Wednesday, August 18, 2010

Al-Fatihah Untuk Sahabatku

Semalam dalam pkl 3 ptg, tetiba henfon berbunyi.. check dulu siapa yg call sebelum menjawab..

Tertera nama seorg sahabat di Ipoh..Ya Allah hati rasa bergetar.. adakah aku akan terima satu perkhabaran sedih..

Tepat jangkaanku.

Pada jam 2.20 petang semalam, aku telah kehilangan seorg sahabat yg banyak membantu ketika aku masih di Ipoh dulu. Kak Seti kukenali bila aku ditugaskan mengajar di SM Convent pada tahun 1994. Sebagai guru novis ketika itu, beliau sering menjadi tempat rujukan aku bertanya. Tiada ilmu yang tidak dicurahkan. Tiada nasihat yang tidak diberikan. Jika aku minta tolong especially jika kami kena latihan sukan pada waktu petang, beliau sedia membantu. Tutur bicaranya lembut..persis seorg ibu kepada anaknya...

Namun bulan lepas melalui fb, aku mendpt berita yg Kak Seti sedang sakit berjuang melawan breast cancer. Alhamdulillah aku diberi peluang untuk melawat Kak Seti ketika beliau dimasukkan ke HKL untuk rawatan radioterapi. Ketika aku menjenguk ke bilik di mana Kak Seti sedang dirawat, beliau terus mengenaliku ... eh Khadijah kan... Alhamdulillah Allah beri peluang kita jumpa balik..Itu kata2 Kak Seti yg pertama..

Hampir sejam aku bersama Kak Seti..kadang ketawa mengingatkan kembali nostalgia kami di Convent.. Ria nya masih seperti dulu. Lafaz Zikrullah sentiasa di bibir..Walau kesakitan, Kak Seti masih sempat melawak..Katanya akak sekarang minum pakai botol air cucu...tekak sakit kalau nak telan air.. ketika itu ku rasakan air mata bergenang di pipi..tabahnya beliau bercerita seolah2 tiada kesakitan yg beliau alami..

Mingg lepas, aku mendapat berita yg Kak Seti kritikal kerana sel barah sudah menyerang otak dan tulang belakangnya... dan tengahari 7 Ramadhan semalam, aku kehilangan seorang sahabat sejati..

Dari Allah kita datang dan kepadaNya kita kembali..Moga roh Kak Seti ditempatkan bersama para solihin..

AlFatihah untuk Kak Seti Rafeah Hj Ramli..

2 comments:

Liza said...

Al-Fatihah...

Salam takziah dari kami sekeluarga

Ibu Alin said...

tq Liza