Sunday, June 14, 2009

Bila Tiba Masanya II

Kesibukan menjalani kehidupan seharian, menyebabkan aku tak terasa cuti sekolah telah tiba ke penghujungnya..


Hari ini anak2 kembali ke FISSOL.. sejak pagi aku dah berbuih mulut menasihatkan anak2 menyiapkan bagasi masing2.. Abang selepas zohor dah siap semuanya.. beg pun dah dimasukkan dalam kereta.. Angah pula.. dah nak keluar baru tercari2 barang2 yang nak dibawa balik.. Hmm anak2...


Petang ni aku tak mengikut hantar anak2 ke FISSOL.. bukan tak sudi cuma dari pagi tadi hati dah terasa sayu.. sedih nak berpisah ngan anak2... terasa sekejap ja dpt luangkan masa dgn anak2.. sejak tiga tahun lepas, setiap kali cuti, aku dpt meluangkan masa bersama mereka.. tapi cuti kali ni menyaksikan anak2 'terkunci' di rumah sementara aku di ofis...


Untuk Abang dan angah.. all the best.. mak doakan kalian berdua terus tabah menjalani kehidupan di asrama.. moga hari yang mendatang, memberi kalian ketenangan dan moga kalian sentiasa mencari keredhaan dan keberkatan dari-Nya.. dan moga Allah sentiasa memberi kekuatan untuk diri ini....


Aminnnnnnn

No comments: