Thursday, January 22, 2009

Alhamdulillah wa Syukur Lillah

Alhamdulillah abah dibenarkan keluar dr KMC ptg semalam. Walaupun kini abah di rumah dan dijaga oleh emak dan kak cik, namun kegusaran hati masih bertandang. Manakan tidak hasil x-ray terkini menunjukkan ginjal abah mengalami kebengkakan dan ada batu di dalamnya. Abah memang mengalami masalah buah pinggang yang dikesan pada tahun lalu. Tapi sebelum ni batu tu tak pernah dikesan... Ya Allah..... kurniakanlah kesembuhan utk abah.
Hari ini abah mahu juga makan bubur nasi berbanding semalam. Agaknya semalam mogok sebab nak balik rumah kot... Sewaktu di KMC, abah pernah memberitahu mak nak balik... Agaknya abah rindukan suasana di rumah... Home sweet home.
Aku dah tak sabar menunggu Sabtu ni utk kembali ke kg. Nak menjengok abah dan emak.... Nak bertanya sama ada abah mengenali aku, puteri bongsunya... Kini aku menghitung hari, detik demi detik..............

No comments: