
Hari ini genap 16 tahun aku bergelar isteri kepada En. Abah.. Begitu pantas masa berlalu... Sepanjang 16 tahun ni banyak memori indah dan ada kalanya pahit telah kami cipta bersama... Biasa la asam garam suami isteri.. ada waktu manja, ada waktu sayang, ada waktu gaduh2 sayang...
Pada awal perkahwinan, agak sukar nak menyesuaikan diri dgn mengubah pandangan dan kehidupan yg biasa aku jalani... bukanlah sesuatu yg mudah nak hidup bersama seseorang yg tak pernah kita kenali selama ini.. hatta nak kenal muka pun kena refer kat majalah asrama... bertemu jodoh dgn 'org jauh' menjadikan aku perlu mempelajari dan mengenali seorang insan bergelar suami... kutub utara bertemu kutub selatan...
Awal perkahwinan, aku rasakan kami ni betul2 two different person... citarasa jauh berbeza sama ada dari sudut makan, pakai, hobi dll... so di mana titik pertemuan menyatukan kami berdua.... mungkin bila kita berkahwin dgn org yg tak sekepala, banyak yg perlu dipelajari... sama-sama berusaha bagaimana nak menjaga hati kedua2 beah pihak, sama-sama berusaha mencapai kerukunan dan kebahagiaan dlm rumah tangga..
Kini dalam tempoh 16 tahun, kami dikurniakan empat cahayamata sebagai penyeri rumahtangga.... pelbagai peristiwa telah kami lalui bersama... susah senang kami redah bersama...usia perkahwinan mematangkan kami... usia perkahwinan menyimpan seribu rasa kasih dan sayang aku kepada En. Abah.. dan aku memohon kepada Allah agar bahtera yg kami bina, sentiasa dirahmati Allah... Dan utk mengimbau kembali detik kami bergelar suami isteri, En. Abah dan aku masing-masing memakai baju merah utk ke ofis... tapi idak la merah bebenor.... hehe jiwang karat...


dan ini hadiah sempena anniversary yg aku claim dr En. Abah

A great marriage is not when the perfect couple comes together. It is when the imperfect couple learns
to enjoy their differences