiki pentas dengan memakai Blazer (yg labuh teramat sangat) untuk menerima anugerah tunas dan nilam, aku merasa sebak.... Emosi seorang ibu....

Sebelah petang pula, Acik sekali lagi membawa balik Piala untuk tempat pertama dan hadiah2 lain utk matapelajaran tertinggi... Alhamdulillah....

Namun di sebalik kegirangan Acik membuka hadiah2 tersebut, Alin yang tak mendapt apa2 hanya memandang dengan penuh harapan... Acik akhirnya bermurah hati (setelah puas dipujuk) memberikan Alin kotak pensil sebagai cenderahati dengan syarat yang berkoyan2....

Wednesday, November 18, 2009

Exam oh Exam Luahan hati Seorang Guru

Dah lama blog ni tak diupdate dgn n3 terkini.. Stress betul sejak sebulan yang lalu... Jika student demam nak hadapi exam, aku sebagai pensyarah pula stress nak marking exam...

Kalau soalan seperti ini senang la... .

Hantar ja kat Pusat komputer... cet cet 5 minit dah siap.


Tapi kalau exam bentuknya sebegini...


Berasap kepala nak membaca dan menilai jawapan pelajar...ada yang menjawab mengikut apa yang dia tau bukannya apa yang disoal, ada yang menjawab bagus aja flow n menepati skima yang ditetapkan, ada pelajar yang tulisannya sejuk mata memandang walaupun jawapan salah tetapi pula ada juga yang menulis macam cakar ayam ja tapi isi menepati skima..... adoi kalau dapat tulisan yang buruk, nak mencari isi penting pun rasa nak terkeluar isi perut dulu sebelum selesai marking.

Kadang kala aku terfikir, jika tulisan guru begitu teruk bagaimana nanti nak ngajar pelajar.. aku utarakan fikiran kepada rakan tetapi dia orang jawab.. apa susah pakai powerpoint ja.. memang la tak dinafikan zaman sekarang mudah nak buat ABM tapi bagiku tulisan guru juga memainkan peranan ketika P&P dilaksanakan.

Semester ni aku mengajar 5 kursus. So bayangkan kertas exam yang aku kena marking... Satu kursus tu jumlah pelajarnya melebihi 200 orang dan soalan semuanya esei... Hmm kalau aku jadi penyelaras, aku mesti buat soalan objektif.. memang la masa nak menyediakan soalan susah, tapi markingnya senang..

Ada pensyarah pula, Isnin periksa, hari rabu dah nak markah.. Ish macam kita ni tak dak kerja lain.. sabar la.. yang paper terdahulu pun tak habis marking..Ikut giliran la kan... Sebab selain paper exam, nak marking assignment lagi sebagai sebahagian daripada penilaian kursus...

Bila dah selesai marking pula, ada pelajar yang markah tak memberangsangkan.. kesian pulak tgk.. tapi adakalanya kita sebagai pensyarah tak dapat nak menolong banyak jika markah terlalu teruk... yang dapat menampung markah pelajar ialah melalui tugasan yang kami berikan dan juga attitude pelajar sewaktu dalam kelas..tapi sayangnya ada juga pelajar tak mengambil peluang tersebut...

Ada satu kursus yang aku jadi tutor, seorang pelajar tak datng kelas hampir 5 minggu.. kita ni punya la bimbang. telefon tak berangkat, sms tak berjawab.. akhirnya aku surrender.. kita dah berusaha tapi pelajar sendiri yang tak nak ditolong... masa exam aku kejar pelajar tersebut bila dia keluar dewan exam.. tapi alasan yang diberi tak munasabah langsung... Saya ada masalah... abis kenapa tak balas sms/call saya.. phone hilang... abis kenapa tak jumpa saya, semua masalah dapat dibawa berbincang...haa terdiam dia... tapi maklumat yang aku terima dari rakan2, budak ni tgh mabuk air sejuk.... sayangnya..... atas nama cinta pelajaran diabaikan...

Ketika menjaga peperiksaan, aku berbual dgn pegawai akademik.. dari perbualan terkeluarlah kisah cara2 yang digunakan oleh pelajar U utk meniru.. selalunya pelajar bawa nota atau ada yang kreatif menulis di lengan dan tangan ibarat tattoo. ada yang pakai headphone dan dok bertelefon dengan rakan lain bertanya jawapan. pelajar tahun satu pulak tu.. Baru 5 bulan menjejakkan kaki ke universiti... entah lah agaknya terlalu terdesak...

Di mana keberkatan ilmu pengetahuan jika kita tak usahakan sendiri... di mana nak letakkan muka akibat perbuatan kita sendiri dan yang paling aku terkilan ialah tidak kah pelajar memikirkan perasaan mak dan ayah yang sentiasa berdoa kejayaan mereka?

erhh jadila setakat ni saja luahan hati... kalau nak ikut panjang lagi nak menaip tapi....

kalau taip panjang-panjang, marking tak selesai pulak..

Sekian salapian....

Friday, October 30, 2009

Tahniah Untuk kak Lang


Selasa 27 Oktober merakam satu lagi detik manis dalam kehidupan Kak Lang kan...

Tahniah teh dan keluarga ucapkan. Setelah berhempas pulas memerah minda, akhirnya Lang berjaya menggenggam segulung ijazah yang diidamkan. Walaupun teh tak dapat ke Shah alam utk sama-sama meraikan detik tersebut, namun teh bersyukur kerana akhirnya Lang berjaya menamatkan pengajian ijazah pertama.

Selepas ni, banyak lagi peristiwa yang akan berlaku dalam hidup Lang. Cuma pesan teh, sentiasa merujuk kepada abu dan ummi dalam memastikan setiap tindakan yang diambil turut mengambil pandangan orang tua.. walaupun garam tak boleh makan banyak, tapi bimbingan dan pandangan abumi akan membantu Lang membuat pilihan terbaik dalam hidup...

Ingat lah setiap langkah yang kita ambil, turut membawa doa dan harapan dari ibu bapa...

Tahniah Lang...

Maaf atas dasar kesibukan nak berseminar, teh tak sempat nak beli kad atau apa2 cenderahati utk Lang... Penangan Tengku Mahkota...

Saturday, October 24, 2009

Acik The Explorer


Sejak semalam acik pergi ke Hulu Langat utk kem motivasi kepimpinan untuk calon pengawas 2010...Sejak seminggu lalu itu aje yg menjadi topik bualan acik bila pulang dari sekolah...

Mak cikgu pesan suruh bawa 5 seluar track
Mak cikgu suruh bawa baju kurung
mak cikgu kata ada river tracking ngan jungle tracking
mak acik tak ada baju t putih la...

Pada malam nak mengemas baju plak, acik jadi supervisor memerhati dan mengomel apa yg aku simpan dalam beg... last-last beg roda tu penuh ngan barang-barang yg nak dibawa. dah dia kata berat nak angkut....

Malam tu sebelum tidur, abahnya dok memngusik acik, malam ni acik tidur pasti tak lena... acik tak tau, mak lagi tak lena mikir acik nak pergi berkhemah.. risau dibuatnya bila fikir baru darjah 3 dah nak bermalam di luar...

Pagi2 esok... mak cepat siap.. cikgu kata kena sampai sekolah macam biasa.. ye la acik oiii

Tiba di sekolah dah ada beberapa org ibu yg berkumpul di kantin.. kawan-kawan acik gelakkan dia sebab beg dia besar.. ye la yg lain bawa 2 beg, acik kan satu ja... ayat memujuk...

Kini dah seharian acik tak ada kat rumah...alin dah sibuk teringat kat acik.. ibu alin rindu kat acik.. hmmm bila acik ada, bertekak bagai nak pecah rumah, bila tak ada baru la rasa keseorangan ya..Alhamdulillah abang dan angah balik bermalam. Kalau tak, alin mati kutu la...

Untuk Acik, moga pengalaman merentas sungai dan ekplorasi di ICR menjadi satu experience berharga untuk acik.. Miss U...

Tuesday, October 20, 2009

Soo Touching...

To A Special MOM
As the years go by

They change many things

But never the love

That a thought of you bring..

.....and never the pride

And the happiness too

That come from having

A great mom like you
.
.
.


Dari Acik....


Buku resepi "Aneka Selera"

sebab dia tau ....
maknyer kurang pandai masak....

.

.

.


Kad dari abang dan acik n alin
Wording kat atas copy dari kad ni..
Tq dear
.
.
.

Dari angah...

By her own creativity

Tq angah

...........

Dari Kak syidah n Manis
Pearl from Tawau
Makasih ya teman2....
.
.
.
And from En Abah
.
.
.
.
.

Dinner Kat DeliFrance
Import from Penang

Erkkkkk.....speechless

Sunday, October 18, 2009

Selamat Hari Lahir ke .......

Jika semalam birthday angah, hari ni pula umur aku meningkat lagi setahun... wua makin tua umurku...

Apa hadiah yg aku dapat?? nanti la upload later... dah ngantuk ni.. baru balik dari program pelajar U... tak dek mood nak menulis..

tapi.....

some people say life begin at 40.. so they said.. bagiku pertambahan usia aku harapkan akan meningkatkan juga amalan sebagai bekal ke akhirat..

So happy birtday to me...

Saturday, October 17, 2009

Titip Bicara utk Angah di Hari Lahir


Allah selamat kan Angah
Allah selamat kan Angah
Allah selamatkan puteriku
Allah selamat kan Angah

Hari ini genap umur angah 14 tahun. Selamat harijadi mak dan abah (wakil) ucapkan. Pejam celik pejam celik dah anak dara rupanya angah ya.... Macam baru ja mak bersalin angah kat spital Ipoh... Tut...tut dah meningkat remaja....Ni mak nak luahkan sedikit nasihat utk angah jadikan sebagai sempadan ya....

Angah dari kecil hingga usia menjejak 14 tahun ni seorang yang sempoi berpakaian.. risau mak tau.. bedak tak pernah pakai....(mak dulu dari kecil mak tok bagi pakai bedak Yardley lagi..) baju tak nak kaler pink... blouse tak main la... kalau beli t'shirt nak yg lengan ada 2 warna... tudung asyik nak pakai itam ja, beli selipar sok sregh ja...pening mak tau nak pilih pakaian angah. sekali sekala kena la bergaya sikit ngah... tengok kakak2 sepupu tu.. dgn handbag nya. uishh mantap..

Pertambahan usia ni mak harap akan mematangkan angah... jgn asyik berebut komputer ngan Alin ja.. beralah la sikit dgn adik2.. buat kerja jangan berkira... nanti pahala tak dapat, hanya dengar pula mak berleter, masuk bilik air jgn berejam.. tension kami kalau kena tunggu angah bila nak keluar ke mana2.... tapi kan....

Sejak angah menginjak remaja ni, mak bertuah sebab ada teman gossip.. walaupun gossip cara bebudak at least boleh la kita gossip kan.. angah pun dah rajin masuk dapur sikit walaupun masak utk diri sendiri.. kupas kentang pun dah boleh walaupun dari besar tinggal ciput ja kentangnya, basuh pinggan pun rajin (pinggan sendiri la), sidai baju pun dah boleh walaupun kalau bekedut maka bekedut ia.... tapi mak berterima kasih sebab angah banyak tolong mak...

So selamat menyambut hari lahir ke 14. jangan fikir asyik nak balik ja.. Fikirkan masa depan yang bakal angah corakkan di FISSOL.. Mak tau angah mampu menjadi yang terbaik cuma perlu usaha yang sedikit lebih daripada biasa.. Doa mak dan abah Angah membesar menjadi puteri yang solehah..

Semalam utk pengetahuan angah, Alin dah sibuk bertanya, ibu... bufday angah kita nak makan apa? kita makan Pizza Hut ya ibu... Haha mak tau angah mesti tak setuju punya... Acik jawab kalau angah mesti pilih Ayam Mas... Mak jawab balik sebab kali ni kita sambut birthday angah dan mak, kenalah double sikit.... Makan kat DeliFrance nak??? Biar abah pokai... tak salah kan sekali sekala...hehehe

Tuesday, October 13, 2009

Hidup perlu diteruskan


Hari ini merupakan hari terakhir PMR. Tika aku menulis n3 ni, abg sedang bergelut dgn paper terakhir Bahasa Arab. So far abang bagitau dia dapat jawap... Alhamdulillah...

Tapi semalam abg call aku dlm pukul 5 tapi ketika tu aku sedang bagi lecture so tak perasan akan call abang. Maghribnya dia telefon sekali lagi. Mendengar suara abang, aku dah tau ni mesti demam sebab Ahad lepas, abang dah menunjukkan tanda nak demam... abg bagitau dia muntah semalam sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Abang menyuarakan kegundahan hati sebab KH belum habis mentelaah lagi sedangkan kesihatan dia makin merosot.

Sebagai ibu, aku hanya dapat berdoa semoga abang sihat semula.. PMR merupakan satu garis awal dalam menentukan langkah abang seterusnya.. bagi aku, bukan sekadar kecemerlangan dalam exam yang aku ingini dari anak2 tetapi juga doa tak putus diminta agar anak2 turut cemerlang dalam iman dan akhlak mereka. Walau setinggi mana bukit didaki, sejauh mana kaki melangkah, tanpa taqwa manusia akan tenggelam dengan kealpaan duniawi.

Personally aku bukanlah tergolong dalam kalangan pelajar pintar ketika di sekolah dulu... Namun dalam menelusuri hari-hari di universiti, aku menanamkan tekad utk cuba mendapat ijazah kelas pertama. Alhamdulillah berkat doa dari mak dan abah serta bimbingan yang tak putus-putus daripada para pensyarah, cita-citaku dimakbulkan Allah.. Walaupun dah 16 tahun berlalu tapi di telinga ini masih terngiang ucapan kesyukuran yang dilafazkan oleh mak ketika aku menyampaikan khabar gembira tersebut..

Kini sebagai seorang ibu, aku bersyukur dengan kejayaan awal yang ditempa oleh anak-anak. Abang, Angah, Acik dan Alin masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. Doa mak membesarlah menjadi anak yang sentiasa taatkan ibu bapa dan juga sentiasa menjadikan agama sebagai pegangan hidup.....

Wednesday, October 7, 2009

Selamat berjuang Abang

Hari inin merupakan hari pertama peperiksaan PMR. Gundah gulana sejak beberapa hari lalu memikirkan Abang yang akan menduduki PMR tahun ini. Sebagai ibu bapa, aku dan En Abah telah berusaha memudahkan abang untuk membuat persediaan menghadapi peperiksaan. Setelah kita berusaha natijahnya kita serahkan kepada Allah. Doa dari kejauhan moga Abang akan mencapai kejayaan dalam PMR.... Begitu juga utk Nu'man yg turut sama menghadapi PMR pada hari ini... All the best...

Tuesday, September 29, 2009

Viva La Vida

Masih ingat n3 berkaitan bufday Alin?
Ni merupakan sambungan n3 tersebut.

Merajuk sebab abah tangguh beli beskal

Masih merajuk sehingga tak nak bergambar

Kan dah cakap, Alin minta apa semua dapat
Hampir Maghrib, kami keluar juga mencari INI

Wajah ceria

Senyum sentiasa terukir di wajah

Peace...

tenang hati Ibu dan Abah
Melihat anak girang dan gumbira

Saturday, September 26, 2009

Selamat Harijadi Alin

Hari ini 26 September genap usia Alin 5 tahun... Terasa baru ja aku melalui waktu berpantang melahirkan Alin... Trauma pun belum hilang... tup..tup dah 5 tahun keletah Alin mewarnai hidup kami sekeluarga. Alin paling kecil dalam keluargaku... Anak bongsu??? tak berani nak mengaku lagi... Mana tahu Allah nak kurniakan baby lagi... ahakss,....

Berbanding dengan kehamilan anak2 yg lain, waktu mengandung Alin merupakan saat paling membimbangkan... Mana taknya banyak peristiwa berlaku sepanjang aku mengandungkan Alin.. Sewaktu kandungan 5 bulan aku disahkan kena placenta previa. ketika mengandung 7 bulan terpaksa admitted kat HUKM selama 22 hari utk elakkan komplikasi turun darah. Alhamdulillah sewaktu kandungan hampir cukup bulan, doktor sahkan dah boleh bersalin normal. Tapi rupanya kena pula hypertension sewaktu nak melahirkan... kala usia Alin seminggu aku terpaksa di tahan di hospital Kajang kerana darah tinggi.. Pengalaman pertama naik ambulans... dan kena makan ubat darah tinggi selama sebulan setengah...



Kini usia alin dah menginjak 5 tahun. Anak paling comel dalam keluarga.. Petah bercakap dan agak manja dengan kami.. mungkin title sbg adik kecil menyebabkan Alin menjadi anak manja dalam keluarga. Nak makan apa, suruh Alin minta.. insya Allah akan dilayan..

Tapi kadang kala tension juga melayan kerenah Alin. Kalau pergi ke kedai, ada aja barang2 yg menarik perhatiannya... Kalau tak dibeli muka masam aja sampai la tiba ke rumah... Permainan selalunya menjadi pilihan utama...Alin oh Alin.

Ketika ini Alin dah mula belajar membaca. Walaupun merangkak, tapi begitu bersemangat membaca akhbar dan buku2 cerita. Kalau paper Inggeris, bagai nak pecah perut kami menahan ketawa. Mana taknya, semua nak dibaca ikut Melayu... tapi kami tetap encourage Alin...


Semalam kami sekeluarga meraikan ulangtahun kelahiran Alin kelima. Alin diberi peluang utk memilih apa yg ingin dirasa. Aku suggest makan kat McD, Alin kata boikot Ibu... Last2 alin pilih Pizza Hut.. Tak boikot ke Alin.. hehehe

Petang ni Insya Allah Ibu dan Abah akan bawa Alin memilih Viva La Vida Alin ya... mulanya Alin minta hadiah baby Alive.. ayoyo bangkrap Ibu. Mana ada duit nak beli pampers baby tu... kalau dia yakyak siapa la nak basuh???? pujukan demi pujukan, Alin bertukar minta basikal.. hehe save duit Ibu... Nanti Alin pilih sendiri ya... Alin minta kek coklat. Ibu nak buat tak nak.. Nak beli n ada gambar Barbie kat atas... so ada kaum keluarga nak sponsor????..hahaha. Mana la ada kedai kek buka masa ni Alin oiii...

So sempena ulangtahun kelima Ibu dan Abah doakan Alin membesar menjadi permata hati kami yang sentiasa menjadikan agama sebagai panduan dalam hidup. moga Alin sentiasa di bawah lembayung rahmat Allah. Ibu, abah, abng, Angah dan Acik love ALIN sooo much...