Hari ni merupakan sabtu pertama angah di asrama. Alhamdulillah kami melihat perubahan pada sikap angah. Lebih ceria utk menjalani kehidupan di FISOL. Aku dan En Abah bersyukur kerana angah kini lebih tabah dan lebih bersedia utk berdikari. Rasa berbaloi penat lelah kami berulang ke FISOL setiap sabtu dan ahad. Utk menjenguk anak dan juga utk meringankan perasaan rindu pada anak2. Aku mungkin garang dgn anak2 tapi aku juga merasakan sebahagian diri hilang ketika abg mula melangkah ke asrama. Setahun kemudian angah pula menyusul. Anak2 yang selama ini berada di depan mata kini hanya dpt ditatap wajah mereka seminggu sekali.

Walaupun memang memenatkan berulang alik setiap minggu, tapi kami lakukan utk anak-anak tersayang. Malah aku dan En. Abah telah bersetuju hanya membenarkan anak-anak ke sekolah asrama yg dekat dgn rumah sahaja. Walau sesibuk mana En. Abah, kami pasti melawat anak-anak. Walau seketika sahaja jika En. Abah kena outstation sebelah ptg, kami tetap akan ke sana. Walau hujan lebat dan dentuman petir di langit, kami tetap ke sana. Demi memberi semangat utk mereka. Demi rindu pada mereka berdua...
No comments:
Post a Comment