Friday, April 17, 2009

Bonda, Selamat Hari Lahir...


Tarikh 17 April merupakan tarikh yg amat signifikan dlm hidup ku. Dua peristiwa bersejarah berlaku pada tarikh ini iaitu tarikh kelahiran bonda tercinta dan tarikh aku diijabkabulkan dgn En. Abah .

Hari ini genap usia mak 71 tahun.... mudah mengingati usia mak kerana aku hanya perlu menambah 30 pada usiaku sendiri. Sepertimana abah, mak banyak berkorban utk kami adik beradik... sejak muda membanting tulang empat kerat demi memastikan anak-anak cukup makan pakai dan juga mendapat pendidikan.

Mak yang kecil molek dikenali dgn panggilan Cik Bedah, Mak Chu, Mak su, Tok Su dan Nek Chu sama ada di sebelah abah ataupun sanak saudara di Titi Gajah. Cucu pula yg seramai 31 org memanggil mak dgn panggilan Mak Tok... kini dgn cicit seramai 2 org, mak dpt pula pangkat Nyang...

Mak kalau masak cukup asam garamnya... karipap mak, sedapppppppppp.. mee sup mak sapa pun tak boleh tenng.... gulai mak, uishhh bestnya... mee kuah, best.... lepat liat, emmmmm enaknya. Pendek kata apa yg mak masak mesti habis punya... sebab tu kalau balik ramai2 kat rumah, walaupun yg masak bukan mak tapi bab rasa mesti tanya mak.. sampai mak selalu kata "awat hampa tak gheti nak rasa ka..sikit2 mak"... Aku kalau bulan puasa mesti dok teringat kuih ketayap mak... bukan tak leh buat sendiri tapi tak sesedap yg mak masak... istimewa air tangan seorang ibu.

So, hari ini, aku nak ucapkan selamat menyambut hari lahir ke 71 mak.. terima kasih yg tak terhingga atas semua kasih sayang, bimbingan, pedoman dll yg mak curahkan selama ini.. mana mungkin bisa dibalas dgn wang mahupun harta.. kasih seorang ibu memang tiada tandingannya... dan doa yg tak putuskan aku mohon kepada Allah agar Mak sentiasa dilindungi dan diberi kerahmatan dalam hidup...

5 comments:

`Ammar Muhd said...

kena kasi laptop satu la dkt maktok...baru bleh baca post ni hehe

Rexraihan said...

rindu nyaa dekat msakan mak tokk..
kena ajaq mak tok berblogging jugak la..hehe

Ibu Alin said...

tu la..an lokman suruh mak tok pasang innternet...

angah suruh tambah masakan mak tok yg sedap.. daging hitam...

Lady Qay said...

satu lagi...siat ayam maktok di pagi raya...tak sah raya tnpa siat ayam maktok....betui dak??jgn kata org klntn pun dok tggu pgi raya, yang dok dublin pun teringat2 ...hehhe

Anonymous said...

Masakan ibu memang tiada tandingnya Kalu tak caya tanyala Fawwaz dan Angah. ataupun tanya Rehan Walaupun dok Dublin still nak resepi maknya w.pun dalam tenet belambak resepi - KCM-