Ptg semalam andak call bgtau yg Pak Man (adik bongsu mak) telah meninggal dunia akibat jatuh dlm bilik air. Terkejut gak sebab tak pernah dengar cerita Pak Man sakit... Selepas tu, telefon asyik berbunyi nada dering sama ada terima call ataupun mesej drpd adik beradik yg lain di KL. Masing2 terkejut dgn berita kematian Pak Man... Bang Char yg plan nak balik kg menziarahi abah tukar plan utk ke hospital utk menziarah. Aku tak dpt nak ikut serta sebab En. Abah mmg tak blh drive mlm2 n dia pun keletihan setelah 12 jam di ofis.
Hasil CT scan, doktor maklumkan yg salur darah dlm otak Pak Man burst. May b akibat BP. Pkl 4 pagi, kak char call bgtau Pak Man dah meninggal. Inna lillahi wa Inna Ilaihi Raji'un. Kami pergi menziarahi jenazah namun ketika tiba, dimaklumkan yg jenazah dah dibawa ke masjid utk dimandi dan dikafan. So aku terus ke masjid ja. Alhamdulillah aku berkesempatan utk menatap wajah Pak Man buat kali terakhir... Selepas zohor Pak Man dibawa ke kubur yg berhampiran. Ats permintaan Mak Ndak dan anak2, arwah dikebumikan di Kl utk memudahkan mereka menzirahi kubur... keluarga yg lain hanya bersetuju....
Arwah Pak Man merupakan seorg yg tak banyak bercakap... Aku masih terbayang lg hari perkahwinan Pak man dan Mak Ndak... Even aku ada sekeping foto yg diambil dgn Mak Ndak di hari pernikahan mereka. Mak Ndak yg berasal dari N9 seorg yg peramah. Waktu tu, seronok bersembang ngan Mak Ndak sebab seronok dgr loghat percakapan N9 yg berbeza dari loghat Kedah. Namun dgn peredaran waktu, aku jarang berkesempatan utk bersua muka dgn Pak Man. Last aku berjumpa dgn Pak Man sekeluarga ialah sewaktu open house rumah Ami...
Namun kini, Pak Man telah tiada lagi. Doa aku agar arwah ditempatkan bersekali dgn para Solihin. Juga moga Mak Ndak tabah menjalani kehidupan di samping anak2...
al-Fatihah utk Pak Man bapa saudaraku yg bongsu....
No comments:
Post a Comment