Wednesday, September 9, 2009

Alin The Survivor

Tengahari Selasa aku terima sms dari Teacher Aida. Katanya Alin tak nak lunch. Alin kata dia nak puasa hari ni. aku reply... ikut Alin la. kalau dia tak tahan nanti dia minta la makan... a few days ago alin juga puasa. Tapi sampai ja kat rumah, terus melalak nak berbuka. sakit perut la... lapar la... tak tahan la... Kerenah org berpuasa....

Tapi kelmarin n semalam I was sooo proud of her. Alhamdulillah Alin dapat berpuasa dah dua hari (jgn lupa sahur jam 7 pagi. hehe). hari pertama ok ja. Sementara menunggu Acik kat kumon, aku bawa Alin ke bazar ramadhan. Semua nak dibeli... tgk kuih ni berkenan, pusing kiri dah nak kuih lain plak....

Semalam, Alin puasa lagi. tapi semalam penuh dgn dugaan kerana jam 5.30 dah sampai rumah berbanding hari Selasa. Tiba ja kat rumah, mulalah radio merengek... puas aku memujuk. Ye la sayang jugak tinggal 2 jam ja lagi.. utk melupakan sebentar kelaparan Alin, aku ajak dia main kad donkey, snap dan old maid... ok jap la... habis main mula la balik radio malaya berbunyi...

Pujuk punya pujuk, alhamdulillah dpt lagi sehari. tapi en Abah kata tak kesian ka kat anak. Baru 5 tahun. Aku jawab kakak2 Alin 5 years semua dah mula puasa... kesian? memang la kesian esp bila dengar aling meraung.. yes meraung bukan merengek.. lapar.. Tapi niat di hati nak ajar dia agar berpuasa...

Time berbuka bukan main lagi Alin makan. Tak pernah tengok dia makan dengan lahapnya. Kesian anak ibu.. lapar sangat la tu... semalam sebagai upah puasa, aku belikan Alin aiskrim... Bila selesai berbuka pula.. "Ibu nak seringgit. alin kan puasa sehari..."

Alin oh Alin....

No comments: