
Ptg semalam waktu call mak nak tanya khabar abah, aku dimaklumkan bahawa Mak cik Nad akan menjalani pembedahan nak buang air dr otak beliau. Terkedu aku dengar berita tersebut. Memang sejak hjg minggu lalu mak cik agak kurang sihat. Even ahad lalu sekolah call bgtau yg dia nak jatuh kat sekolah. Inbalance kalau berdiri.
Aku call Andak utk bertanya lebih lanjut. Hasil imbasan MRI, dktr menyatakan yg tumor Mak Cik tak kecil dan tak besar. Cuma disebabkan tekanan air tu yg menyebabkan beliau sakit kebelakangan ni. Insya Allah Isnin ni beliau akan dibedah di HUSM. Aku dengar nada suara Andak tak berapa ceria. Sebagai adik yg rapat dgn Andak, aku turut merasai kebimbangan dalam diri Andak. Tentu berserabut memikirkan kesihatan mak cik dan juga abah...
Aku mengenali Mak Cik @ Nad sejak aku memasuki MM. Nad merupakan rakan sekelas aku. namun jodoh di tangan Allah. Tak sangka pulak dari rakan menjadi kakak ipar. Namun pada awal pernikahan Andak dan Nad, rasa janggal nak panggil kakak. So aku ikut apa yg anak2 buah aku panggil. Mula2 mak marah gak sebab tak nak panggil kakak. Kira mcm tak respect ngan kakak ipar..La ni aku panggil dia Mak Cik, dia panggil aku Teh... hahaha mcm anak2 buah pulak. Mak Cik yg merupakan anak tunggal dapat menerima keluarga besarku. Maklumla kalau kami berkumpul, gamat rumah dibuatnya...
Dan kini aku sebagai adik mendoakan agar mak cik selamat menjalani pembedahan tersebut. Kesihatan dan kesakitan merupakan antara ujian Allah ke atas hamba-Nya...
No comments:
Post a Comment