Thursday, December 24, 2009

Congrats To Abang...


Abang,

Tahniah mak ucapkan atas kejayaan abang. Mak bangga dengan pencapaian abang pada hari ini. Jadikan keputusan hari ini sebagai pembuka jalan untuk melangkah lebih jauh ke hadapan.

Masih banyak yang perlu abang lalui dalam hidup... Mak dan abah hanya boleh memberi bimbingan untuk abang.. Pisau dan timun semuanya di tangan abang... Namun dalam membuat sebarang pilihan, kembalilah berserah kepada Allah kerana dengan bimbingan dan inayah-Nya, Insya Allah pilihan kita tidak akan tersasar.

Abang,

Ingatlah sederap abang melangkah, abang membawa seribu impian. Bukan sekadar impian mak dan abah tetapi juga impian seluruh keluarga di Kedah dan di Melaka. Bahkan yang lebih penting,
abang melakar impian untuk diri sendiri.

Abang,

I'm so proud of U... love U with all my heart....

moga kejayaan terus abang capai sejajar dengan abang
"Seorang yang Berjaya"

Alfun mabruk dari Mak dan Abah

Rehlah Merehatkan Jiwa

Alhamdulillah ahad lalu aku dan En Abah berpeluang mengambil cuti untuk membawa anak2 pergi bercuti. Mullanya kami merancang utk ke Kuantan tapi dek cutinya hanya sehari, dan cuaca pun tak menentu, tukar plan ke ke Port Dickson sahaja.

Dah lama kami sekeluarga tidak ke mana2 dek kesibukan aku dan En Abah. Tapi memikirkan kasihan anak2 yang asyik 'terkurung' dalam rumah sepanjang cuti sekolah ni, kami merasakan perlu membayar 'hutang' kepada anak2.



Perjalanan dimulakan seawal jam 11. Plannya nak lunch kat beach sebelum check in jam 3. Tiba di PD anak2 dah excited especially Alin. Kebiruan lautan menggamit rasa keterujaan anak2. Kami memilih Pantai Teluk Kemang sebagai lokasi tetapi malangnya kesesakan berlaku sepanjang jalan. May be time tu ramai yg dah check out so kereta beratur sepanjang jalan hampir 5 kilometer.

En Abah pakai redah ja berhenti kat beach. Kami tersadai di Felda Residence utk menumpang pantai.. Anak2 walaupun dah dipesan jgn basahkan seluar kerana perjalanan masih berbaki.. hmmm mananya nak dengar... tak dapat menahan diri utk bermain dgn deburan ombak...

Jam 2.30 ptg kami bertolak ke hotel... Bila anak2 dah besar, terpaksa bertukar dari bilik deluxe ke family room.. Alhamdulillah selesa utk kami sekeluarga... Anak2 dah teruja utk turun ke swimming pool tapi....

Hampeh... kena pakai swimming suit.. apa la punya hotel... pakai seksi seksa boleh, nak tutup aurat tak dibenarkan pulak... so sepanjang dua hari kami di sini, anak2 hanya berenang di pantai ja... yang kesiannya Alin. Agak sukar nak memahamkan dia kenapa tak boleh terjun kolam...


Pada malamnya, kami dah tempah steam boat utk anak2 nikmati.... kelakar juga tgk anak2 makan steam boat.... semuanya nak dirasa... yg bestnya hanya kami ja yg makan kat restoran hotel tu... so enjoy la anak2...

Walaupun percutian ini hanya sekadar semalaman namun aku teruja dengan keseronokan anak2 (plus abahnya) mandi di pantai, bermain bola bersama, membina istana pasir, berjogging di awal pagi dan lain2 aktiviti...


Benarlah rehlah kami merehatkan jiwa dan mengeratkan kasih sayang antara kami sekeluarga...


So En Abah, when will be our next vacation????


Wednesday, December 16, 2009

No more...no more

Alhamdulillah setelah 3 tahun 6 bulan, aku berulang alik
dengan angah hampir setiap bulan menaiki tren komuter,
akhirnya....



dari Ini

Menjadi begini...

Bye bye Gigi Pagnet...

atas sebab yang tidak dapat dinyatakan di sini,

gambar samaran telah digunakan


p/s kredit imej Google

Waduh...

Setelah lama blog ni bersawang, so today nak masukkan ja imej2 ketika di Solo dan Jogja...
tak sempat nak tulis n3 panjang2... enjoyz.....


Di Puncak Candi Borobudur

tak dapat nak buka mata dek kepanasan batu dari gunung berapi


Bergaya dengan sunglasses Gucci. Harganya 20,000... hehe



di hadapan hotel di Jogja


Lawatan ke Universiti Gadjah Mada


Bersama dekan UGM


di Pondok Moden Gontor (sekolah lelaki)
Antara AJK Wacana -
di Institut Studi Islam darussalam Gontor Ponorogo


ISID


Meeting jgn tak meeting - Pening mengira wang berjuta-juta


Di Istana Keraton Jogjakarta

Beli Bu jgn pandang2 aja...


candi borobudur


Haa. tgk beg sewaktu nak balik....

Wednesday, November 25, 2009

Need I say More....

Balik Kampung

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh...( 3X )
Hati girang
Ho ho... Balik kampung (3X)
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti

Friday, November 20, 2009

Melangkah Menempa Kejayaan

Semalam keputusan UPSR diumumkan di seluruh negara. Alhamdulillah 2 anak saudara ku berjaya mendapat 5A dalam peperiksaan tersebut... Tahniah utk Bang Cik dan juga Farah... Moga sukses terus mengiringi perjalanan hidup kalian berdua..

Semalam juga mencatatkan detik yang bererti dalam hidup Acik.. Hari kecemerlangan SK Bangi dan SRA Pekan Bangi menyaksikan Acik membawa balik hadiah yang pelbagai... Di SK Bangi, Acik berjaya mendapat Hadiah kecemerlangan utk nmbr 2 dalam aliran, dan 2 hadiah subjek tertinggi (BM Penulisan dan Matematik). Selain itu, Acik juga membawa balik piala dan sijil untuk anugerah Tunas Harapan. Alhamdulillah untuk 3 tahun berturut-turut Acik mendapat anugerah Tunas Harapan... dan.....

Acik juga dianugerahkan Tokoh Nilam untuk Tahap Satu... Aku sebagai ibu tumpang seronok dan bersyukur dengan kejayaan awal yang ditempa oleh Acik... Bila lihat Acik menaiki pentas dengan memakai Blazer (yg labuh teramat sangat) untuk menerima anugerah tunas dan nilam, aku merasa sebak.... Emosi seorang ibu....

Sebelah petang pula, Acik sekali lagi membawa balik Piala untuk tempat pertama dan hadiah2 lain utk matapelajaran tertinggi... Alhamdulillah....

Namun di sebalik kegirangan Acik membuka hadiah2 tersebut, Alin yang tak mendapt apa2 hanya memandang dengan penuh harapan... Acik akhirnya bermurah hati (setelah puas dipujuk) memberikan Alin kotak pensil sebagai cenderahati dengan syarat yang berkoyan2....

Wednesday, November 18, 2009

Exam oh Exam Luahan hati Seorang Guru

Dah lama blog ni tak diupdate dgn n3 terkini.. Stress betul sejak sebulan yang lalu... Jika student demam nak hadapi exam, aku sebagai pensyarah pula stress nak marking exam...

Kalau soalan seperti ini senang la... .

Hantar ja kat Pusat komputer... cet cet 5 minit dah siap.


Tapi kalau exam bentuknya sebegini...


Berasap kepala nak membaca dan menilai jawapan pelajar...ada yang menjawab mengikut apa yang dia tau bukannya apa yang disoal, ada yang menjawab bagus aja flow n menepati skima yang ditetapkan, ada pelajar yang tulisannya sejuk mata memandang walaupun jawapan salah tetapi pula ada juga yang menulis macam cakar ayam ja tapi isi menepati skima..... adoi kalau dapat tulisan yang buruk, nak mencari isi penting pun rasa nak terkeluar isi perut dulu sebelum selesai marking.

Kadang kala aku terfikir, jika tulisan guru begitu teruk bagaimana nanti nak ngajar pelajar.. aku utarakan fikiran kepada rakan tetapi dia orang jawab.. apa susah pakai powerpoint ja.. memang la tak dinafikan zaman sekarang mudah nak buat ABM tapi bagiku tulisan guru juga memainkan peranan ketika P&P dilaksanakan.

Semester ni aku mengajar 5 kursus. So bayangkan kertas exam yang aku kena marking... Satu kursus tu jumlah pelajarnya melebihi 200 orang dan soalan semuanya esei... Hmm kalau aku jadi penyelaras, aku mesti buat soalan objektif.. memang la masa nak menyediakan soalan susah, tapi markingnya senang..

Ada pensyarah pula, Isnin periksa, hari rabu dah nak markah.. Ish macam kita ni tak dak kerja lain.. sabar la.. yang paper terdahulu pun tak habis marking..Ikut giliran la kan... Sebab selain paper exam, nak marking assignment lagi sebagai sebahagian daripada penilaian kursus...

Bila dah selesai marking pula, ada pelajar yang markah tak memberangsangkan.. kesian pulak tgk.. tapi adakalanya kita sebagai pensyarah tak dapat nak menolong banyak jika markah terlalu teruk... yang dapat menampung markah pelajar ialah melalui tugasan yang kami berikan dan juga attitude pelajar sewaktu dalam kelas..tapi sayangnya ada juga pelajar tak mengambil peluang tersebut...

Ada satu kursus yang aku jadi tutor, seorang pelajar tak datng kelas hampir 5 minggu.. kita ni punya la bimbang. telefon tak berangkat, sms tak berjawab.. akhirnya aku surrender.. kita dah berusaha tapi pelajar sendiri yang tak nak ditolong... masa exam aku kejar pelajar tersebut bila dia keluar dewan exam.. tapi alasan yang diberi tak munasabah langsung... Saya ada masalah... abis kenapa tak balas sms/call saya.. phone hilang... abis kenapa tak jumpa saya, semua masalah dapat dibawa berbincang...haa terdiam dia... tapi maklumat yang aku terima dari rakan2, budak ni tgh mabuk air sejuk.... sayangnya..... atas nama cinta pelajaran diabaikan...

Ketika menjaga peperiksaan, aku berbual dgn pegawai akademik.. dari perbualan terkeluarlah kisah cara2 yang digunakan oleh pelajar U utk meniru.. selalunya pelajar bawa nota atau ada yang kreatif menulis di lengan dan tangan ibarat tattoo. ada yang pakai headphone dan dok bertelefon dengan rakan lain bertanya jawapan. pelajar tahun satu pulak tu.. Baru 5 bulan menjejakkan kaki ke universiti... entah lah agaknya terlalu terdesak...

Di mana keberkatan ilmu pengetahuan jika kita tak usahakan sendiri... di mana nak letakkan muka akibat perbuatan kita sendiri dan yang paling aku terkilan ialah tidak kah pelajar memikirkan perasaan mak dan ayah yang sentiasa berdoa kejayaan mereka?

erhh jadila setakat ni saja luahan hati... kalau nak ikut panjang lagi nak menaip tapi....

kalau taip panjang-panjang, marking tak selesai pulak..

Sekian salapian....