Hari ini merupakan hari terakhir PMR. Tika aku menulis n3 ni, abg sedang bergelut dgn paper terakhir Bahasa Arab. So far abang bagitau dia dapat jawap... Alhamdulillah...
Tapi semalam abg call aku dlm pukul 5 tapi ketika tu aku sedang bagi lecture so tak perasan akan call abang. Maghribnya dia telefon sekali lagi. Mendengar suara abang, aku dah tau ni mesti demam sebab Ahad lepas, abang dah menunjukkan tanda nak demam... abg bagitau dia muntah semalam sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Abang menyuarakan kegundahan hati sebab KH belum habis mentelaah lagi sedangkan kesihatan dia makin merosot.
Sebagai ibu, aku hanya dapat berdoa semoga abang sihat semula.. PMR merupakan satu garis awal dalam menentukan langkah abang seterusnya.. bagi aku, bukan sekadar kecemerlangan dalam exam yang aku ingini dari anak2 tetapi juga doa tak putus diminta agar anak2 turut cemerlang dalam iman dan akhlak mereka. Walau setinggi mana bukit didaki, sejauh mana kaki melangkah, tanpa taqwa manusia akan tenggelam dengan kealpaan duniawi.
Personally aku bukanlah tergolong dalam kalangan pelajar pintar ketika di sekolah dulu... Namun dalam menelusuri hari-hari di universiti, aku menanamkan tekad utk cuba mendapat ijazah kelas pertama. Alhamdulillah berkat doa dari mak dan abah serta bimbingan yang tak putus-putus daripada para pensyarah, cita-citaku dimakbulkan Allah.. Walaupun dah 16 tahun berlalu tapi di telinga ini masih terngiang ucapan kesyukuran yang dilafazkan oleh mak ketika aku menyampaikan khabar gembira tersebut..
Kini sebagai seorang ibu, aku bersyukur dengan kejayaan awal yang ditempa oleh anak-anak. Abang, Angah, Acik dan Alin masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. Doa mak membesarlah menjadi anak yang sentiasa taatkan ibu bapa dan juga sentiasa menjadikan agama sebagai pegangan hidup.....

No comments:
Post a Comment