Tuesday, January 20, 2009

Abah yang Ku Kenali



Hmmm... Macam mana ye nak describe abah @ Hj Abdul Razak. Mungkin dgn mengingati kembali setiap peristiwa dalam hidup ini, sedikit sebanyak aku dapat memberi gambaran mengenai abah.

Abah yang ku kenali merupakan seorang amat sabar, merendah diri dan amat menjaga batas-batas agama. Jarang aku dimarahi walaupun ketika kecil, aku agak lasak. Manakan tidak, hampir setiap ptg bermain bola sepak, tuju tin, rounders dll bersama abg2, dan sepupu2 yg lain. Abah jarang meninggikan suara memarahi aku dan andak (ketika itu hanya kami berdua di rumah- yg lain melanjutkan pelajaran). Paling tidak aku lupakan abah menghantar aku ke sekolah rendah dengan mengayuh basikal tuanya. Waktu itu, aku belum diberi kepercayaan utk menunggang basikal sendiri. Kenangan paling aku tidak akan lupa sewaktu sekolah rendah ialah abah hadir ketika aku menerima piala pusingan Bahasa Inggeris terbaik dlm peperiksaan darjah 5. Kata abah, ni kali pertama abah dtg tengok anak terima hadiah. Bukannya abg2 dan kakcik tak pernah terima hadiah, tapi may be aku anak bongsu, abah pergi juga la ke SKTG. Cukup terharu waktu itu kerana kehadiran tersebut menjadi kehadiran kali pertama dan penamat anak-anak abah di sekolah rendah.


Ketika kecil, aku sering mengikut abah dan emak ke bendang. Tlg cabut anak padi. Kemudian bawa anak padi guna sampan tikar plastik ke petak sawah. Tanam balik anak padi tu. Kalau penat minum bekalan mak bawa kat batas ... yg paling seronok main selut la... Dah besar sikit abah bg mengail ikan. Abah tolong buat pancing... umpannya anak katak atau udang kertas. Kalau dpt ikan bg kat aruah Lang utk disiang dan dimasak. Sekali sekala abah bawa ke batas paip utk jenguk bendang abah kat sana. Masa ni seronok tangkap anak katak kat perigi wan nak buat umpan. Adakalanya kami ikut abah p bendang kat Gunung dgn menaiki bas. Bestnya berehat kat dangau, menikmati makanan dgn tiupan angin yg segar... nostalgianya.

Melangkah ke sekolah menengah, berdasarkan keputusan darjah 5, aku ditawarkan ke Sek. Men Sultanah Bahiyah dan pd masa yg sama mendapat tempat di Maktab Mahmud. Emmm.. mana satu nak pergi ni... Utk memastikan pilihan yg tepat, abah menunaikan solat istikharah (mana la aku pandai nak buat istikharah waktu tu..). Pilihannya MM. Aku ikut je cakap abah walaupun abah membenarkan aku membuat pilihan sendiri. Tiap-tiap pagi abah atau mak akan menemankan aku dan andak menunggu bas Kubang Pasu di tepi jalan besar utk ke sekolah. Bukan mcm sekarang tunggu depan rumah je. Bila Andak dpt lesen, kami ke sekolah menaiki motosikal berdua... Tapi tak la jd mat rempit....


Dgn keputusan SPM yg agak baik, aku ditawarkan tempat di Pra AI di Nilam Puri. Alahai sedihnya waktu tu kena berpisah ngan abah dan emak. Walaupun dah besar panjang tapi rindunya Tuhan yg tahu... Walaupun dah belajar di Nilam Puri, aku masih menduduki Syahadah di Maahad. Alang-alang dah bayar, ambil je la Syahadah. Tapi resultnya Maqbul je. Mana tak teruk... 5 bulan tak belajar. Kat NP silibusnya berlainan. Balik amik exam je. Mlm exam baru baca..tu pun banyak yg tak faham. dgn result syahadah, aku kena buat pilihan nak ke Mesir atau terus pengajian di AI. hati teringin ke Mesir nak lihat negeri org tapi nampak mak agak keberatan nak lepaskan ku ke sana. Mungkin mak risau sebab anak pompuan walaupun Andak dah ada kat sana. Abah.. macam biasa suruh aku buat keputusan sendiri. Abah yg ku kenali tak pernah memaksa anak-anak... Cuma hanya memberi pandangan beliau sahaja. Akhirnya aku nekad meneruskan pengajian di AIUM sebab bagiku ilmu dapat kita tuntut di mana-mana sahaja.


Berkat doa yang tak putus2 dr abah dan emak aku bejaya memperoleh ijazah Kelas Pertama dalam pengajian. Waktu konvo pula, aku dah berkahwin dgn En. abah. Namun aku minta abah dan emak masuk ke Dewan utk saksikan saat-saat tersebut. Bukan En. abah tak penting namun kehadiran En. Abah dalam hidup hanya bermula ketika aku akan menduduki final exam utk tahun akhir. So abah dan emakla insan paling layak utk menyaksikan saat-saat tersebut. Tahun 1999 aku menerima ijazah sarjana. Sekali lg abah dan emak masuk ke Dewan utk menyaksikan aku menerima ijazah tersebut. Abah kata dia dah tak larat nak duduk lama-lama dlm dewan tapi abah tak lupa mencatat waktu pukul berapa aku menerima skrol dr Raja Nazrin. Abah yg cukup teliti dan terperinci dalam semua hal...


Tahun 2003, aku menunaikan Haji bersama En. Abah, mak, abah dan Kak Ma. Alhamdulillah, kami dapat menunaikan rukun haji kelima bersama-sama. Ketika di Mekah, abah membasuh baju sendiri walupun berkali aku minta utk membasuh bajunya. Kata abah bukan banyak pun... Ada sekali tu, abah mengajak aku naik ke bumbung (ampaian ats bumbung hotel) sebab abah tak jumpa baju yg telah diampai. Puas juga aku dan abah mencari tapi tak jumpa sebab tali ampaian bersirat2 kat atas tu. Tapi keesokan harinya abah bagitau yg dah jumpa pun baju... abah pi cari juga. Masa kat Mekah, ada org minta tolong abah beli cincin. Sanggup abah berjalan kaki utk menunaikan hajat tersebut. En. Abah masa kat Mekah pantang jumpa kambing. Abah pula kena berpantang dari makan kambing sebab darah tinggi. Tapi kalau aku tegur bila abah mkan kambing, abah jawab "tak pa sikit ja..rasa ja...". Masa di Madinah, waktu nak bersiap nak balik ke Malaysia, abah simpan semua kain baju sendiri. Kami nak tlg simpan dia tak bagi. Tengok2 beg abah siap berjalin dgn tali rapia lg..beg kami ja yg dogiang... Hehehe itulah abah...


Abah juga rajin melayan keletah cucu-cucunya yg ramai. Kami adik beradik tak berani nak main-main dgn kepiah putih abah tp cucu-cucu boleh gosok-gosok kepala wan lg. Sebab tu org selalu kata.. org tua2 ni dgn cucu apapun boleh. Emm... ada benarnya. Teringat ada sekali tu masa angah masih kecil, dia ternampak wan tanggalkan gigi palsu. Naik hairan angah mcm mana gigi boleh tercabut keluar dari mulut.. Abah apa lagi asyik keluarkan gigi palsunya nak menyakat angah jer....


Abah yg ku kenali sering memakai kepiah putih dan baju pagoda. Dari aku kecil hingga kini, abah masih seperti dahulu. Kini apa yg ku perhatikan, baju pagoda memang menjadi pilihan anak2 lelaki kecuali abg Z. Malahan berjangkit pula kepada 2 org menantu lelaki abah. Bila time raya, kalau lipat kain, masing-masing dok membelek saiz baju pagoda utk elakkan bertukar... tapi baju abah ada 'tanda' tersendiri. Benang merah hasil jahitan mak.


Abah yang ku kenali tidak betah utk menyusahkan org lain waimma anak-anak. Kalau berkunjung ke rumah anak-anak, lama sikit je, abah dah mula gelisah. Kalau ke rumah aku, abah berkurung je dlm rumah. paling tidak buka pintu belakang, tolong cabut rumput. Ataupun tolong asah pisau kat dapur yg dah tumpul... Dua tiga tahun kebelakangan ni kesihatan abah makin merosot.. namun kalau kena admitted, abah minta balik awal. Katanya tak nak menyusahkan anak-anak..... Aku masih ingat masa abah di serang stroke kali pertama pd tahun 2006, aku nak tlg pakaikan butang baju dan kain utk abah, tapi ditolak oleh abah. Semuanya abah nak cuba buat sendiri walupun hakikatnya ketika itu tgn abah dah paralysed sebelah. Itulah abah......


Kini, abah terlantar di KMC sejak Isnin yg lalu diserang stroke kali kedua. Alhamdulillah kesihatan abah makin pulih dan sudah boleh menggerakkan bahagian yg diserang angin ahmar.... namun ingatan abah sedikit terganggu... Adakalanya abah dpt mengenali orang yg dtg berkunjung dan adakalanya abah tak mengenali anak sendiri... Namun satu yg sangat aku pasti.... walaupun dalam keadaan skarang, abah masih nak melakukan segalanya atas usaha sendiri. Itulah abah yang ku kenali.... Sejak kecil sehinga kini....

3 comments:

My Heart Draws A Dream said...

teh..sedih la baca kisah wan ni..nangis sorg2 kat depan laptop ni..teringat sgt wan kat KMC..lang dpt tau gak sedikit sebyk ttg wan masa wan muda2..wan ttp sama dr dulu smp skang..

Rexraihan said...

Tak pernah dengar cita tokwan sedetail ini..
Nanti rehan cuba edit2 lagi..sekarang busy sikit sbb dah masuk term baru n selalu ke hospital.

BEiB said...

Salam...
Terharu dengaq ceghita pasai Paksu (Razak)...lama dah kenai pun ..kenai kot jauh jaa..
Moga Paksu bertambah sehat dan segaq. Dapat buat ibadat dgn Maksu.
Kalau balik AB akan singgah diTTG tengok Paksu.
Last sekali jumpa Dis 2008 baghu ni..
Ni ceghita pasai sepupu Paksu.
Hj Rejab Aloq Madi.

http://iqhabib.blogspot.com/2008/12/mak-masih-ingatkan-pak.html

http://iqhabib.blogspot.com/2007/06/in-memory-of-pak.html