Friday, June 5, 2009

Dan penamatnya...

Penghujung hari bersantai,
kami ke sini....



untuk ambil quotation ini...


Aku nak merah tapi tak ada,

pilih blueberry tea, yg lain tak setuju...

ikut majoriti, kaler itam..

lepas ni kena rajin2 la membasuh...

tapi lambat lg dapatnya...

bulan Julai kot.....

Tak salah bermimpi kan...

Ada lagi....

Belum habis n3 bercuti kami... sehari yang panjang kan...

lepas main boling, En abah nak masuk ke pameran buku semula.. ada nak beli buku katanya... anak2 tak nak ikut... dah penat..

So aku bawa anak2 jejalan dlm The Mines... Hasil tangkapan kami...Abang dpt kasut sukan sepasang. aku pulak... lebur duit beli sandal Scholl.. Kebetulan sandal dah koyak.... so nak tambah koyak poket, beli la scholl... beli sendiri tau.. bukan dihadiahkan En Abah.. Kalau nak suruh En Abah bayar..satni dia berleter sebab ongkosnya mahal...hehehe

tapi ....

anak2 kata tak lawa....

Dan Sejarah Pun Bermula

Lepas solat zohor, kami meneruskan aktiviti bersama anak2.. Aktiviti bersantai ni, memulakan satu detik baru dlm aktiviti kami sekeluarga. Sila skrol ke bawah ye...
.
.
.
.

Haa... ini dia aktiviti kami sehingga jam 4.30...

Macam Pro ja En Abah..


Ni pemain amatur..first timer.. siap berjubah lagi...

Ni OTAI tapi kalah ngan first Timer

Angah memula tak nak.. lepas dulu mcm lupa diri ja

Ni juara leret bola..


Eh... Mana Alin????

.
.


Alin tukang jaga bola....
dan resultnya...


Aku dan En Abah seri.. abang ketiga, angah keempat dan Acik kelima....
Insya Allah janji En Abah nak bawa kami main kat Alamanda pulak sebelum anak2 balik asrama... jom layan... best gak main boling ye...

Membaca Jambatan Ilmu




Seperti yang kami janjikan, kami membawa anak2 ke Read Malaysia Exhibition di Mines Resort City. Hari tu tak berpeluang nak bawa anak2 ke pameran buku kat PWTC. Ingat kan banyak syarikat melibatkan diri...Tapi hampeh... tak banyak booth pun...

Hajat hati nak jumpa Kak Su, dan dgn gigihnya aku mencari booth Jemari Seni.. tapi malangnya Kak Su tak ada pulak.. lagi frust.. Acik ja beli karya Kak Su utk kanak-kanak...

Abg dah mula menunjukkan muka kebosanan.. Angah n acik maintain ja sebab buku PTSOne banyak.. Alin plak... asyik meragam nak belon free.. Abahnya... hilang membawa diri ke booth yg diminati... Aku pula sibuk melayan kerenah 4 anak...


Tetiba ... kedengaran ini
.
.
.



Alhamdulillah.. ada tayangan Upin dan Ipin


So abng dengan baik hatinya menawar diri utk menjaga Acik dan Alin melayan Upin dan Ipin.. barula aku berpeluang merayau mencari novel... Beli 2 karya John Grisham ja.. dah lama tak beli novel Inggeris ni.. so nak hilangkan karat bahasa ni..

Pkl 2 ptg masing2 dah lapar. En Abah belanja makan Pizza Hut.. Punya la lama tunggu.. their service were sooo bad... ada ka hantar bread stick lepas tu kat 10 minit kami dok melengung tunggu air ka atau sup tapi hampeh.. anak2 dah resah.. aku lagi la... Last2 pizza sampai dulu.. aku sound gak kat budak tu... kot la nak minta maaf tapi boleh dia tanya siapa yg ambil order.. hmmmm


Layan la muka-muka yang kebosanan menunggu


Berdua Lebih Baik

Semalam aku dan En. Abah sama-sama bercuti. Alhamdulillah dapat juga En Abah bercuti.. Walaupun hanya sehari, jadilah untuk menghiburkan hati anak2 yang asyik 'dikurung' dalam rumah aja.

So bermulalah hari percutian kami dengan janji nak pergi berjogging.. Kejut anak2 solat subuh dan bersiap nak pergi jogging.. tetiba..........

'Abah nak siapkan kerja ni.. tak jadila p joging.." wua bengang aku tahap gaban... Dlm hati merungut gak.. cuti pun dok ingat kerja...

Dlm pkl 8, En Abah kata jom p joging.. kerja dah siap. Hmm nak joging amende, matahri dah tegak atas kepala... tapi aku ikut juga la sebab anak2 dah beriya nak pergi.. Lagipun kalau tak ikut tak dpt pekena roti canai Hj Tapah kan.. Tapi angah kami tinggalkan.. lama sangat dlm bilik air....

Dapat la round track tu 4 kali.. tapi aku jalan aje sebab tak dak mood nak berlari.. Tapi bila dah pekena roti canai moodnya dtg balik pulak.. Agaknya mcm pil penenang kot.. hehe.. bukan apa terkilan sebab angah ditinggalkan..dah la susah nak makan satu keluarga.. Apa pun itu hanya sekadar permulaan utk hari yang panjang bagi kami sekeluarga.

Monday, June 1, 2009

Kenali pasangan anda




Last week semasa family day JNJK, aku tertarik dgn soalan2 yg dikemukakan utk 3 pasangan "org besar JNJK". Balik ke rumah, aku cuba ngetest En Abah nak tau sama ada En Abah dpt menjwb soalan2 berkaitan...

Apakah warna kegemaran isteri anda?
Merah - hehe tau je warna feveret I

Apakah saiz kasut isteri anda?
Saiz 6 - Bila pula kaki aku jadi kecik ni..

Bilakah anda berkahwin
17 April - ha kalau tak leh jwb soklan ni, perang dunia kot

Apakah makanan kesukaan isteri anda?
Nasi goreng ikan masin - Tak kan tak tau, asal aku order ja, ada org dok nasihat..darah tinggi

Apakah minuman kesukaan isteri anda?
Teh ais - tu kat kedai mamak ye bang, kalau kedai lain I order fresh orange tau.

so resultnya En Abah lulus kecuali saiz kasut je...

tu tandanya tak pernah hadiah kasut kat isteri kan kan..
.
.
.
.
.
.
.
Hadiah utk suamiku...
.
.
.
.
.
alin dah booked dulu

Selamat Kembali....

Sejak Jumaat lepas, rumah kembali meriah dengan suara anak2.. Angah dah balik ke rumah. Plus Kak lang yang datang menghabiskan cuti hujung minggu, rumah yang selama ini dipenuhi dengan suara acik dan alin bertekak, kini kembali meriah... Cuma abang ja yg kena stay kat FISSOL sebab ada seminar PMR.

Jumaat tu aku MC sebab sakit perut, so sebelah petang aku tido je la.. Alin hmm dah ada kak lang, merengek ja pekena Lang p taman... selagi lang tak bawa, tak aman kami kat rumah...

Sabtu pagi rombongan Cik Jah menziarahi Hj Tapah.. semacam ja org tengok... semua pakat pakai baju kurung.. sopan gitu...

Sampai ke rumah MIL, dia bagitau yg hari ni kenduri kat rumah Abg Nazari.. esok baru la rumah bibik. aiseymen.. silap pakai baju la.. ishh tak boleh jadi, kena tukar baju plak sebab nak gak pakai baju glamor... esok tak leh pakai baju glamour sebab nak duduk merata.. bukannya makan n balik ..

Petang ahad bertolak balik ke TBR... jam sikit ja sebab accident.. sampai rumah ingat nak tidor tapi tak nak lelap pulak mata ni... last2 join ngan anak2 main Saidina.. mengisi masa lapang..hehehe
So selamat kembali ke rumah anak2.... Moga cuti dimanfaatkan sebaik mungkin.