Tuesday, October 5, 2010

Selamat berjuang Puteriku


Ketika n3 ini dicatat, angah, dan 4 org kezennya - Harith, Farid, Sofwan dan Afifah - sedang bergelut menjawab BM kertas 2 PMR. Begitu juga dgn abang yg turut menduduki peperiksaan akhir tahun..


Debaran sebagai ibu yg anaknya sedang menduduki exam tak mampu aku tangkis.. Walaupun angah di Labu namun kami suami isteri tak berhenti memohon kepada Allah agar angah berjaya melalui satu fasa dalam hidupnya.. sejak dua minggu lepas, kami berulang ke Labu setiap sabtu dan Ahad untuk memberi sokongan moral kepada angah dan abang..


Kerisauan jelas terpapar di wajah dan juga percakapan angah. Apa yg mampu kami lakukan ialah meminta angah supaya sentiasa berserah kepada Allah.. dalam apa keadaan pun, kita hanya mampu menyerahkan kepada-Nya setelah kita berusaha..


Dulu sewaktu UPSR, aku dan suami mengambil cuti sepanjang exam..hanya untuk memberi sokongan kepada anak2.. namun bila anak2 jauh di asrama, hanya doa yg tak putus kami tadahkan agar anak2 berjaya mencapai impian masing2..kita sebagai ibu bapa sedaya upaya memenuhi tuntutan dan tanggungjawab yang diamanahkan Allah.


Untuk angah.. selamat berjuang... masih jauh lagi perjalanan hidup yg perlu angah lalui.. pesan mak dan abah, walau di mana dan apa jua cabaran yg angah hadapi, sentiasa memohon pertolongan dan inayah Allah dalam membuat sebarang keputusan.. Insya allah Dia senantiasa bersama hamba yang mengingati-Nya..


ALL the best my dear...

Tuesday, September 28, 2010

Baby Ellis



Birthday girl with her 'sister'...

Alhamdulillah tercapai juga hajat Alin nak barbie mariposa..
wing tu dihadiahkan oleh temannya.. just pin aja..

by the way.. Ellis tu nama yang alin beri untuk 'adik' baru dia..

kalau ikutkan tak adapun barbie ellis..

hmmm kecik2 dah pandai bagi nama...

Tak yah nak rujuk buku pun..

tak yah nak p daftar n buat my kid...


Yg penting

ALIN GEMBIRA

Alhamdulillah

Monday, September 27, 2010

All the Wishes on Her 6th Birthday


From me:
Untuk Puteriku ..selamat menyambut ulang tahun kelahiran ke 6.. moga Alin membesar menjadi puteri yg solehah


Mak Chak
%-) :-) happy birthday :-D.. have a good day

Kakak Qay:
alin happy bdayyyy..ingt lg ms alin lahir teh kat spital kuar masuk, pastu acik sbuk merajuk n siap nak lari rumah lg sb mak ada adik bru.....pastu abang n angah asyik gaduh ja siap kasi mak pnya Bp naik lg..hahaha..

Mak Ngah
happy birthday gak utk Alin bucuk!!! nanti hadiah barbie 2 tuntut kat mak ek.hehe..makngah dh buat party mlm td.kalo tau awal blh pasang lilin letak atas bihun tu..haha

Mak Lang
hepi besday Alin....sekejap aje anak menakan paling manja ngan mak lang ni membesar.. Moga terus membesar menjadi anak solehah dan Qurratu 'aayun buat ibu dan abah...

Ngah Ti
Alin...tak dapat mariposa tak apa, asalkan alin mauposa

Ngah M
Selamat Hari Jadi yg ke 6 Alin, muga jadi insan yang bertaqwa, taat ibu abah ye. Dah masuk 6 tahun dah tak merap2 lagi kan.....kan......kan.



Tahun ni Alin minta Barbie Mariposa..asyik dok sebut ja tapi semalam p cari tak ada. Minta op dulu beli hadiah tapi birthday girl dah tak sabar..so beli gak barbie..


Namanya barbie Ellis..kelas gitu...

Thursday, August 26, 2010

Countdown

Sejak Alin mula berpuasa penuh beberapa hari yang lalu, maka bermulalah countdown utk hari raya...ayatnya sama ja setiap hari..

ibu..lagi 15 hari nak raya kan..

ibu lagi 14 hari nak raya kan..

itulah ayat yang dituturkan setiap hari..tak sabar nak menyambut aidilfitri... nak melaram dgn kasut dan baju baru..

Okey.. countdown raya masih boleh bersabar tapi countdown mengira jam nak berbuka kadangkala tension gak nak menjawabnya.. sebaik sahaja sampai di rumah..

ibu lagi berapa jam nak berbuka..

selang 10 minit..

ulang lagi dan ulang dan ulang hinggalah waktu berbuka..

Tapi paling tak sabar bila Alin dgn manjanya memeluk abah dan merengeeeeekkk nak berbuka.. maka bermulalah drama air mata... mcm cerita hindustan.. hari ni khamis, aku ada kuliah till 9 pm.. Agak2nya kuat tak semangat abah nak memujuk Alin..minggu lepas terbabas gak sebab abah kan tak sampai hati esp kalau anak menangis... sayang sbb waktu berbuka tu dah pkl 6.45 ptg.. kalau aku, mesti pujuk2, peluk dan mcm2 lagi utk melupakan permintaan Alin..
Namun walaupun pelbagai kerenah yang ditunjukkan, namun aku bersyukur sebab so far duit yang Alin dpt as a reward, dia akan masukkan dalam tabung infaq sekolah.. katanya Alin nak sedekah banyak2, sebab kalau Alin dpt kumpul duit banyak, nanti dpt ikut teacher pergi rumah org susah.. Alhamdulillah..Tak sia2 aku mendidik Alin menghulurkan derma setiap kali kami ke pasar malam.. at least alin sedar bahawa masih ramai lagi kanak2 yang tidak mampu menikmati juadah dan baju raya seperti Alin..moga sifat pemurah alin berkekalan..
So jom countdown.. lagi 13 hari nak balik kedah..yahooooo

Thursday, August 19, 2010

Tijah Tertipu.

Sejak Ramadhan bermula, waktu balik merupakan saat kebizian yg melampau... Biasanya aku keluar kerja dlm jam 5.30.. Amat sesuai dgn waktu utk ambil Alin dan Acik tp sejak bulan puasa ni..hazab kalau keluar kerja waktu tu..

So jika rakan2 tanya nak balik pkl berapa? aku jawap antara 4.59-501 ptg..hehehe... waktu ni kalau keluar tak la beratur panjang .. org baru nak start kereta, aku dah keluar dr gate...

Tapi petang semalam tijah tertipu dgn jam kat sistem warga..dok tgk belum pkl 5..ishh tak leh balik nanti tak cukup jam bekerja (sedangkan khamis masuk jam 8 balik jam 9 malam).. bila jam digitol tu menunjukkan jam 5.00 aku pun log out..rupa-rupanya jam sistem yg betul dah pkl 5.06..mak ai ni mesti jam..

Dan seperti yg dijangka..aku terperangkap dalam barisan yg panjang utk keluar UKM..aduh... Jenuhla menunggu giliran utk lepas gate keluar..kat pkl 5.30 gak... Nasib baik gak la rumah dekat..pum pang dah dekat pkl 6 baru sampai rumah...

So utk pak cik2 UKM yg drive solo tu, sila beri laluan utk ibu2 yg nak menyediakan juadah untuk berbuka ya.. balik lambat sikit pun tak pa..banyak pahala di bulan Ramadhan ni kalau kita berbuat baik..

So hari ni balik lambat la pula sbb kuliah till 9. Sian la hubby ngan anak2 makan juadah tunjuk ja..selamat berbuka tanpaku di sisi..For me..nasi kerabu (iftar ramai2 ngan student)..I like..harap2 dpt memenuhi my taste..

Wednesday, August 18, 2010

Al-Fatihah Untuk Sahabatku

Semalam dalam pkl 3 ptg, tetiba henfon berbunyi.. check dulu siapa yg call sebelum menjawab..

Tertera nama seorg sahabat di Ipoh..Ya Allah hati rasa bergetar.. adakah aku akan terima satu perkhabaran sedih..

Tepat jangkaanku.

Pada jam 2.20 petang semalam, aku telah kehilangan seorg sahabat yg banyak membantu ketika aku masih di Ipoh dulu. Kak Seti kukenali bila aku ditugaskan mengajar di SM Convent pada tahun 1994. Sebagai guru novis ketika itu, beliau sering menjadi tempat rujukan aku bertanya. Tiada ilmu yang tidak dicurahkan. Tiada nasihat yang tidak diberikan. Jika aku minta tolong especially jika kami kena latihan sukan pada waktu petang, beliau sedia membantu. Tutur bicaranya lembut..persis seorg ibu kepada anaknya...

Namun bulan lepas melalui fb, aku mendpt berita yg Kak Seti sedang sakit berjuang melawan breast cancer. Alhamdulillah aku diberi peluang untuk melawat Kak Seti ketika beliau dimasukkan ke HKL untuk rawatan radioterapi. Ketika aku menjenguk ke bilik di mana Kak Seti sedang dirawat, beliau terus mengenaliku ... eh Khadijah kan... Alhamdulillah Allah beri peluang kita jumpa balik..Itu kata2 Kak Seti yg pertama..

Hampir sejam aku bersama Kak Seti..kadang ketawa mengingatkan kembali nostalgia kami di Convent.. Ria nya masih seperti dulu. Lafaz Zikrullah sentiasa di bibir..Walau kesakitan, Kak Seti masih sempat melawak..Katanya akak sekarang minum pakai botol air cucu...tekak sakit kalau nak telan air.. ketika itu ku rasakan air mata bergenang di pipi..tabahnya beliau bercerita seolah2 tiada kesakitan yg beliau alami..

Mingg lepas, aku mendapat berita yg Kak Seti kritikal kerana sel barah sudah menyerang otak dan tulang belakangnya... dan tengahari 7 Ramadhan semalam, aku kehilangan seorang sahabat sejati..

Dari Allah kita datang dan kepadaNya kita kembali..Moga roh Kak Seti ditempatkan bersama para solihin..

AlFatihah untuk Kak Seti Rafeah Hj Ramli..

Monday, August 2, 2010

Wajah Baru

Ishh lama benar tak menulis sesuatu dalam blog ni..buat permulaan tatapilah wajah baru ini setelah disuntik dgn botoks...

Mood menulis belum sampai..ptg ni till wednesday berhempas pulas utk SKEPEN2010