Thursday, April 9, 2009

A New Definition of School Van


Terserempak dgn van sekolah ni tika memandu a few days ago.. Yup.. amat setuju dgn nama yg diberikan oleh syarikat van ni.. Mom's Trans .. nice name. Sejak abg memasuki sekolah, kami bergantung sepenuhnya dgn perkhidmatan van sekolah... dari SKTJ ke SKBTK ke SKB, dah 3 van sekolah dijadikan pengangkutan utk memudahkan anak2 ke sekolah. Hanya sekali sekala mengambil anak2 di sekolah atas permintaan mereka.
Dulu kawan2 memberi pelbagai komen pro n kon kalau menaiki van.. Kami sendiri pernah menghadapi masalah sewaktu baru berpindah ke TBR. Abg selalu dibuli oleh seorg budak ni.. Kena cubit la, ditunjukkan stokin kat muka, dan beg dilempar keluar dari van. Apa yg kami buat ialah tunggu kat jln depan rumah yang menjadi laluan utama ke rumahnya dan bagi amaran kat budak tu kalau dia kacau abg lagi kami jumpa mak ayah dia (just nak gempar ja). Walaupun agak brutal tapi Alhamdulillah lepas tu dia dah tak berani nak ganggu abg lagi...

So terima kasih ya pak cik2 van yg banyak membantu kami selama ini.. walaupun perkhidmatan anda semua dibayar tetapi yg pentingnya setakat ini anak2 tak pernah ditinggalkan di sekolah... bahkan kami dihubungi jika tak dapat menghantar anak2 ke sekolah ... Terima kasih sekali lagi...

No comments: