Monday, April 13, 2009

Abang...Selamat Ulang Tahun ke 15

Mana mungkin aku lupakan tarikh keramat 13 April 1994. Tepat jam 3.25 pagi, anak lelaki sulungku dilahirkan di Hospital Ipoh dengan beratnya 3 kg. Segala kesakitan, rasanya terlerai bila memandang wajah putera sulungku... putih bersih...
Bayi yang namanya kupilih sendiri atas persetujuan En Abah... kian membesar hari ke hari... keletahnya mewarnai kehidupan kami berdua... kelahirannya kami anggap sebagai hadiah terbaik sempena ulangtahun pertama perkahwinan kami tika itu dan kini...
Tanpa disedari hari ini abang menyambut ulangtahun kelahiran ke 15. Anak mak dah jadi anak teruna... dah besar panjang... tinggi melebihi mak... tapi di mata seorang ibu, abg tetap anak kecil mak yg perlu mak jaga dari disakiti oleh org lain... a mom is always a mom no matter what...
Berpisah dgn abg sejak abg ke FISSOL merupakan saat paling sukar dalam hidup mak... hampir setiap saat, mak rindukan abg... tika malam, mak selalu fikirkan abg.... dan utk menulis special n3 utk abg, air mata mengalir laju di pipi... terkilan kerana sejak abg ke FISSOL kita tak dpt meraikan bersama hari lahir abg...
Mak tak mampu nak menulis lebih lanjut... cuma doa mak, abg membesar menjadi insan yg sentiasa berbakti utk agama.... perjalanan hidup abg masih panjang... setiap detik berlalu, hati janganlah lalai dgn kenikmatan dunia yg bersifat sementara... amal ibadat perlu sentiasa dimantap utk kemaslahatan hidup abg dunia dan akhirat... ingatlah jgn lagha dgn mengejar duniawi tapi berterusanlah amal ibadat utk ukhrawi... dalam hidup kita akan berhadapan dgn pelbagai pilihan..namun buat pilihan berdasarkan batas agama dan berpandukan akal...
SELAMAT HARI LAHIR KE 15 ABANG...
LUV U MISS U

3 comments:

We Haus Enterprises said...

Mak memang macam tu.Teringat anak nangis, rindu anak nangis, marah anak lagi nangis.Apa-apa pun tu dah t/jawab kita memberi dan mendoa yang baik-baik buat mereka. Insyaallah, kalau kita buat kek keju tak kan nak jadi kek pandan kot. Macammana acuan macam tu lah kuihnya.Mudah-mudahan.

Anonymous said...

Betul tu kasih sayang mak tiada tandingnya.walau anak tu dah besar panjang namun dihati mak dia tetap perlu dilindungi namun terkadang kita perlu sembunyikan rasa hati tersebut spy anak kita membesar dengan tabah. Macam tu lah yang mak kita rasa Teh Oiiiiiii. KCM

syamil said...

happy besday to fawaz..........mudah2an rajin2.......PMR dh dekat.....fokus....utk masa depan