Semalam waktu aku call ke kg, abah in his good mood. Abah nak bercakap dgn aku melalui telefon. Alhamdulillah abah dah mampu bercerita walaupun agak lambat membalas pertanyaanku. Aku faham kondisi abah yg memerlukan masa utk sembuh....
Sewaktu bersembang dgn abah, aku tanya abah "mak sihat ke abah?. Saja aku lontarkan pertanyaan tersebut utk mengetahui jawapan abah. Abah jawab "cik Bedah patah kaki....." Nak tergelak pun ada pada waktu tu. Sebelum ni abah memanggil mak dgn nama sahaja. Cik Bedah biasanya ganti nama mak kalau abah bercakap dgn org lain. Alhamdulillah abah dah alert dgn sekeliling....
Daripada berita yg disampaikan oleh abang2 dan kak cik, abah nampaknya mampu mengingati peristiwa lampau berbanding memori bg kejadian masa kini... Abah masih ingat kisah pergi ke Mekah kali pertama dgn menaiki kapal air. Waktu tu aku pun masih dlm kandungan mak... Tapi tak kisah la. Bagi kami adik beradik, kesihatan abah yg paling utama....
Moga abah cepat sembuh.....
No comments:
Post a Comment