Sempena cuti yg agak panjang awal bulan Mei, En abah ambil keputusan nak balik Melaka menziarahi mak dan abah. Aku tak kisah, ikut ja tapi yg peningnya plan asyik bertukar jaa.. Kejap khamis malm, tukar jd jumaat pagi..pastu tukar khamis mlm, tukar lagi sabtu pagi... last2 kami balik lepas jumaat... ponin den...
hiway ok ja sepanjang perjalanan... tapi bila dekat tol ayer keroh... alamak jammmmmmmmm... ada smart tag pun tak banyak membantu.. manusia potong line mcm jln depa ja.. mostly sinniyyun...
Kami decide balik rumah mak dulu, solat asar n bawa abang ja ke bandar melaka. abg kena siapkan projek sejarah dia.. so kena la pi bandar melaka sebab nak mengumpul maklumat mengenai bengunan Stadthuys...
Nak masuk bandar melaka, jam lagi.. maklum la org ramai mengambil peluang bercuti ni melawat Melaka bandar bersejarah... akhirnya aku ngan abang turun kat jonkers street n berjalan kaki ke sana... En Abah p la pusing cari parking...
Abang bergaya di Jonkers Street
Ni kali ke 3 aku menjejakkan kaki ke tempat2 bersejarah di Melaka. last year ada bawa anak2 n andak sekeluarga jalan2 bandar melaka. Tapi kami tak ke Stadhtuys.. so nak tak nak kena la juga ke sana.... ambil gambar sebagai bukti yg maklumat yg dikumpul tu authentic... hehehe...

No comments:
Post a Comment