Tuesday, January 26, 2010

Frasa-frasa Kehidupan


Sebagai seorang ibu kepada 4 org anak, pengalaman dalam membesarkan mereka memberikan suatu erti yang tersendiri.. namun tak dapat dinafikan bila anak2 makin membesar, setiap seorang mempunyai impak tersendiri dalam hidup seorang ibu..

Ini merupakan antara bait-bait atau tingkah laku Alin yang membuatkan aku sering senyum or kadang kala 'geram' dgn Alin.........

Situasi Pertama:
bila bangun tidur, kalau cium Alin... jgn sebut "busuknya anak ibu"... nanti ada yang merajuk dan terus tak nak mandi... busuk macam mana pun mesti puji.."wanginya Alin macam pakai one drop perfume"

Situasi Kedua:
"Alin cepat la sikit bersiap. ibu ada kuliah jam 8 ni... nanti jalan jamm, ibu lewat pulak sampai ofis"...

jawapan yang diberikan ...."apa Alin kisah"... hmmmmmm

Situasi ketiga:
"Alin dah siap home work yang teacher bagi?"...

ala ibu la yang buat.. Alin dah penat ni... kalau ibu tak buat, nanti Alin kena punish ngan teacher....

Alin siapkan trace.. nanti kita warnakan sama2.. okey

Alin dah siap trace??

Dah ibu tapi dah tak boleh pegang colour pencil..ibu je la yang habiskan....

Situasi Keempat:
Acik dah basuh kasut sekolah??

Jawap Alin: Nasib baik Alin masih kecil..mana la pandai basuh sendiri.. Ibu kan dah besar..kena la tolong basuh kasut anak...

Moral of the story..... bukan senang nak mendidik anak esp yang pandai cakap... hmmmm

Friday, January 15, 2010

My Firt Ever Gucci

N3 gila2 nak menjawab tag anak2 menakan...

1. Sejak bila anda mula berkaca mata ?
Sejak tingkatan berapa ntah ...Form 2 kot..lama dah pakai..tapi apa nak heran dalam family, semua pakai spek except KCM..tu pun tak nak mengaku kureng nampak...h
ehehe

2. Bagaimana anda tahu yang anda memerlukan kacamata ketika itu?
Cek ni hantu tv..(tapi tak pa..pandai gak..masa 1t degree boleh score pa)..bila dok ngadap tv, lama2 rasa makin dekat ngan screen..masa tu dah tau mata dah rabun... moral of the story..jgn dok belek tv sesangat..

3. Berapa ‘power’ pada permulaan anda berkaca mata (anggaran)?
Masa mula2 pakai mesti la sikit ja.. tak sampai 100 pun..tapi teruja nak pakai spek..agaknya masa tu prasan comel.. (la ni lg comel)

4. Jenis/bentuk kaca mata anda yang pertama?
Mestila yg bulat tapi idak la yg besar... pilihan warna of course la warna merah my feveret kaler.. ngancam tau I masa tu..bingkai tepi siap ada bebunga sikit2... idak la teman pakai yg plastik...takut nanti nampak mcm cikgu mat dlm cite kampung boy

5. Jenis/bentuk kaca mata anda yang terkini?
La ni pakai bentuk separa bulat..tak lagi sesuai pakai bulat sebab muka pun bulat.. sama2 bulat tak cun kan... tapi kan sebenarnya tak dak pilihan sebab beli frame yg clip on so redha je la... warna biru tapi la ni dah turun kaler..emm En Abah, bila nak melabur kat kedai spek ni..cek nak Gucci

6. Berapa power terkini anda (anggaran)?
Dah banyak.. dalam 400 lebih kot..terkini mataku dah ada dua rabun so spek pun dah kena pakai layer..nasib baik tak mcm zaman dolu2.. sebab power dah tambah, tukar la pakai plastik lenses pulak.. kalau tak roboh la hidung teman yg tak mancung ni..

7. Berapa banyak koleksi kaca mata yang anda ada dari dulu hingga kini (anggaran)?
Rasa2nya empat.. cek ni jenis sayang harta merendak..tukar spek ni pun sebab dok rasa pening bila ngadap komputer... tu yg tau mata dah bertambah teruk...

8. Jika anda ada sentiment tidak suka berkacamata, sila nyatakan sebab musababnya.
Hmm tak daknya sentiment tidak suka berkaca mata.. sebab kalau tak pakai spek habih la cek rempuh semua benda.. cek tak pakai spek masa mandi ngan tidog ja.. tapi musykil no
o..pasai apa masa mimpi nampak clear walau tak pakai spek????? kalau mimpi hantu nampak jelas pulak muka hantu tu... musykil..musykil

9. Yang mana anda lebih gemar. Kaca mata atau contact lens? Kenapa ?
Mesti la spek sebab dari awal lg cek dah bagitau cek nampak comel berkaca mata... lagi satu pakai lens ni leceh sikit....cuma adakalnya terfikir..lagi comel kan kalau kaler anak mata biru...ala2 minah saleh gitu..

10. Optometrist pilihan anda?
Mana2 ja ... tak ada la pilihan hati ..ala bukannya nak pilih suami...pilih bingkai ja.. macam anak2 menakan tu... depa dekat ngan Pak Cik Kamal depa.. tapi la ni Kak Cik Zami dah kerjaa kt Menara kan.. pas ni p cari dia la..diskaun lg hebat nyer...

11. Pasangan anda berkaca mata ?
Of course.. tapi bukan la pemakai tegar macam cek.. tapi yg lecehnya hampir tiap pagi ada ayat pertanyaan .. "Sapa nampak spek abah?".. pastu mula la melilau cari satu rumah...

12. Apa pandangan anda pada kanak2 yang memakai kaca mata?
Mesti la nampak comel . tgk gambar kat bawah ni..

comel tak?


Cek tak tag sapa2 sebab blog cek ni bukan ada peminat fanatik pun...anak2 menakan semua dah kena tag...so salapian...

Thursday, January 14, 2010

Tnet oh tnet

Dah dekat seminggu tnet kat bilik ni on off ja... geram juga la sebab sekarang ni tengah dok pulun mengisi penilaian tahunan. Dah penat isi panjang2 tetiba bila nak kemaskini, tnet offline..hua kena isi balik...

Kadang kala rasa tak nak isi ja... kalau isi berjela pun bukannya nak dpt apapun... tapi kekawan kata kalau tak isi, takut tahun depan kena buka bisnes jual kain... emmm boleh gak... kan rumah aku dekat ngan nilai 3.. tak pun jual tudung.. supplier kan ada kat Kelantan....

so amacam? setuju????

p/s.. yg peliknya kalau berblog orait ja line tnet... so faham2 je la

Monday, January 11, 2010

Cek dok Teringhat....

N3 lepaih tgk rona roni makaroni...perjuangkan bahasa daeghah kita..

Dah dua haghi En Abah outstation ke Peghak.. huhuhu haghi kamis baghu balik...Cek teringat kat anak2, cek ghasa mcm angau ja teringat kat depa ngan abah depa skali.. dah la anak2 baru ja balik asrama.. ni paknya pula tak dak kat ghumah... tinggai la kami tiga beranak ja.. nak balik ghumah ghasa sunyi ja...

Nasib baek ada acik ngan alin.. walau depa ni ghajin bertekak tapi sogha depa bertekak amat menenangkan hati... cek tak boleh nak imagine kalau acik p skolah asrama..mau keluag ayag mata daghah kot....

Ni cek nak buat slaid utk lecture esok... malam ni nampak gayanya cek tak tidog la.. masa dok bawak gheta balik kheja ptg tadi baghu cek teringat esok ada kuliah.. nasib baek pukoi 1.. dan lagi cek caghi bahan.. ni la bahana kalau tak ingat waktu kuliah..

ishh apa ubat nak bg jgn mudah lupa... oghang kata jgn makan kepala ikan..tapi cek kalau jumpa kepala ikan temenung goreng gharing, habih ceh ghatah...sedap apa... mak cek slalu goreng ikan gaghing2... ishh teringat kat mak ngan abah pulak dah...

Satu lagi cek teringat nak makan bubog sora mak... cek nak kacau sendiri tak dak oghang nak makan. Gu ngan tak tau nak buat sama... kat tnet mungkin ada resepi tapi cek tau mau...cek nak makan hat mak kacau jugak... sama la ngan kuih ketayap mak...dah banyak kali balik kg, tapi tak dan lagi nak makan...

mak... cek rindu masakan mak...

Monday, January 4, 2010

Kembali Sepi

Semalam abang dan angah telah kembali semula ke FISSOL. Sejak Sabtu agak kelam kabut menyiapkan segala macam persiapan utk dibawa kembali ke asrama... Walaupun telah diperingatkan sejak seminggu lalu untuk kembali mencari barang2 keperluan asrama, namun anak2 tetap anak2... semua nak dibuat last minute.. akibatnya kelam kabut la pagi Ahad tu..

Jam 11, kami hantar Abang dan Angah ke asrama walaupun daftarnya jam 2.30 ptg... Abang ajak balik awal sebab nak 'book' katil.. mulanya angah keberatan tapi terpaksa juga ikut sebab angah pun nak book katil bawah... selepas mengangkat barang2 anak2 kami kembali ke Bangi sebab jiran sebelah adakan majlis kenduri kahwin anaknya... Rasa bersalah kerana kami berdua tak dpt nak menolong menjadi penyambut tetamu. maklumla rumah kami kan 'melekat' dgn rumah Prof Razak. Tapi nak buat camno...

Selesai menjamu selera, balik ke rumah solat zohor dan bergegas semula ke FISSOL utk pendaftaran anak2 dan menjelaskan yuran mereka... Semua urusan dapt diselesaikan dalam tempoh setengah jam tapi macam biasa angah tak benarkan kami balik sehingga selepas asar... Acik dah tarik muka sebab dah penat menunggu tapi minta Acik sabar... Bagi peluang utk angah tune kembali menghadapi kehidupan di asrama.. hampir jam 6 ptg kami kembali ke rumah dengan seribu satu perasaan...

Dan malamnya rumah kami kembali sepi.... cuma kedengaran celoteh acik yg excited utk kembali ke sekolah... Kehidupan perlu diteruskan..........................................

Thursday, December 31, 2009

Budi Bahasa Amalan Mulia

Cuti sekolah telah hampir tiba ke penghujungnya. Seperti mana ibu2 yang lain, aku juga sibuk membeli baju sekolah dan lain2 keperluan anak-anak. Dah beberapa kali membawa anak2 membeli belah namun masih ada barangan yang tertinggal. Maklumla semua nak diingat.. check list pun dah dibuat..namun bila balik ke rumah, rupa2nya masih ada yang tak lengkap.. like I always said to En Abah "I'm not a superwoman". Semunya perlu diuruskan...

Namun n3 kali ni lebih kepada luahan perasaan kerana dah 2 kali aku mengalami 'kehangatan hati' akibat layanan daripada jurujual. Hmmmm

Kes pertama, Sabtu lalu di kedai Bata Seremban... En abah janji nak bawa anak2 main bowling.. so kami setuju ke Seremban sbb ada barang2 yang nak di beli di Parkson. First kami menuju ke kedai Bata utk memilih kasut sekolah dan kasut sukan angah.. Namun layanan salesgirl dia amat menyakitkan hati.. angah berkenan dengan sepasang kasut namun salegirl tu dgn selambanya 'Ni bukan kasut sukan, ni comfort shoes' sambil dok menunjuk 3 pasang kasut yg lain.. tak pa la. aku pegang satu sport shoes, baru nak membelek kesesuaian, dia boleh kata "tu harganya RM70". Mendidih aku dengar. Awat ingat aku tak mampu ke????? Dah la tadi layan semacam ja. Aku reply balik..harga tak jadi masalah dik oiii... terus aku keluar n masuk Parkson.

Kat Parkson angah tak berkenan pulak kasut2 kat situ, hmm terpaksa rujuk balik ke Bata tapi aku dah sound En Abah, kalau salesgirl tadi aku tak mau masuk campur dah... Rupa2nya kaum kerabat kat situ memang mcm tu.. bila jurujual yg lain datang... aku tanya ada tak kasut leather (kasut sekolah angah).. Dia boleh jawab ni leather la... Awat ingat aku tak kenal ka leather atau tak? Pastu tu aku cakap la genuine leather? Dia balas balik, kalau nak genuine p la kat KLCC. Kat sana harga beratus. HMMMM kurang asem.... aku ngan En Abah hanya berpandangan saja... Hati dok sabar ja maklumla dah malas nak ke kedai lain... Last2 beli gak la kasut sekolah ngan kasut RM70 tu...

Kes kedua di kedai buku Acik. Sebab koperasi sekolah buka awal, balik tghari aku pergi beli buku2 latihan lebih awal.. Then minta la resit pembelian... Dia jawab kami tak sediakan resit sebab boss tak bagi.. aku kata la saya nak resit, boleh la potong cukai...boleh tak nanti2 saya ambil. Dia dgn keras jawab, mana ada org minta resit... ish mak cik ni tak faham ka.... Malas nak bertekak, aku jawab, minta dgn bos atau saya akan contact sendiri... 31hb saya datang semula ambil resit...

Hari ni aku p sekolah nak bayar yuran sekolah... pastu p koperasi tadi.. hmmm adapun... tak yah nak bertekak mcm hari tu...

Moral of the story, mmg customer is always right... tapi aku bukan la minta layanan istimewa.. sebab kita tak pakai baju branded, beg mahal atau spek gucci, ingat kita perlu dilayan kelas dua dgn kata2 yg memedihkan hati... customer juga ada hati ngan perasaan dan ingat kalau tak ada customer, perniagaan awak akan lingkup........

Thursday, December 24, 2009

Congrats To Abang...


Abang,

Tahniah mak ucapkan atas kejayaan abang. Mak bangga dengan pencapaian abang pada hari ini. Jadikan keputusan hari ini sebagai pembuka jalan untuk melangkah lebih jauh ke hadapan.

Masih banyak yang perlu abang lalui dalam hidup... Mak dan abah hanya boleh memberi bimbingan untuk abang.. Pisau dan timun semuanya di tangan abang... Namun dalam membuat sebarang pilihan, kembalilah berserah kepada Allah kerana dengan bimbingan dan inayah-Nya, Insya Allah pilihan kita tidak akan tersasar.

Abang,

Ingatlah sederap abang melangkah, abang membawa seribu impian. Bukan sekadar impian mak dan abah tetapi juga impian seluruh keluarga di Kedah dan di Melaka. Bahkan yang lebih penting,
abang melakar impian untuk diri sendiri.

Abang,

I'm so proud of U... love U with all my heart....

moga kejayaan terus abang capai sejajar dengan abang
"Seorang yang Berjaya"

Alfun mabruk dari Mak dan Abah